Tujuh 💕

757 44 2
                                    

Author's Pov

"Habistu Jungkook tau tak?" Bisik Jimin, setelah mendapati beberapa murid memasuki kelas.

Jimin hanya melihat Taehyung menggeleng kepalanya dan menunduk.

"Kiranya aku la orang pertama yang tahu ni? Apalah kau ni, mesti Jungkook kecewa nanti, ye la yang si bapak tu dia bukan aku." Jimin menghela nafas.

"Tak, aku takut Jim. Nanti kalau dia tinggal aku camana?" Kenyataan Taehyung mendapat tepukan perlahan pada bahunya.

"Kau ni, belum bagitahu dah negative thinking. Takpe, percaya la kat aku, mesti dia bangga punya, baru tanam sekali dah jadi. Orang lain buat banyak kali tapi takde rezeki tapi kau? Syukurla, and kalau dia tinggalkan kau meh langkah mayat aku dulu sebelum boleh lari." Kata Jimin angkuh dan mendapat jelingan malas daripada si calon ibu.

"Ye la. Nanti jadi apa apa, kau orang pertama aku cari. Ingat eh. Dah Cikgu Leha masuk, pergi tempat kau tu." Bisik Taehyung dan berdiri setelah ketua kelas mereka bersuara.

Dengan terpaksa Jimin menuju ke arah tempat duduknya dan melayari hari persekolahan yang memenatkan itu.

_______________

"Bye aku balik dulu. Kook jaga Taehyung tu elok elok, jangan sampai dia jatuh sebab dia tu careless sikit eh tak, banyak so jumpa esok." Setelah itu Jimin berlari anak ke kereta jemputan ayahnya.

Jungkook hanya mengerutkan keningnya, tak biasa Jimin menasihatinya seperti ini.

"Kenapa? Awak sakit ke? Demam?" Tanya Jungkook kepada sang kekasih sambil menyentuh dahinya menggunakan belakang tapak tangan.

"Ah tak la, Jimin memang melebih lebih. Dah la jom balik, hari ni umi saya ajak awak makan malam kat umah, datang eh." Kata Taehyung memeluk lengan milik Jungkook.

Jungkook berkelip tidak nyaman, peluh di dahinya dan Taehyung perasan akan itu.

"Takpe umi babah saya tak makan orang setakat ni, tapi saya faham, first time kan." Senyum manis Taehyung membuatkan Jungkook mengangguk perlahan.

________________

Sayang 💍💕

Saya dah sampai ni.

Selepas membaca mesej singkat Jungkook, Taehyung berlari ke arah pintu rumah agamnya dan terselahla kekasihnya yang segak itu.

Selepas membaca mesej singkat Jungkook, Taehyung berlari ke arah pintu rumah agamnya dan terselahla kekasihnya yang segak itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"H-hye." Tegur Jungkook dahulu.

Taehyung hanya tersenyum malu dan memeluk leher kekasihnya itu.

"Jom la, semua orang dah tunggu awak. Hehe." Taehyung menarik kembali tubuhnya dan menatap Jungkook yang kelihatan gugup itu.

"D-dah tunggu saya? Dah lama ke tunggu? Sorry la traffic-"

"Tak la, uhm tak lama pun. Dah la jom. Hahaha koo jangan tegang sangat muka tu, umi babah saya sporting la." Ajak Taehyung masuk ke dalam rumah besarnya untuk dikenalkan kepada kedua ibu bapanya.

"Umi! Babah! Koo dah datang ni." Ucap Taehyung sedikit meninggikan suaranya sambil memimpin Jungkook ke arah meja makan.

"Haa, bagus la tu, umi pun dah siap masak ni. Ohh, ni yang baby tak berhenti cakap ni. Patut la bah, muka helok. Jungkook duduk la dulu umi pergi ambil bekas cuci tangan." Kata Puan Kim menyakat anak bongsunya itu sebelum menyuruh Jungkook untuk duduk.

