No matter how far we separated, if we meant to be, we will meet again.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maisarah membetulkan baju kurung kapasnya yang berwarna biru lembut. Tudung bawal plain juga dirapikan. Maisarah tersenyum di hadapan cermin. Wajahnya yang hanya dihiasi dengan bedak compact dan secalit lip tint di tatap.
Cantik. Siapa nak puji kita kalau kita tak puji diri sendiri bukan. Maisarah tergelak kecil. Masih teringat bagaimana wajah Puan Laili dan Encik Asad petang tadi apabila dia memberitahu bahawa dia mahu akad nikah hujung minggu nanti. Terkejut habis.
Yang lebih terkejut, mereka setuju. Tak tahulah nak cakap lega atau takut. Keluarga pihak lelaki juga setuju. Laju. Alhandulillah dipermudahkan.
Tok! Tok! Tok!
Tersentak bahu Maisarah apabila ada orang mengetuk pintu biliknya.
"Adik!.."
"Ya along..apa?" Jerit Maisarah sambil merapikan liptint dengan jarinya. Pantas dia bangun dari kerusi menuju ke pintu biliknya. Pintu bilik dibuka. Terpampang tubuh alongnya yang tersengih penuh makna.
"Kenapa? Tersengih-sengih.." Maisarah memeluk tubuh sambil menjeling abangnya
"Dah siap?" Sengihan masih belum luntur.
"Sudah.." jawab Maisarah mendatar.
"Ok jom." Tanpa sempat Maisarah bertanya lagi, Mahfuz Izham memeluk bahu Maisarah lalu menarik Maisarah berjalan bersamanya.
"Along..kenapa ni tarik-tarik? Ada orang yang special datang ke kenduri ni?" Bisik Maisarah di telinga abangnya. Tak tahulah kenapa dia berbisik.
"My brother in law datang." Balas Mahfuz juga berbisik di telinga Maisarah. Secara mendadak Maisarah berhenti berjalan.
"Kenapa berhenti?" Tanya Mahfuz. Dia juga terikut berhenti.
"Kan adik dah cakap, adik taknak kenal bakal suami adik sebelum akad!" Bisik Maisarah keras sambil mengetap bibir. Berdebar-debar tiba-tiba padahal belum junpa lagi. Kalau dah jumpa mahu gelabah beruk.
"Along cakap dia D.A.T.A.N.G bukannya along cakap adik kena J.U.M.P.A dia...faham?" Bisik Mahfuz lembut.
Membulat bibir Maisarah seraya mengohkan pernyataan alongnya sambil terangguk-anggguk. Hatinya kembali tenang. Fuh..
"Haa...dua beradik tu dah kenapa berpeluk berbisik bagai ni? Ada apa-apa ke?"
Tersentak bahu dua manusia yang sedang berbisik.
YOU ARE READING
Meant to Be✓(Unedited)
RomanceSTATUS: COMPLETED Highest Ranking - 1 #perpisahan (28/10/2021) "No matter how far we separated, if we meant to be we will meet again" Pertemuan yang tidak disenangi oleh Maisarah telah berlanjutan hingga menjadikan perang dingin di antara Maisarah d...