No matter how far we separated, if we meant to be, we will meet again.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maisarah tersenyum membaca tweet-tweet yang mencuit hati sambil berjalan. Erin dah lama tinggalkan Maisarah katanya nak pergi tandas. Memandangkan selepas kelas Biology tadi tak ada kelas, sajalah dia berjalan lambat-lambat. Sengaja nak mencuri masa. Bukan selalu pun. Tanpa Maisarah sedari ada sepasang mata yang sedang memandangnya.
"Haish, macam-macam lah. Ada ja benda yang boleh buat aku gelak." Maisarah tergelak kecil sambil menscroll telefon pintarnya itu. Maisarah membetulkan totebagnya yang terjatuh dari bahu. Sekali lagi tali begnya terjatuh. Maisarah mendengus apabila membetulkan tali begnya yang jatuh sekali lagi.
Tiba-tiba Maisarah terasa seperti ada orang yang menarik tali begnya. Dia menghentikan langkah kakinya. Dia terbau minyak wangi lelaki di belakangnya. Dengan pantas Maisarah berpaling. Terbuntang matanya apabila melihat Azlan sedang tersengih.
"Eiyy!! Kau ni kan, memang minta penampar. Kenapa tarik beg aku? Kau tau tak berat!!" Maisarah memukul Azlan menggunakan buku yang ada di tangannya.
Azlan tergelak sambil cuba melindungi badannya dari dipukul Maisarah. Azlan pantas memegang pergelangan tangan Maisarah yang berlapik dengan baju kurung untuk menghentikan Maisarah yang cuba memukul lagi. Maisarah terdiam.
Laju dia menundukkan wajahnya. Wajahnya terasa membahang. Panas.
"Sorry, aku nampak kau syok sangat sengih sorang-sorang macam orang gila. Sajalah nak mengganggu kau yang sedang bergumbira" Azlan melepaskan tangan Maisarah. Namun Maisarah masih terdiam.
"Sarah? Kau marah ke?" Azlan menunduk mencari wajah Maisarah yang masih menunduk. Tanpa sedar dia berjalan mendekati Maisarah.
"Ishh, apa kau ni. Nak mampus?" Pantas Maisarah menjauhi Azlan. Jaraknya dengan Azlan tadi sangat dekat.
"Kau kenapa ni? Asal muka kau merah? Demam ke?"
Pantas Maisarah memegang pipinya. Aduhai time-time macam ni lah nak blushing.
"Taklah. Aku okay ja. Malaysia kan panas." Dalih Maisarah sambil mengipas wajahnya menggunakan buku di tangan.
Azlan menghulurkan tangan ke arah Maisarah. Maisarah memandang Azlan pelik. Nak apa ? Nak berpegangan tangan ke?
"Dah kenapa?"
"Meh beg." Ujar Azlan.
"Beg? Nak buat apa?" Maisarah mengerutkan dahinya.
"Tadi kau kata beratkan. So meh aku bawak. Aku sado. Setakat beg kau tu aku boleh angkat satu jari ja." Azlan tersengih.
Maisarah membuat muka menyampah. Awal-awal dah terharu dah. Ayat last tu hmm.
YOU ARE READING
Meant to Be✓(Unedited)
RomansaSTATUS: COMPLETED Highest Ranking - 1 #perpisahan (28/10/2021) "No matter how far we separated, if we meant to be we will meet again" Pertemuan yang tidak disenangi oleh Maisarah telah berlanjutan hingga menjadikan perang dingin di antara Maisarah d...