Author's Pov
Kim Taehyung lelaki cantik yang memikat ramai hati pelajar-pelajar lelaki mahupun perempuan dengan sikap 'happy go lucky' nya itu.
Tapi hati dia hanyalah tertarik dengan seorang lelaki yang .... Hmm membosankan bagi rata-rata pelajar dekat sekolah ni.
Yes, dia handsome tapi dingin, sombong, pendiam, dan lain-lain bagi pelajar yang tidak betul mengenalinya.
Tetapi bagi Taehyung, semua itu tidak menghalangnya untuk terus mendekati jejaka tersebut malah sanggup digelar 'stalker' oleh kawan baiknya, Park Jimin.
Mana tak nya, bila je bunyi loceng tanda rehat, dia adalah orang yang pertama keluar dari kelas dan menuju ke hujung blok sekolah yang merupakan kelas Jungkook, lelaki yang dia menaruh harapan itu.
Pernah sekali, Taehyung mengajaknya untuk ke kantin bersamanya tetapi lelaki tu cuma mengatakan bahawa dia tidak ingin bersesak-sesak untuk membeli makanan dan sanggup menahan diri.
Lepas je daripada tahu benda tu, Taehyung apalagi. Mulai haritu, dia sering membawa bekal yang banyak untuk dia dan Jungkook.
Dapat la dia lunch date dengan lelaki yang dia puja tu.
Jungkook, awal-awal memang tolaknya mentah-mentah kerana baginya, sangatla membuang masa dan tenaga jika terus bersamanya.
Tapi sekali lagi Taehyung tetap menjadi Kim Taehyung, dia hanyalah pekakkan telinga, dan menyediakan crushnya itu makanan yang dibekalnya itu.
Jungkook hanya boleh menghembus nafas, melayan kerenah budak lelaki yang sedikit sebanyak menggelitik hatinya.
Jujur dia rasa, hatinya apabila bersama Taehyung, tak pernah lagi dia merasakan perasaan yang tak boleh diungkapkan melalui kata kata.
Terlalu indah dan sempurna, apalagi senyuman manis dari budak cantik itu.
_______________
Di dalam kelas yang sunyi, hanya kedengaran bunyi kipas yang telah usang itu, seorang pelajar lelaki yang menidurkan kepalanya, berlapikkan tangannya yang kekar itu di atas meja meja yang penuh dengan tulisan dan lukisan dari pelajar-pelajar sebelumnya.
Tok tok tok
"Hai Jungkook." Suara merdu kedengaran menggegarkan kelas yang sunyi itu.
Jungkook mengangkat kepalanya perlahan-lahan dari tidurnya itu, memandang ke arah pintu yang baru sahaja ditutup oleh seorang lelaki kecil.
"Saya buat nasi goreng untuk kita. Saya tahu, saya tak la pandai sangat memasak tapi boleh la isi perut awak tu kan." Kata lelaki manis itu dengan lembutnya.
Jungkook merasakan seperti mereka adalah pasangan kekasih, dan fikiran itu berjaya membuatnya senyum sedikit.
"Awak tak perlu susah-susah datang sini." Kata Jungkook ringkas sambil menatap jendela di sebelah kirinya, sebenarnya dia ingin menyembunyikan mukanya yang merah itu.
"Habis tu tinggalkan awak kelaparan kat sini? No no no. Tak boleh camtu. Nak harapkan awak turun ke kantin? Lagila. Dah la, jom makan sebelum pelajar lain datang." Kata Taehyung mengambil kerusi di sebelah meja Jungkook dan duduk di sampingnya.
Dekat. Sangat dekat, hingga membuat hati Jungkook berdegup kencang.
Dia dapat menghidu bau yang sangat harum dan menggodakan.
Bukan dari nasi goreng tu.
Tapi bau sabun atau pelembut baju Taehyung.
Bau yang sangat memabukkan dan sangat lembut bagi Jeon Jungkook.
"Terima kasih." Ucap Jungkook ringkas.
Taehyung tersenyum dan membagi makanan tersebut.
Kemudian, suasana menjadi sedikit canggung dan hening, sehingga Taehyung memutuskan kehenian itu.
"Umm... macam mana dengan soalan saya haritu? Dah ada jawapan?" Tanya Taehyung malu-malu sambil menyuapkan sesudu nasi goreng ke mulutnya.
