Tujuh belas 💕

702 52 4
                                    

femboy (feminine boy) Tae, breastfeeding (menyusu)

∆ if you feel uncomfortable with any of it, maybe this story is not for you


Author's Pov

Bulan yang terakhir, iaitu bulan ke sembilan ini sedikit mencabar sedikit, kerana Taehyung kerap kali merasakan sakit di perutnya menyebabkan Jungkook panik dan segera ke hospital kerana berfikir jika kekasihnya sudahpun ingin melahirkan namun mereka hanya menutup muka malu, setelah doktor memberitahu tiada apa² yang berlaku dan hari Taehyung untuk melahirkan tidak tiba lagi.

Ini dipanggil sebagai, false contraction dan benda ni sangat normal bermula bulan yang ke empat, ibu hamil biasanya akan mengalaminya sekali sekala.

Banyak kali juga la peristiwa itu berlaku, serta mendapat tawa dan kekehan para doktor melihat kedua pasangan ibu bapa muda ini panik.

Tetapi mereka faham kerana kebanyakan mereka telah pun duduk di tempat Taehyung, sakit sikit je terus ke hospital.

Ye lah, mana pernah rasa sakit sebenar nak beranak. Anak pertama la katakan.

Tetapi dua minggu lepas tu, Taehyung tahu ini bukanlah sakit bersalin yang palsu apabila melihat suatu cairan mengalir di pahanya.

Dia terus meneriak nama Jungkook yang berada di bilik semasa dia menonton television di ruang tamu.

Jungkook bergegas ke arah suara jeritan itu dan terkejut melihat sang kekasih sudah menyedut udara rakus sambil menggenggam kuat alat kawalan jauh tv.

Matanya lagi terbeliak melihat cecair mengalir di bahagian bawah Taehyung.

"Koo! Sakit!" Jerit Taehyung, peluh jatuh berderai di pelipisnya.

Jungkook apa lagi, mengambil kunci keretanya, dan mendukung Taehyung memasukkan dia ke dalam kenderaan bertayar empat itu sebelum memecut ke rumah sakit.

Setibanya mereka di destinasi yang mereka tujui, pihak hospital terus mengambil Taehyung untuk ke ruang pembedahan.

Satu jam kehulur kehilir Jungkook resah berada di luar bilik pembedahan dan teringat jika dia masih belum memberitahu sesiapa.

Dengan pantas, dia mendail nombor ibu kepada Taehyung dan memberitahu keadaan Taehyung.

Setelah keluarga Taehyung, dia menghubungi keluarganya pula dengan jari yang terketar ketar, seseorang mengangkat panggilan tersebut.

"Hello kook? Ada apa?" Puan Jeon bersahut di seberang.

"Ma! T-taehyung dalam bilik bedah tu. Tadi lagi masuk, tak keluar lagi." Luah Jungkook tanpa sedar air matanya mengalir.

"Ya Tuhan, ye ke Kook?! Kejap eh mama bagitahu papa, kitaorang gerak pasni." Kata Puan Jeon terkejut.

Jungkook mengakhiri panggilan tersebut dan duduk di bangku yang pihak hospital sediakan.

Tak lama lepas tu, dia mendengar teriakan bayi bergema di tingkat yang mereka duduki sekarang.

Matanya membesar, dengan lajunya dia bangun dari kerusi itu dan menunggu di depan bilik pembedahan.

_________________

"Kook?!" Panggil seorang separuh abad memanggil nama anaknya ditemani suaminya di belakang.

Jungkook yang terasa namanya dipanggil terus memalingkan kepalanya, melihat ibu bapanya datang dengan keaadan kelam kabut.

Tidak dilupakan, tangannya mendodoikan bayi yang sangat lah kecil dan berwarna kemerahan itu di lengan kekarnya.

"Kook? Cucu mama ke ni? Ahh comelnya, macam muka Tae la." Ujar Puan Jeon semangat melihat cucunya di gendongan Jungkook dan mendapat tawa dari yang lain.

Seakan tidak percaya anaknya sudah mendukung tanggungjawab seorang bapa di usia yang sangat muda ini.

