Author's Pov
Dari hari, berjalan ke bulan seterusnya bertahun, masa berlalu begitu cepat begitu juga manusia.
Tanpa sedar, pejam celik pejam celik, kini sudah beranjak enam belas tahun umur pernikahan Taehyung dan Jungkook.
Anak sulung mereka, Jeon Hyunmin yang sekarang berumur tujuh belas tahun merasa bangga mempunyai ibu dan bapa yang muda dibandingkan temannya yang lain.
Apalagi mempunyai ibu yang sangat baik, cantik, bercakap lembut.
Dirinya juga sudah memiliki kekasih hati, tapi sifat posesifnya apabila bersama Taehyung si ibu, masih tidak dapat dihilangkan.
Taehyung hanya menghela nafas dikelilingi lelaki dominant yang terlalu mengongkong hidupnya tetapi dia masih bersyukur kerana mereka berwajah kacak² semua pun berasal dari dirinya, kecuali suaminya yang mengikut mertuanya.
Anak kedua mereka, Jeon Yeonjoon. Jarak usianya dengan abangnya berbeza tiga tahun menyebabkan dia sekarang berumur empat belas tahun.
Dua kali lima, lima kali haa sama ja perangai tiga beranak tu.
Tak suami, tak anak sulung, yang ni satu, semuanya menempel bawah ketiak Taehyung.
Rasanya Taehyung dah bagi cukup makan, minum. Ke terlebih ni?
Dan... satu lagi.
Kalau korang ingat, anak Taehyung dengan Jungkook dua orang tu je, maka korang salah besar.
Si Jungkook tu mana la tahan dengan hormon dia sebesar ikan paus tu, penat Taehyung beranakkan anak dia.
Okey itu cuma ayat hiperbola, hanya tiga sahaja anak mereka buat masa kini.
Anak ketiga pasangan itu sekarang baru mencecah sepuluh tahun.
Dan dengan izin Tuhan, akhirnya doa Taehyung dimakbulkan untuk mendapatkan seorang anak perempuan.
Sekurangnya dia ada teman nak dibualkan walaupun masih kecil.
Sekarang ni keluarga Jeon tengah kalut, sebenarnya setiap pagi macam ni, lagi² pagi Isnin.
"Ibu, Eunnie nak bawak bekal ni kat sekolah, boleh tak." Kata si bongsu, Jeon Tae Eun.
Taehyung tersenyum manis, mencium kepala si bongsu dan mengangguk.
"Okey Eunnie, kejap ye ibu siapkan." Ucap Taehyung dan mula membuat bekalan kepada anak perempuan untuk dimakan di sekolah rendahnya.
"Sayang, abang punya kemeja yang warna navy blue tu dekat mana eh." Jungkook yang entah dari mana, tiba² memeluk Taehyung dari belakang, memberi kucupan lembut pada lehernya yang harum itu.
"Ish abang, ada anak anak kat sini." Ujar Taehyung malu cuba menolak suaminya sedikit jauh darinya.
"Hah kemeja biru? Bukan ke sayang dah letak kan dalam almari kita tu. Abang cari betul betul la, ada je dalam tu." Ujar Taehyung dan menutup bekas makanan yang sudah dipenuhi hidangan lezat darinya.
"Takde sayang, dah beratus kali abang duk belek belek." Kata Jungkook dengan tidak berbajunya, rambut masih lembap.
Taehyung melihatnya dengan matanya menyepit.
"Okay sayang,ni untuk Eunnie ye. Jap ibu nak tolong baba cari baju dia." Kata Taehyung mengucup dahi si kecil yang mengangguk senang menerima bekalan dari si ibu.
Jungkook tersenyum, mengekori Taehyung di belakang yang berjalan ke arah bilik mereka.
Taehyung membuka almarinya yang penuh dengan bajunya juga milik suaminya dan hanya memandang ke arah baju Jungkook.
![](https://img.wattpad.com/cover/258006924-288-k176121.jpg)
YOU ARE READING
[C] Cold Boyfriend || 국뷔
FanficLokal AU [Bahasa Melayu] Semuanya bermula dengan pengakuan si lelaki manis yang mengajak sang jejaka yang 'tiada perasaan' untuk menjadi kekasih hatinya. "Umm... macam mana dengan soalan saya haritu? Dah ada jawapan?" Started :- 8/2/21 Ended :- 23/6...