Bab 23

710 21 1
                                    

No matter how far we separated, if we meant to be, we will meet again.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

8 tahun kemudian..

Pintu yang mempunyai signboard 'no entry' diketuk. Pada mulanya ketukan hanya lah biasa-biasa sahaja, akhirnya ketukan itu menjadi seperti kompang.

Kompang dipalu,
Pengantin baru,
Duduk bersanding..

Eh? Melalut.

"Eh diamlah..nak tidur tahu tak!"

Terdengar jeritan dari dalam membuatkan bibirnya naik menayangkan senyuman sinis. Perlahan-lahan pintu yang tidak berkunci itu dibuka.

Kelihatan seorang gadis sedang tidur secara meniarap diatas katil sambil bantal ditekup sepenuhnya di kepala. Ni kalau tekup kuat-kuat ni confirm hundred percent arwah. Bahu gadis itu ditolak perlahan. Cuba menyedarkan gadis itu dari lena yang cukup panjang. Mana tak panjang dari isya semalam sampai zuhur harini. Melampau sangat.

"Hoi! Anak dara. Tak reti-reti bangun lagi? Nak mampus ke tidur lama-lama?!"

Langsung gadis itu tidak terkesan dengan kata-kata si abang.

"Ermm, 5 minutes more..."

"Kepala otak kau!! Kau bangun sekarang sebelum aku buat katil kau ni jadi gelanggang WWE.!!" Suaranya sudah naik seoktaf tapi gadis itu masih sama. Sangatlah menguji kesabaran. Terus dia naik ke atas katil melompat-lompat. Si gadis yang tenang bermimpi si putera terus mencelik biji mata.

Pemandangan yang terbentang di depan matanya sekarang memang sangat menguji kesabaran dan menggelikan hati. Apo abang ni lompat macam beruk. Terus terduduk dia menggosok-gosok biji mata. Beruk yang masih melompat itu dihiraukan. Langkah terus dibawa ke bilik air. Tuala sempat dicapai.

"Woii! Macam tu je kau pergi. Aku penat-penat nak bangunkan kau, kau boleh menonong ja takde terima kasih. Tak kenang budi punya anak pungut." Terus terduduk diatas katil dengan muka yang sangatlah tidak berpuas hati.

"Ada aku suruh kau bangunkan? Tak ade kan. so, talk to the wall. Anak beruk tak cukup kasih sayang." Sayup-sayup kedengaran suara dari dalam bilik air membalas.

Mahfuz Izham sudah terbring di katil. Penatlah nak layan adik dia ni. Nasib baik mak dengan ayah tak buat adik ramai. Kalau tak, memang matilah dia nak hadap 10 orang adik yang cenggini punya perangai.

"Nanti dah siap, solat. Lepas tu turun makan. Mak dengan ayah tunggu tu."

"Okay. Terima kasih." Kedengaran bunyi air menyentuh lantai mozek. Mahfuz terus bangun sambil menutup pintu bilik adiknya dan mengorak langkah ke dapur.

Meant to Be✓(Unedited)Where stories live. Discover now