Bab 17

416 22 0
                                    

No matter how far we separated, if we meant to be, we will meet again.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Laju kakinya melangkah. Semakin jauh langkahnya dari cafe. Dia berjalan perlahan. Tiada riak di wajah cantik itu. Dia menadah tangan apabila terasa hujan yang diam-diam menimpa bumi.

Maisarah tergelak sinis. Tanpa sedar dia sudah melangkah sampai ke padang bersama badannya yang sudah basah kuyup di timpa hujan.

Hatinya terasa kosong. Seperti segala rasa yang dia tanggung selama ini pergi. Maisarah mencangkung di tengah-tengah padang. Dia mengusap wajahnya yang basah dengan air hujan dan jugak air mata.

Bahunya terhenjut-henjut melepaskan kesakitan di dada. Esakannya semakin kuat. Dia tak kuat. Dia memegang dadanya. Sakit. Sakit sangat-sangat.

Dia menangis. Biarlah air hujan ini membawa segala kesakitan ini. Biarlah air hujan ini menyembunyikan tangisannya.

"Aku bodoh! Kenapa kau berharap bodoh?"

Maisarah menjerit di tengah-tengah padang. Mengeluarkan rasa di hati. Maisarah terduduk memeluk lutut. Tangisannya tak dapat dikawal.

"Mak, ayah. Mai sakit mak. Tolong Mai. Tolong Mai..." Maisarah berbisik bersama esakannya.

"Buat apa aku nak cari girlfriend. Kau kan girlfriend aku."

"Aku sayang kau."

"Aku dah jumpa someone yang bring happiness dalam hidup aku."

"Dia tahu saya sayang awak."

Suara Azlan bagaikan radio yang sedang dimainkan di telinga Maisarah. maisarah menutup telinganya. Dia tak mahu dengar semua suara itu. Penipu!

"Makk....tolong Mai. Mai takut mak. Sakit sangat-sangat." Maisarah menumbuk-numbuk dadanya. Cuba menghilangkan segala kesakitan yang dirasai. Tak sanggup menahan kesakitan ini lagi. Cukuplah.

Air mata semakin mencemari pipi mulusnya.

Serta merta tangisannya terhenti apabila sepasang kaki berdiri dihadapannya. Maisarah mendongak.

Dia..

Lelaki itu mencangkung dihadapan Maisarah. Matanya tajam memandang mata Maisarah yang sudah banjir. Tangannya naik mengusap air amat gadis kecil itu. Dia mengeluh lemah lalu menarik lengan Maisarah untuk berdiri. Maisarah hanya menurut. Tiada daya untuk menolak.

Perlahan-lahan dia menarik Maisarah kedalam pelukannya. Maisarah yang tidak mampu menahan tangisannya kembali teresak. Dia melepaskan semua rasanya di dada lelaki itu. Dia mencengkam kuat sisi baju lelaki itu. Memindahkan rasa sakitnya.

Lelaki itu menepuk-nepuk belakang bahu Maisarah untuk memujuknya. Dagunya di letakkan diatas kepala Maisarah.

"Its okay dear. I'm here. Let it go. Its okay. You are strong sweetheart." Tangannya mengusap kepala Maisarah.

Meant to Be✓(Unedited)Where stories live. Discover now