No matter how far we separated, if we meant to be, we will meet again.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Aku suka Azlan."
"What!!?" Erma terjerit kecil. Ketiga-tiga mereka memandang Maisarah tak percaya. Maisarah tersenyum. Lawak pulak tengok reaksi gadis-gadis itu.
"Seriously Mai?" tanya Erin. Maisarah menjatuhkan kepalanya yakin.
"I can't believe this. Wow! " Erin menutup mulutnya.
"Korang, I'm in love!!" jerit Maisarah sambil mejatuhkan badannya sambil mendepakan ke dua-dua tangannya ke katil semula.
"Weh Mai, aku tetiba sedih. Rasa macam kau dah nak kahwin pulak." Erma mengusap air mata palsu di pipi.
Maisarah tergelak sambil menggelengkan kepalanya.
"tapi macam mana? Bila lagi ni Mai?" tanya Erysya. Maisarah bangun semula lalu turun dari katil duduk bersama kawan-kawannya.
"Entah. Tak tahu."
"Kau kata kau dah dapat clue tadi. That's mean betul lah yang Aiman cakap yang Azlan suka kau jugak?" Erysya mengenggam tangan Maisarah.
"Yang tu aku tak boleh nak cakap lagi. Cukuplah korang tahu yang aku suka dia. Perasaan dia kat aku, aku tak pasti. Its okay. Biar ja masa yang tentukan." Ujar Maisarah tenang. Dia juga mengharapkan perasaannya terbalas tapi dia hanya manusia biasa.
Ketiga-tiga gadis itu mengangguk tanda faham.
"tapi, please jangan bagitahu geng lelaki. No, don't tell anyone. Only us. Promise?." Maisarah memandang Erin, Erma dan Erysya sambil mengangkat jari kelingkingnya.
"Promise." Ketiga-tiga gadis itu juga mengangkat jari kelingking seperti Maisarah. Maisarah tergelak.
Alhamdulillah. Ya, dia bersyukur sebab kawan-kawannya selalu menjadi tulang belakang antara satu sama lain. Dia sayangkan persahabatan ini. Semoga ianya berkekalan.
***
Maisarah melabuhkan duduk di tepi padang sambil mengeluh kecil. Dia runsing sudah seminggu berlalu selepas kejadian Azlan menyakatnya dengan panggilan sayang. Azlan menyepikan diri. Tiada panggilan, chat, bertembung pun tidak dan Azlan langsung tidak datang berjumpa dengannya lagi.
Padahal kolej ni kecil sahaja. Aiman dengan yang lain pun tak tahu. Dari apa yang Aiman cakap, Azlan selalu keluar seorang diri. Azlan kurang menghabiskan masa dengan kawan-kawannya sejak dua menjak ni. Kenapa? Macam-macam persoalan yang bermain di minda Maisarah sekarang. Kenapa, kenapa dan kenapa?
"Aku rindu kau lah gila!". Desis hati kecil Maisarah. Maisarah mengeluh lagi. Matanya dilarikan di sekitar padang. Juga tiada kelibat yang dicarinya sejak seminggu lalu.
YOU ARE READING
Meant to Be✓(Unedited)
RomanceSTATUS: COMPLETED Highest Ranking - 1 #perpisahan (28/10/2021) "No matter how far we separated, if we meant to be we will meet again" Pertemuan yang tidak disenangi oleh Maisarah telah berlanjutan hingga menjadikan perang dingin di antara Maisarah d...