Jungkook mengerutkan keningnya. Soalan? Soalan apa?
Setelah dua tiga saat berfikir, akhirnya dia ingat.
'ooh soalan tu. Dia ingat lagi rupanya. Aku nak jawab apa ni. Kan kalau aku tolak, kesian la pula. Kalau aku terima? umm, aku rasa takde pape yang buruk pun kan? Kan?' Hati Jungkook berbicara dengan gelisahnya.
Dia memandang Taehyung disebelahnya untuk sebentar. Sangat sebentar.
Matanya bertemu dengan rambut hitam yang sangat lembut dan berbau buah strawberry itu, sehingga Taehyung juga memalingkan kepalanya.
Kedudukan mereka sangatlah dekat hingga Taehyung boleh rasa yang jantung dia akan meletup bila bila masa je, tapi dia masih lagi kontrol 'ayu'.
"O-okay. S-saya terima." Jawab Jungkook ringkas sambil meneguk air liurnya yang terasa pahit itu sebelum cepat cepat mengalihkan pandangan mata mereka berdua.
Taehyung membulatkan matanya, betulke apa yang dia dengar sekarang ni? Crush dia akhirnya terima dia jadi kekasih dia.
Disebabkan perasaan yang begitu senang, tanpa sedar Taehyung memeluk lelaki di tepinya itu, erat.
Kali ni, masa Jungkook pula untuk terkejut, tak sangka pula boleh dipeluk oleh lelaki yang menjadi pujaan hati ramai murid.
Tak nak bagi Taehyung kekok, Jungkook melilitkan tangannya di pinggang ramping Taehyung.
"Terima kasih. Saya tahu awak tak ready lagi, tapi saya janji akan buat awak jatuh cinta dengan saya lagi, lagi dan lagi." Kata Taehyung dengan gembiranya.
Senyuman terukir di wajah kacak Jungkook. Sememangnya dia telah jatuh cinta dengan lelaki kecil didalam pelukannya ini.
Beberapa minit, berpelukan dengan selesa tiba-tiba kedengaran pintu dibuka secara mengejut.
"Yah Kim Taehyung!" Seseorang menjerit nama kekasih baru Jungkook.
Mereka berdua melepaskan pelukan hangat dan memandang ke arah pintu, seorang lelaki pendek mencekak pinggangnya.
Tak percaya apa yang dilihatnya, kawan baiknya sedang memeluk lelaki yang sangat dikenali dia.
"Yah Park Jimin terkejut aku! Tak perlu kot nak sentap sentap pintu tu." Taehyung menjelingkan matanya dan memuncungkan bibirnya ke depan.
"Dahla, kau hutang aku penjelasan. Aku tunggu kau kat kelas, waktu rehat dah habis ni." Ucap Jimin menjekelkan
"Ye ye, pergila aku ikut nanti." Kata Taehyung.
Jimin menutup kembali pintu kelas dan menuju ke kelas, memberi privasi kepada mereka.
"Umm...takpela kita jumpa esok pula eh. umm, o-okay bye." Kata Taehyung tergagap.
Jungkook mengangguk kepalanya dan mengemaskan bekalan makanan yang dibawa Taehyung.
Setelah semuanya selesai, Taehyung memandang Jungkook dengan pandangan yang mengelirukan Jungkook.
"Ya ada apa lagi tertinggal ke?" Tanya Jungkook keliru.
"Umm... *Chup* b-bye." Taehyung menutup mukanya yang memanas dan berlari anak ke kelasnya kembali, tinggalkan Jungkook yang keadaan yang terkejut gila.
Dia menyentuh bibirnya perlahan, tempat yang Taehyung mengucupnya, sebelum tersenyum-senyum.
Bibirnya terasa sangat lembut dan hangat di bibir Jungkook.
Euphoria yang dia rasakan di setiap sentuhan Taehyung.
~~~~~~~~~~
🐻🐰
YOU ARE READING
[C] Cold Boyfriend || 국뷔
FanfictionLokal AU [Bahasa Melayu] Semuanya bermula dengan pengakuan si lelaki manis yang mengajak sang jejaka yang 'tiada perasaan' untuk menjadi kekasih hatinya. "Umm... macam mana dengan soalan saya haritu? Dah ada jawapan?" Started :- 8/2/21 Ended :- 23/6...