Bab 7

338 18 0
                                    

No matter how far we separated, if we meant to be, we will meet again.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Petang itu Maisarah hanya memakai t-shirt hitam berlengan panjang dan seluar track hitam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Petang itu Maisarah hanya memakai t-shirt hitam berlengan panjang dan seluar track hitam. Tudung bawal kosong berwarna khakhi dipakai di kepalanya serba ringkas. Hujung tudung bawal tu dilepaskan sahaja dan di pin di bahagian tengah.

Harini tiba-tiba dia rasa nak berjogging pulak namun sayangnya semua kawan-kawan yang dia harapkan untuk menemani dirinya malas pulak. Jadi disinilah dia, jogging sorang-sorang sambil telinga yang dari awal lagi disumbat dengan earpod.

Setelah lebih kurang 1 jam dia berjogging Maisarah berhenti di tepi padang sambil melakukan warm up. Warm up sebelum dan selepas melakukan exercise atau sebarang jenis sukan amatlah penting. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kecederaan di badan.

10 minit ber warm up, Maisarah melabuhkan duduk bersila di tepi padang. Dia meneguk air yang dibawanya sambil matanya melihat orang lain yang sibuk beriadah. Ada yang berjogging, main frisbe, ragbi dan macam-macam lagi.

"Bestnya rasa badan ni bila dah boleh berexercise." Maisarah menarik nafas lega.

"Hi." Maisarah menoleh memandang Aiman, Azlan dan dua lagi kawannya.

"Hi" balas Maisarah. Seraya itu mereka melabuhkan duduk di dihadapan Maisarah. Kedudukan mereka seperti sedang membuat perbincangan dalam bulatan. Di kiri Maisarah Aiman dan di kanan Maisarah Azlan. Manakala lagi dua kawan Aiman duduk di depannya.

Maisarah tak selesa sebenarnya sorang-sorang dia ja perempuan tapi disebabkan ada Aiman dia cuba menyesuaikan diri. Dia percayakan Aiman.

"Sorang ja?" tanya Aiman.

" Haah, sorang sebab diorang semua malas harini so aku alone harini." Aiman mengangguk lagi. Ada wajah kecewa disitu. Maisarah mula mahu mengusik lelaki itu.

" Kau kecewa ke?" keempat-empat mata pemuda itu terus memusat kepada Maisarah. Pelik dengan pertanyaan itu.

"Kenapa aku kena kecewa?" tanya Aiman pelik.

" Ya lah, manalah tahu kalau kau mengharapkan Erin yang ada kat sini kann....." balas Maisarah bersahaja sambil ketawa kecil.

Aiman tersenyum apabila mendengar nama Erin. Alif, Badrul dan Azlan juga ikut tersengih. Sudah arif mengenai perasaan kawan mereka itu.

"Pandai-pandai ja kau ni, mana ada lah. Muaklah aku asyik nampak muka dia ja. Dalam kelas dia, kt minimart dia nasiblah sekarang dia takde."

Maisarah tergelak.

" Eleh macam aku tak kenal kau. Tak payah tipu aku. Aku tahulah even aku diam. Cuma tulah Erin yang tak perasan even semua orang dah tahu."

Aiman mengangguk kecil. Setuju dengan Maisarah.

Meant to Be✓(Unedited)Where stories live. Discover now