Lapan belas 💕

683 42 14
                                    

Author's Pov

Tepukan di pipi Jungkook serta air liur yang mengalir di seluruh mukanya membuatkan Jungkook terpaksa bangun.

Matanya sempit cuba meng-fokus-kan bayangan yang berada di atasnya.

Ketawa seorang bayi bergema di bilik melihat ayahnya dengan muka pagi dan dahi yang berkerut-kerut.

"Min...tak mo ganggu baba." Suara serak Jungkook di pagi ini dengan mata yang tertutup membuatkan anaknya semakin seronok untuk memegang muka ayahnya.

"Aw, baby nak bangunkan baba?" Tiba² ruang bilik itu diisi oleh satu lagi suara yang baru saja keluar dari tandas.

Wajah segar Taehyung setelah mandi membersihkan diri selepas melayani kehendak Jungkook yang memenatkan tadi malam membuatnya  berendam pagi itu.

Jangan risau, mereka buat adik Hyunmin selepas dia tidur dan melakukannya di bilik tamu yang lain.

Jadi mata dan telinga Hyunmin masih lagi suci sesuci sucinya.

Dia berjalan ke arah Jungkook dan Hyunmin yang berbeza keaadan.

Jungkook yang masih tidur dan Hyunmin yang merangkak di atas dada bidang Jungkook. Umur anak mereka telah pun mencecah 7 bulan.

Ya, anak mereka cepat membesar dan itu membuatkan Taehyung dan Jungkook terharu melihat perkembangan anak pertama mereka di depan mata.

Tidak lama kemudian, Taehyung dikejutkan dengan bunyi deringan gajet kecil yang berada di atas mejanya.

Dengan segera dia mencapainya dan melihat nama ibunya tertera di skrin telefon pintarnya.

"Baby?" Seru ibunya selepas Taehyung mengangkat panggilan tersebut.

"Ya umi? Kenapa call pagi pagi ni? Ada masalah ke?" Tanya Taehyung bertubi tubi.

"Ah takde la cuma umi nak bagitahu boleh tak baby dengan Jungkook datang rumah umi hari ni? Mak Jungkook pun datang, kitaorang ada nak bincang dengan korang." Perkataan Puan Kim lagi² membingungkan Taehyung.

"Nak bincang pasal apa?" Tanya Taehyung mengusap kepala Hyunmin lembut yang masih lagi bergiat untuk mengejut ayahnya bangun.

"Adalah. Baby datang eh. Bawa cucu umi sekali, dah lama tak jumpa. Umi rindu sangat dekat minmin." Ucap Puan Kim diseberang disertai kekehan.

"Ye la umi. Nanti baby bagitahu Jungkookie. Lagi satu, umi rindu cucu umi je? Anak umi tak rindu?" Ujar Taehyung dengan muncung di bibirnya.

"Hahaha, mestilah umi rindu juga. Datang eh, petang ni tau. Dah la, umi nak masak untuk babah kamu tu. Dia dah bising, lapar katanya." Kata Puan Kim dan kali ini Taehyung pula yang ketawa.

"Iyela umi. Nanti baby datang. Dah pergila masak untuk babah, kang tak pasal pasal babah mengamuk pagi buta lagi." Ucap Taehyung dengan gurauan.

Dan selepas itu, mereka memutuskan panggilan tersebut.

Kembali kepada anak beranak tadi, Jungkook sambung mimpinya, tak kesah jika anaknya menyambak rambutnya hingga beberapa urat tercabut dari pangkal kepala.

Mungkin sebab dari tidur lewat semalam yang membuatnya masih mengantuk walaupun dah pukul lapan pagi.

"Dah la baby, baba tak nak bangun jom kita masak ye sayang." Taehyung tersenyum melihat usaha anaknya yang tidak membuahkan hasil.

Setelah itu, dia mengangkat Hyunmin yang segera menyembunyikan mukanya di ceruk leher Taehyung yang harum sabun itu.

Taehyung menggendongnya di pinggangnya sambil menggoyangkan badannya ke kiri dan kanan, berjalan keluar dari bilik itu.

__________________

"Koo! Boleh tak tolong angkat  barang Minie pastu letak dalam kereta? Diaper dia dah ada kan?" Kata Taehyung separa menjerit kepada Jungkook yang masih berada di bilik mereka.

Jungkook yang baru keluar, tersenyum tampan melihat anaknya di gendongan Taehyung yang menawan hari ini.

Sangat comel dan sangat memikatkan di mata seorang Jeon Jungkook membuatnya jatuh cinta pada Taehyung lagi dan lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sangat comel dan sangat memikatkan di mata seorang Jeon Jungkook membuatnya jatuh cinta pada Taehyung lagi dan lagi.

Dengan sebuah beg ditangan, dia berjalan ke arah mereka dan mencium bibir Taehyung singkat.

"Dah ada dah semua. Jom, kita pergi sekarang. Min, tak sabar eh jumpa nenek dengan atuk ye." Jungkook memegang tangan si kecil dan menggoyangkannya dan dibalas gelak comel si kecil.

Kemudian mereka menaiki kenderaan besar Jungkook untuk menghala ke destinati rumah calon mertuanya.

Taehyung yang baru sahaja meletakkan bayinya di ribanya, terus tiba² menangis.

Si kecil ni memang tak suka berada di dalam kereta, mungkin bagi kebanyakan bayi suka duduk di kereta untuk melihat pokok² yang dilepasi melalui cermin kereta.

Tapi tidak bagi Hyunmin, dia akan merengek sampai Taehyung dibuat buntu dan akhirnya bayi nakalnya diam setelah meminum susu badan atau susu formula.

"Ye baby, jom kita minum susu ye sayang." Pujuk Taehyung pada anaknya yang mula meragam.

Kali ni, disebabkan Taehyung memakai baju sweater dan agak susah untuk dia menyusukan anaknya, jadi dia sediakan susu formula untuk si anak.

Pahanya bergoyang sedikit untuk mendodoikan Hyunmin, dan badannya dicondongkan sedikit.

Baru lah si kecil untuk boleh tidur dengan tenang dengan botol susu ditangan kecilnya.

Tangan Taehyung menepuk pinggulnya perlahan diiringi dengan lagu bernada rendah berirama di radio kereta Jungkook.

Suasana kembali tenang sehingga mereka tiba di tempat yang ditujui.

~~~~~~~~~~~~~~

🐻🐰

selamat hari raya semua 💜✨ - a/n

[C] Cold Boyfriend || 국뷔Where stories live. Discover now