Bab 22

705 24 0
                                    

No matter how far we separated, if we meant to be, we will meet again.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Erin melangkah lemah menuju ke arah kawan-kawannya yang masih termenung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Erin melangkah lemah menuju ke arah kawan-kawannya yang masih termenung. Semuanya seperti sedang berfikir. Azlan sudah duduk kembali di kerusi. Erin meletakkan surat di tengah-tengah meja lalu terus menyembamkan mukanya ke meja dengan berlapikkan lengan.

Kesemua mereka memandang surat itu dengan memandang Erin yang sudah teresak-esak. Erma memegang bahu gadis itu untuk menenangkan Erin walaupun hatinya masih tertanya-tanya.

"Korang....isk isk Mai dah tak ada..." Ujar Erin bersama esakan tangisnya. Kesemua kawan-kawannya bungkam.

"Apa maksud kau? Kau gurau je kan?" Tanya Aiman. Mukanya sudah kelat.

Semakin kuat esakan Erin. Fatin sudah memejam matanya mengerti dengan reaksi Erin. Azlan terdiam. Wajahnya kosong. Dia mencapai surat yang tertulis namanya. Azlan mengetap bibir dan mencapai beg sandangnya sebelum meninggalkan kawan-kawannya. Dia mahu menenangkan diri.

Kawan-kawan yang lain hanya memandang pemergian Azlan. Alif mengeluh kecil sambil memandang semua wajah-wajah disitu. Belum sampai sehari Maisarah pergi  meninggalkan mereka, bagaikan keserian, keseronokan yang selalu ada turut hilang. Ya rasa kehilangan yang tersangat.

***

Azlan duduk memeluk lutut sambil bersandar di dinding astaka. Surat di tangannya diperhati lama. Belum punya niat untuk membacanya. Sejujurnya fikiran terasa kosong dan aneh sekali hatinya juga terasa hilang sesuatu yang sangat penting.

Warna biru awan-awan dilangit tidak mampu menghilangkan rasa kehilangan yang ditinggalkan oleh Maisarah. Menyesal. Menyesal kerana telah membuat Maisarah marah dan membuat keputusan untuk pergi.

Azlan mengeluh lemah sambil perlahan-lahnan menarik keluar surat yang ditinggalkan Maisarah. Dia tidak kuat tapi dia ingin tahu apa yang Maisarah tinggalkan. Mungkin dia ada memberitahu tempat belajar baru yang dia pergi. Azlan menarik nafas dan menghembus. Cuba untuk menenagkan hatinya.

Assalamualaikum, Azlan.

Dah lama kita tak borak-borak kan? Firstly, aku nak minta maaf sebab dah tampar kau tapi nak buat macam mana mulut kau kurang ajar sangat.

Azlan tergelak kecil.

Kau jangan risau, aku dah maafkan kau even kau tak pernah minta maaf. Aku bukan tak kisah kau hina aku macam tu. Aku kisah tapi takpelah aku lupakan ja. Sebab tak betul pun. Actually haritu aku demam. Hazim ada kat situ. Aku bosan jadi aku ajaklah dia jalan-jalan kat luar. Masa aku nak berdiri kaki aku tak kuat. So aku pun nak terjatuh. Sebab tulah Hazim TERPAKSA peluk aku. Tiba-tiba kau datang marah-marah. Kau asal? Gila ke time tu? Baran tak sudah.

Pastu kau pun jadikan aku seteru. Aku maleh nak layan kau, aku biarkan je. Tapi aku takleh lupa apa yang kau cakap even aku dah maafkan. Sorry about that. Aku tak sure kalau kita jumpa sekali lagi aku boleh nak berkawan dengan kau lagi. Aku tak rasa aku boleh. Aku minta maaf. Aku doakan kita takkan berjumpa lagi. Itu harapan aku. Kalau kita ditakdirkan berjumpa lagi, buat-buat tak kenal je. Aku okay.

Meant to Be✓(Unedited)Where stories live. Discover now