Sembilan 💕

745 43 11
                                    

Author's Pov

Taehyung menggosok kedua matanya perlahan, membiasakan cahaya matahari yang memasuki ruang biliknya di retina matanya.

Badannya terasa ringan, mengingatkan sebelum dia tidur, Jungkook berada disampingnya sambil memeluknya erat, tetapi sekarang batang hidung dia pun tak nampak.

Taehyung mengacingkan bajunya kembali, membetulnya sebelum membuat keputusan untuk mencari kekasihnya.

Kedengaran bunyi dari arah dapur, Taehyung berlari anak dengan perasaan takut dan bimbang.

Takut ada orang pecah masuk ke, apa² la boleh berlaku tetapi setelah dia semakin menghampiri dapur, Taehyung menghela nafasnya mendapati sang kekasih sedang membelakangi dia, membasuh pinggan² yang ditinggal begitu sahaja tadi.

Perlahan-lahan Taehyung menghampiri Jungkook, menyelinapkan lengannya di perut keras Jungkook.

Dia terkekeh menyedari Jungkook terkejut akibat perlakuannya sebentar tadi.

"Saya ingat awak dah balik." Suara baru bangunnya kedengaran sangat dalam tetapi lembut menyapa gegendang telinga Jungkook.

"Umi Babah pesan suruh jaga anak bongsu dia sebab diorang ada kerja mendadak tadi. Saya takboleh la tinggal anak dara orang dalam rumah ni sorang sorang." Kata Jungkook mengelap tangannya selesai menyelesaikan tugasnya.

Dia membalikkan badannya supaya menghadap Taehyung, dan memeluk pinggangnya dengan selesa membenamkan mukanya di leher Taehyung.

"Hei anak dara apanya. Saya laki la. Lagipun kenapa awak yang basuhkan pinggan ni. Kan bik  Mah ada." Taehyung memberitahu Jungkook dengan mulut muncungnya, minta dicium oleh sesiapa je yang melihatnya sekarang ni.

"Ye la ya. And takpe la sekali sekala tolong bersihkan rumah bakal mertua saya." Kata Jungkook datar, mencuit hidung bulat milik Taehyung sebelum mengucupnya.

Tinggallah Taehyung yang merengek tak nak kena cium tu.

_____________________

"Hey jauh termenung, dah sampai bulan ke tu." Jimin tiba ² muncul dari belakang ketika Taehyung sedang berehat di kantin sekolah, memikirkan masa depannya.

Taehyung menjelingkan matanya, tanpa disuruh Jimin duduk di sampingnya, menatap hairan bekal kawannya yang masih penuh dengan nasi goreng kesukaannya itu.

"Asal tak makan? Anak sedara aku perlukan tenaga, jangan la cam ni Tae." Bisik Jimin, mendekati Taehyung lebih rapat.

"Entahla Jim. Aku tak lalu tau tak. Badan aku tak sedap la, aku tak suka la rasa mual mual cam ni. Loya tekak aku yang telan benda ni." Jawab Taehyung sedikit emosi.

"Kau ni dah kenapa? Oh, jangan jangan hormon pregnant kau ni eh yang buat kau rasa semua tu kan. Aku pernah dengar kalau orang mengandung tu normal la kalau rasa mual, loya. Macam kau sekarang. Tak pe la, sekarang ni kau kena berkorban untuk anak buah aku." Pujuk Jimin, menggosok lengan Taehyung yang kelihatan tidak bermaya itu.

Tangannya satu lagi menyapa baby di dalam perut Taehyung yang sedikit membuncit.

Tidak terlalu jelas tetapi kalau pegang, agak terasalah.

"Sorry sayang, mama tak tau nak cakap macam mana dengan papa. Sorry eh, sebab mama sayang tak cukup zat, okey mama makan eh." Kata kata Taehyung membuatkan Jimin membeliaknya matanya.

"Kau tak bagitahu Jungkook lagi?! Buat anak berani, dah berapa bulan dah ni, tak berani nak terus terang lagi?!" Jimin tercakap kuat menyebabkan murid-murid mendengar bebelan Jimin.

Setelah itu, Jimin mendapat pukulan yang agak kuat dari Taehyung di bahunya.

"Jim! Perlahankan sikit suara kau bodoh. Orang dah tengok kita, tak pasal pasal." Taehyung mengetap giginya, bernafas tidak teratur.

"Apa yang tak terus terang?"

Jimin dan Taehyung memalingkan kepala mereka ke belakang dan mereka bukan main terkejut mendapati Jungkook berada tepat dibelakang.

