Sembilan belas 💕

714 47 10
                                    

Author's Pov

Suasana agak canggung apabila kedua pasangan kekasih bersama bayi kecil mereka berada di ruang tamu di kelilingi ibu bapa mereka.

"Ada apa ni?" Kata Jungkook setelah lima minit melihat ketegangan keluarga mereka yang hanya memandang antara satu sama lain.

"Uhm, kook boleh tak mama nak pegang Hyunmin. And papa, cakap lah." Ujar Puan Jeon menyiku suaminya di sebelahnya.

Jungkook yang berasa pelik, tetapi masih juga memberikan anaknya yang memegang mainan yang diberi Taehyung sebentar tadi, kini berubah tempat.

Puan Jeon dan Puan Kim berteriak senang melihat cucu comel mereka yang sekarang berpindah di paha ibu Jungkook.

"Kenapa ni pa? Ada masalah ke?" Kata Jungkook dingin.

"Macam ni kook. Kitaorang dah sepakat .... nak kahwinkan korang berdua." Ucap Encik Jeon.

Mata Taehyung terbeliak manakala, Jungkook seperti biasa, tiada reaksi.

"Kahwin?" Taehyung terpaksa mencelah kerana rasa ingin tahu memenuhi jiwanya.

"Yup kahwin. Babah dah bincang dengan umi dan kitaorang nak korang ada hubungan yang sah, betul betul terikat. Ni juga keputusan yang terbaik, Hyunmin perlukan ibu bapa yang sah atas kertas." Ucap Puan Kim serius.

Taehyung yang masih lagi keaadan terkejut melihat Jungkook.

"Hmm.. bagus juga. Kook pun dah lama plan. Cuma tak tahu masa mana nak propose, tapi kalau korang pun dah bincang. Tak jadi la plan kook." Kata Jungkook membuatkan Taehyung lagi terkejut.

Jadi Jungkook memang ada niat nak berkahwin dengan dia? Jadi suami yang sah?

Mukanya merah padam melihat Jungkook yang menatapnya dengan senyuman di bibir.

"Okay la kalau macam tu, disebabkan Jungkook setuju and mama tahu Taehyung mesti akan setuju juga. Kitorang dah setkan tarikh untuk perkahwinan korang. Mungkin dalam dua bulan lagi. Apa pendapat korang?" Kali ni Puan Jeon bercakap.

"Aah, boleh je ma. Lebih cepat lebih baik ye kan sayang?" Tanya Jungkook menarik tangan Taehyung untuk digenggam.

Pipi Taehyung bersemu merah mendengar ayat manis yang keluar dari mulut kekasihnya yang lantang memberitahu di hadapan kedua ibu bapa mereka.

Manakala Puan Kim dan Puan Jeon tersenyum lebar mendapat tahu mereka akan berbesan.

"Aaiiooaoaia." Ruang tamu itu dipenuhi bunyi bayi yang ketawa dengan ibu jarinya yang kecil itu di mulut.

Hyunmin memang akan mengeluarkan bahasa bayinya jika melihat semua orang disekelilingi dia gelak ketawa.

Dan akan menangis hanya kalau dia tidak selesa, atau lapar dan yang paling jarang berlaku, dia menangis sebab melihat Taehyung menangis.

Pernah satu kali Taehyung jatuh kerana mainan Hyunmin bertaburan di ruang tamu dan hasilnya pergelangan tangannya terseliuh.

Taehyung mengaduh kuat dan membuatkan Jungkook terdengar suaranya.

Dengan cepat Jungkook merawat tangannya dengan ais sebelum ianya mula membengkak.

Taehyung menangis di bahu Jungkook dan Hyunmin melihat semua itu dari tadi lagi.

Dari kejadian ibunya jatuh tepat dihadapannya hingga ayahnya memujuk ibunya yang menangis.

Secara tidak langsung, dia juga turut menangis mungkin berasa bersalah membuat ibu kesayangannya sakit.

Taehyung dan Jungkook memandang bayi mereka yang mula merangkak ke arah mereka sambil air mata bercucuran.

Hati Taehyung mulai lembut dan tanpa ragu mengambil si kecil itu untuk mendukungnya tanpa menggunakan tangannya yang terseliuh itu, sebaliknya dengan bantuan Jungkook.

[C] Cold Boyfriend || 국뷔Where stories live. Discover now