BAB 10

422 16 0
                                    

No matter how far we separated, if we meant to be, we will meet again.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikum sayang mak dan ayah." Maisarah tergelak kecil. Terubat rindu dia bila dengar suara Puan Laili.

"Waalaikumussalam, syurga Maisarah ni. Mak dengan ayah sihat?" Maisarah mengiring menghadap dinding sambil cuba menyelesakan earphone di telinga.

"Alhamdulillah sihat ja. Ayah awak pun sihat sayang. Makin gatal." Encik Asad di sebelah sudah terkekeh ketawa paila isteri kesayangannya mengumpat dirinya.

"Alah. Takpelah mak. Nanti bolehla mak dengan ayah bagi adik baru kat Mai." Puan Laili mencebik.

"Tak ada maknanya. Mak dengan ayah ni duk tunggu Mahfuz Izham dengan Maisarah Izzati bagi cucu ni."

Maisarah tersenyum nipis. Dia dapat mendengar ayah dengan emaknya sedang bergelak ketawa di hujung panggilan.

"Mak nak tengok ke anak dara mak ni kahwin muda? Mai taknak. Kalau nak apa-apa mintak kat along eh. Hal-hal cenni Mai taknak ambik port."

"Ish taknokla, Mai belajar rajin-rajin nanti dah dapat semua yang diimpikan bolehla mak jodohkan dengan sesiapa." Puan Laili tergelak kecil apabila Maisarah sudah merengek di hujung panggilan. Dia bukan ibu yang mementingkan diri. Dia tidak kisah dengan siapa anak-anaknya ingin berkawan. Soal jodoh semuanya diserahkan kepada anak-anak. Dia sebagai seorang ibu akan berdoa untuk kebaikan mereka sahaja.

"Mak, Mai rindu along la. Bila dia nak balik hmm." Maisarah menguis-nguis cadar katilnya.

"Tak lama lagi sayang. Rasanya nanti sayang habis matrik along baliklah."

"Ya ka mak! Hmm tak sabar nak jumpa along."

"Kamu berdua selalu macam ni. Bila dah ada depan mata bergaduh. Bila tak ada baru nak rindu-rindu. Menyampah." Maisarah tergelak. Puan Laili selalu sahaja buat Maisarah ketwa haish. Alhamdulillah emak dan ayahnya masih bernafas.

"Ni ayah awak nak bercakap ni."

"okay mak, bye mak ku sayang muchuk muchuk."

"ye cayang-cayang"

"Hello anak ayah." Kedengaran suara Encik Asad.

"Hello ayah."

"Mai sihat? Duit cukup?" Maisarah tergelak lagi. Ayahnya selalu bertanya tentang duit padahal duit dia tak pernah habis kerana setiap bulan Encik Asad akan memasukkan RM500. Banyak sangat. Tambahan pula matrikulasi memang menyediakan duit elaun kepada pelajar setiap bulan.

"Duit cukup dan Mai sihat ayah. Ayah tak rindu Mai?"

"Gila tak rindu intan payung ayah ni." Maisarah tersenyum.

Meant to Be✓(Unedited)Where stories live. Discover now