"Err... Aku sebenarnya ada kerja sekolah nak siapkan. Jumpa kau lagi Kook. Tae, aku tak nak masuk campur, aku nak kau bagitahu dia secepat mungkin sebelum terlambat." Ayat yang terakhir tu, Jimin bisikkan di telinga Taehyung.

Taehyung hanya mampu menutup mata sambil mengambil udara dengan banyak sebelum tersenyum paksa ke arah Jungkook yang masih blur.

_________________

"Oh sebab tu ke? Awak nak ambil semua hoodie saya pun saya tak kesah." Kata Jungkook ketika mereka berdua dating belakang sekolah dekat bawah pokok redang.

Ya, Taehyung tipu sebab dia takut dan dia tak nak sape² dengar kalau dia mengaku kat situ, jadi dia ingin tunggu sampai mereka tiba di apartment Jungkook.

"Ha. Uhm... Malam ni boleh saya stay dekat apartment awak?" Tanya Taehyung ragu².

"Boleh sayang." Kata Jungkook tiada reaksi, membuka penutup botol minumannya dan meneguk air putih itu dengan rakus.

Setelah beberapa jam mempelajari subjek kesukaan Taehyung, akhirnya dia dapat membetulkan uratnya, penat mula menguasai diri tetapi setelah teringat tentang bermalam di rumah kekasihnya, matanya terus celik.

Dengan cepat dia membersihkan peralatan dan meninggalkan Jimin yang memanggilnya seperti orang gila.

Dah Biasalah- Jm

"Koo!" Jerit Taehyung gembira dan berlari ke arah Jungkook yang menunggu di perhentian bas.

Someone tolong ingatkan dia yang dia tu berbadan dua sekarang- A/n

Jungkook yang membaca buku mistik tadi, menyimpan kembali buku yang dia pinjam dari Eunwoo ke dalam beg galasnya.

Memeluk erat makhluk indah dan kecil yang berapa di dalam dakapannya.

Pedulikan murid-murid yang berada berdekatan, tiga jam terasa seperti tiga tahun tak jumpa.

"Dah jom." Kata Jungkook mengenggam tangan munggil Taehyung dan berjalan ke arah bas.

Hari ni Jungkook malas membawa motornya kerana ingin bersama dan berbual dengan orang disampingnya sepanjang perjalanan ke rumahnya.

Bak kata orang putih, He's whipped boy.

________________

Tiba je kat apartment Jungkook, Taehyung terus meredah masuk dan mencari dapur.

Jungkook agak terkejut tetapi tersenyum juga pada akhirnya.

"Cari apa?" Tanya Jungkook meletakkan kunci rumahnya pada gegantung.

"Koo ada jeruk tak? Apa-apa yang masam. Taetae nak~" Perkataan atau rengekan Taehyung mampu membuat Jungkook berkerut dahi.

"Jeruk? Nak buat apa?" Setahu dia Taehyung bukanlah penggemar makanan yang masam, malah cenderung ke arah makanan² manis.

"Apa punya soalan la Koo ni. Nak makan la, tak kan nak bagi Tannie pula." Katanya dengan nada merajuk, tak lupa bibir memuncung maju.

"Ye la ye la. Maaf, tapi saya mana ada jeruk- eh sayang!" Terkejut beruk si Jungkook apabila Taehyung tiba² memegang perutnya dan berlari ke arah sink, memuntahkan makanan pagi tadi.

"Awak okey tak ni? Makan apa tadi?" Tanya Jungkook resah gelisah, mengusap perlahan bahu Taehyung.

"Koo~" Taehyung memeluk leher Jungkook dan dengan cepat dipeluk kembali oleh tuan badan.

"Nak susu stobeli." Rengek Taehyung manja.

"Confirm ni tak sakit apa-apa? Kalau sakit ke apa ke, bagitahu saya cepat-cepat eh." Kata Jungkook dan mendapat anggukan dari si kekasih.

"Otay. Sekarang nak susu stobeli pastu peluk." Kata Taehyung membenamkan mukanya ke dada bidang Jungkook.

Manakala Jungkook hanya menghela nafasnya, aneh dengan sikap Taehyung sejak dua menjak ni.

'Kenapa manja sangat harini eh, biasanya suruh aku mandi dulu balik sekolah, ni? Jauh sikit pun dah nak nangis.' Batin Jungkook berbicara.

Dia menggelengkan kepalanya dan terus mengusap badan Taehyung sambil mengayunkan ke kiri dan ke kanan.

~~~~~~~~~~

🐻🐰

[C] Cold Boyfriend || 국뷔Where stories live. Discover now