Bab 5

395 19 0
                                    

No matter how far we separated, if we meant to be, we will meet again.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wahh ramainya orang waktu petang." Maisarah menarik nafas dan menghembuskan nafasnya kembali.

"Kadang-kadang aku menyesal tak paksa kau keluar jugak waktu petang tau tak Mai." Ujar Fatin sambil mengerakkan tangannya kekiri dan kekanan.

Maisarah mengerutkan dahi kehairanan.

"Kenapa kau menyesal pulak?"

"Yalah, kau kena tengok muka jakun kau bila boleh keluar petang-petang." Kata Fatin selamba sambil mengabaikan Maisarah yang sudah menjelingnya.

"Eh kau ni, mcam tu pulak"

"Tapi, betul lah Mai, atleast kau boleh sedut udara yang fresh. Then, kepala otak kau tu tak adalah nak stress ja memanjang. Study tu okay tapi sometimes you need some space to yourself you know. Don't be so hard to yourself bestie." Ujar Fatin.

Pada pendapatnya, dia perlu bersuara demi kebaikan Maisarah juga, Dia tidak mahu Maisarah terlalu memaksa dirinya sendiri untuk terus belajar. Sejujurnya, memang kehidupan di matrikulasi tak mudah. Jadual yang padat itu sudah semestinya. Namun, bukan bermakna Maisarah harus mengabdikan dirinya dengan buku sahaja.

Maisarah menunduk sambil mengangguk-anggukkan kepalanya sebagai tanda setuju dengan apa yang dikatakan oleh Fatin. Sebetulnya dia memang memaksa dirinya sendiri. Kadang-kadang dia menangis sendirian pada awal pagi kerana keletihan. Dia letih. Oleh itu, dia jarang bercakap dengan orang dan memberi reaksi dengan apa yang orang lain cuba sampaikan. Dia bimbang apabila dia membuka mulut ketika badannya keletihan dapat membuatkan dia terlepas kemarahannya kepada orang lain.

"Ya, tapi kau kena ikut eh. Kita jalan-jalan sama-sama"ujar Maisarah sambil tersengih kearah Fatin.

"Memanglah aku kena ikut, kita tak pernah make a move sorang-sorang okay." Fatin melompat lalu memeluk lengan Maisarah. Sudah jadi tabiatnya. Maisarah hanya membiarkan sahaja.

Maisarah tersengih lagi. Namun hanya seketika apabila sebiji bola menyentuh hujung kakinya perlahan. Sedikit lagi dia ingin memijak bola itu. Kalau tidak tergolek di tengah-tengah padang ni.

"Oii!! Bak balik bola tu." Bunyi satu suara di hujung padang.

Maisarah dan Fatin mengalihkan pandangannya kearah suara itu. Maisarah mendengus apabila lelaki yang sama yang dia jumpa harini. Maisarah mengabaikan bola itu dan berjalan pergi dari situ meninggalkan Fatin keseorangan. Azlan memandang Maisarah tidak percaya apabila gadis itu hanya berlalu pergi.

"woii!!" jerit Azlan lagi tapi sekali lagi Maisarah hanya mengabaikannya.

" Aduh, Maisarah ni tak guna betul lah. Akuuuuu jugak hishhh. Yang mamat ni pun tak sabar sangat dah kenapa? Nak kena sepak ka macam mana" Fatin membebel sendirian kerana geram kepada kedua-dua manusia itu. Tanpa berfikir panjang Fatin menapak satu langkah ke belakang dan menyepak bola itu sekuat hati melepaskan geram. Fatin terus berlari kearah Maisarah tanpa melihat kemana bola itu pergi.

Meant to Be✓(Unedited)Where stories live. Discover now