Bab 2

635 28 0
                                    

No matter how far we separated, if we meant to be, we will meet again.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sesudah Maisarah selesai makan makanan yang dibeli tadi. Dia bergerak ke tandas yang berada di hadapan biliknya sahaja. Dia mengambil wudhu untuk sembahyang Asar. Kebetulan semasa program bersama pensyarah tadi tamat sudahmasuk fardhu Asar, kerana itu jugalah dia dan Fatin mengambil keputusan untuk naik sahaja ke bilik . Mereka berdua ni bukannya boleh duduk berdua, nanti masa untuk makan yang mengambil masa 30 minit boleh jadi 2 jam sebab terlalu teruja bersembang. Even sembang kosong pon hmmm faham faham ja lah macam-macam topik boleh masuk.

Sesudah selesai menunaikan Solat Asar, Maisarah duduk di birai katil bujang itu. Dia memerhatikan roommatenya yang kebanyakannya sedang tidur. Maisarah mengambil keputusan untuk mengejutkan mereka semua untuk solat. Risau pulak nanti diorang terlambat solat. Satu bilik 4 orang. Katil diletakkan di setiap bucu bilik jadi ada banyak ruang kosong di tengah-tengah bilik itu. Roommate Maisarah semuanya dari negeri yang sama. Dia memilih katil di tepi tingkap manakala Erin memilih katil di hadapan Umaira dan dipisahkan dengan almari. Manakala Erysya di sebelahnya dan Erma di hadapan erysya di tepi pintu.

"Erysya?", Katanya perlahan sembil membongkokkan badan. Maisarah menepuk nepuk perlahan bahunya.

"Hmmm?" Erysya menyahut sambil cuba membuka matanya sedikit lalu menayangkan muka kosong kepada Maisarah.

"Kenapa Mai?" Tanya erysya lagi sambil bangun dari pembaringannya.

" Sorry la kalau Mai kacau sya tpi dah masuk waktu Asar, boleh solat kan?" Terang Maisarah.

"Ouh yakaa? Boleh solat..aishh nasib Mai kejut kalau tak terlepas asar. Thanks Mai", Erysya tersenyum lalu bangun memeluk Maisarah.

Maisarah mengerutkan dahi lalu mencubit lengan gadis itu.

"Kau asal gedik sangat ni nak peluk-peluk bagai masyaallah dah la pergi solat sebelum tu tolong aku kejut dua ekor lagi mangkuk tuu" kata Maisarah geram. Erysya mengaduh kesakitan sambil menayangkan sengihannya lalu menaggukkan kepalanya. Sebenarnya kami dah cadang untuk tak panggil nama just kau aku ja untuk rasa lagi rapat, tu yang Erysya menggedik bila aku gelarkan diri aku dengan nama. Erysya menarik nafas panjang. Maisarah yang memandang Erysya menayangkan muka pelik.

"ASSALAMUALAIKUM YA AHLI KUBURR, MARABBUKAA!!!" Jerit Erysya kuat.

"Oi mak aku jatuh!" Latah Maisarah lalu menutup mulutnya. Dia memandang Erysya geram. Lalu menampar lengan gadis itu tanpa henti.

Erma dan Erin terus berdiri dari katil lalu berlari ke arah kami berdua lalu menyorok di belkang Maisarah dan Erysya. Ahh sudahhh apa kena pulak budak dua orang niii. Maisarah menepuk dahinya manakala Erysya sudah terguling di atas lantai kerana ketawa.

Meant to Be✓(Unedited)Where stories live. Discover now