Taehyung yang masih lemah tak berdaya hanya tersenyum melihat semua ahli keluarganya menyambut anaknya dengan baik.

Jungkook memberikan malaikat kecilnya kepada ibunya, sementara dia berjalan ke arah Taehyung yang sudah memerah tenaganya demi melahirkan makhluk indah ini.

"Sayang okey tak ni. Penat? Takpe sayang rehat dulu, biar kook tidurkan Hyunmin tu eh." Bisik Jungkook di telinganya, sambil mengucup perlahan wajah ibu dari anaknya ini.

_________________

Keesokan harinya Taehyung dibenarkan pulang, keadaannya dan bayinya baik dan mendapat keizinan dari doktor.

Jungkook mengemaskan barang² Taehyung dan anaknya, bersedia untuk pulang.

Mereka akhirnya tiba di rumah baharu Jungkook yang dia beli bulan lalu, katanya supaya keluarga kecilnya selesa.

Dia juga mempunyai pendapatan yang lumayan untuk memanjakan Taehyung dan anak sulungnya.

Setakat rumah dan kereta apalah sangat dibandingkan dengan harta yang ada sekarang.

Taehyung yang sedikit membaik, menggendong Hyunmin sambil membuainya ke kiri dan kanan perlahan.

Terlihat bayi itu tidur dengan sangat nyenyak di dakapan hangat ibunya itu.

Jungkook meletakkan keretanya di garaj kereta sebelum berlari ke arah pintu Taehyung untuk membuka pintu setelah melihat kesusahan Taehyung untuk membuka pintu dengan bayi di tangan.

Taehyung yang masih lagi berpakaian baju tidur dan berselipar tetapi, masih lagi nampak menawan, tambah² lagi dengan mukanya tanpa sebarang alat solek menambahkan aura keibuannya.

Jungkook yang membawa beg di belakangnya hanya mengikutinya, tersenyum malu melihat keluarga kecilnya.

"Sayang rehat dulu eh. Kook nak mandi." Kata Jungkook setibanya mereka di bilik luas mereka.

"Ah? Ha okey. Sorry eh, tae tak boleh layan koo lagi." Ucap Taehyung lembut, berasa bersalah.

Layan yang dimasukkan Taehyung adalah, menyediakan air hangat untuk Jungkook berendam, dan memilih baju untuk jejaka itu.

"Eh tak pe. Saya boleh buat sendiri semua tu, yang penting awak kena banyakkan rehat ye sayang. Lepas ni, saya masak makan malam untuk kita ye." Ujar Jungkook mencium kening Taehyung yang sudah pun duduk di katil mereka.

Taehyung mengangguk kepalanya, "Baba mandi kejap ye budak kecil." Kata Jungkook menyebabkan keduanya ketawa ringan, setelah mengucup dahi si kecil.

Taehyung yang melihat bahu lebar Jungkook sudah menghilang di balik pintu tandas bilik mereka, segera membuka kancing pijamanya untuk memberi susu kepada anak mereka.

Sepanjang dia di hospital, doktor mengajarnya serba sedikit tentang penjagaan bayi termasuk makan dan pakainya.

Nasib Taehyung orang yang cepat faham dan ingat, jadi tak perlu la doktor tu ulang banyak kali.

Lagi pun, benda asas macam ni, Taehyung dan belajar dari internet sebelum dia melahirkan jadi persediaan itu sudah pun ada dalam dirinya.

Kedengaran hisapan di bilik itu, Hyunmin yang rakus menghisap susu dari puting bengkak Taehyung.

Tersenyum manis, berasa sangat lega dan berbaloi menanggung perut yang besar selama sembilan bulan, setelah melihat jari kecil itu memegang erat jari telunjuknya yang berbeza ukurannya itu, seakan tidak mahu melepasnya.

Jungkook yang selesai membersihkan badannya yang terasa lengkit tadi, kini hatinya menghangat melihat kedua dunianya dalam keadaan sihat.

Rasanya pemandangan Taehyung menyusu anaknya adalah pemandangan terindah yang pernah dia saksikan.

~~~~~~~~~~~~~

🐻🐰

[C] Cold Boyfriend || 국뷔Where stories live. Discover now