Kalau nak tahu keluarga Kim ni memberikan panggilan baby kepada Taehyung ni dari kecil lagi, jadi dah susah untuk menggantinya walaupun anak bongsu mereka sudah pun berumur 17 tahun.

"Ish umi ni. Kan tu rahsia kita berdua, umi tak sporting la kali ni." Taehyung memuncungkan bibirnya menyebabkan bibir Jungkook terangkat sedikit melihat telatah kedua ibu dan anak itu.

Setelah mengambil tempat duduk masing masing, Jungkook bersyukur kerana ibu Taehyung menerima kedatangannya dengan sangat baik, tetapi Jungkook perasan yang sang ayah hanya mendiamkan dirinya dari tadi lagi.

"Bah, borak la dengan Jungkook tu. Kesian dia dari tadi senyap je takde teman borak." Puan Kim menyiku lengan suaminya yang dari tadi termenung sambil memainkan makanannya.

"Dah lama ke baby couple dengan .... Jungkook ni?" Tanya Encik Kim dengan nada yang agak dingin menyebabkan semua orang berhenti melakukan kegiatan mereka sekejap.

Jungkook meneguk air liur yang terasa pahit itu, bermacam fikiran negatif yang terlintas di mindanya.

Ayah Taehyung tak suka dia ke? Tak leh terima dia ke? Ke-

"Uhm dalam 5 bulan juga babah. Kenapa?" Tanya Taehyung menyuapkan suapan terakhir hidangan lazat Puan Kim itu.

"Oh, takdela. Babah cuma nak baby dapat yang terbaik je. Yang cukup membahagiakan baby, kerja yang bagus nanti, ada masa depan, bukannya kaki rempit, kaki minum lagi teruk kaki pukul. Tapi babah tengok Jungkook ni.... baik, ada rupa, Jungkook jangan jadi macam yang babah sebut tu eh kan ada yang hidup merana nanti." Sindir Encik Kim menyebabkan mata Puan Kim dan Taehyung membulat besar.

Baru sahaja Jungkook ingin menghela nafas lega tetapi dikejutkan dengan teriakan dari si kekasih.

"Bah! Abang Seokjin tak salah, dia tak tahu yang Abang Joonie tu-"

"Sebab tu babah pesan awal awal! Babah taknak satu satunya anak babah jadi macam tu! Ikut jantan kaki rempit, sekarang tengoklah hidup dia. Merempat, anak dua tiga orang! Sebabnya tak nak dengar cakap babah dengan umi dulu." Tegas Encik Kim.

"Babah! Abang Seokjin tu anak babah juga! Dia la tempat baby mengadu, dia abang baby. Babah tak boleh cakap macam tu!" Ucap Taehyung dengan mata bergelinang sebelum memberontak masuk ke biliknya.

Jungkook yang masih tidak tahu apa apa, tetapi kalau ingin menyampuk takut kena sempuk.

"Ya Tuhan, bah. Kenapa babah ungkit pasal tu lagi depan baby. Dia tu sensitif kalau bab abang dia." Puan Kim menghela nafas sebelum memandang ke arah Jungkook yang tegang dan menundukkan kepalanya.

"Uhm Jungkook, boleh tak pujuk Taehyung, dia kalau emosi terganggu macam macam dia buat. Jungkook masuk bilik ketiga tingkat atas eh." Suara Puan Kim menyapa deria telinga Jungkook.

Dengan cepat dia mengangguk dan membungkukkan badannya ke arah ibu Taehyung yang cuba menenangkan suaminya, sebelum berjalan ke arah si kekasih yang merajuk itu.

Belum pernah dia melihat sisi itu dari Kim Taehyung dan jujur ianya agak memeranjatkan.

~~~~~~~~~~~~

🐻🐰

[C] Cold Boyfriend || 국뷔Where stories live. Discover now