Lokal AU [Bahasa Melayu]
Semuanya bermula dengan pengakuan si lelaki manis yang mengajak sang jejaka yang 'tiada perasaan' untuk menjadi kekasih hatinya.
"Umm... macam mana dengan soalan saya haritu? Dah ada jawapan?"
Started :- 8/2/21
Ended :- 23/6...
Pada tengah hari Sabtu yang cuacanya agak baik, Taehyung tengah bersiap-siap untuk keluar.
Katanya kerana bosan tinggal dirumah sengsorang, mesti tertanya-tanya kan Jungkook kat mana?
Haa, pagi lepas Subuh lagi, jejaka tu meminta izin kepada Taehyung untuk ke sekolah kerana ada kerja kumpulan yang kena selasaikan, group mereka taknak lambat siap, sebab tu diorang start pagi buta.
Terlepasla peluang Jungkook nak bermanja dengan si kekasih, ketika dia bersiap untuk ke sekolah, dia menggerakkan badan Taehyung perlahan yang nyenyak tidur.
Taehyung yang terasa badannya digoncang terus muncung, dia tak suka orang ganggu tidur lena dia, sebab sekali dah tersedar dia dah tak boleh tidur.
Jadi dia cuma bergumam seolah memberitahu yang dia sudah pun bangun, biar pun matanya terkatup rapat. -_-
"Sayang, Koo kena pergi sekolah ni. Kan saya dan cakap pasal ni semalam, jadi saya dah nak kena gerak ni. Nanti bangun makan breakfast yang Koo letak atas meja eh. And kalau nak keluar, make sure bagitahu dulu, inform kat Kook dulu okey. Bye sayang." Setelah mengucapkan ayatnya dan menucup pelipis Taehyung.
Asal dia tahu, Taehyung tak dengar pun, cuma ada la sikit dia dengar bab Jungkook kena pergi sekolah sebab ada group task.
Jadi dia mengiyakan semuanya, sebelum menarik selimut untuk menutup badannya yang kesejukan.
___________________
Di tepat jam 12 tengah hari, Taehyung sedang berjalan-jalan di shopping complex sebab dia nak beli baju baru untuk masa akan datang.
Faham fahamlah nanti berat tubuhnya naik mendadak, so dia kena sediakan payung sebelum hujan.
Dia dah beritahu Jungkook yang dia keluar untuk membeli belah, awalnya Jungkook menghalangnya untuk pergi kerana bimbang dengan keselamatannya.
Tetapi lepas dipastikan oleh si Taehyung yang dia akan membawa bodyguard dengannya supaya risiko untuk terjadi apa² tipis.
Tu pun Jungkook tak tahu yang dia berbadan dua, cuba kalau dia tahu. Jejak keluar bilik pun tak kasi, kot.
Jadi, tengah usha² barang dan baju² yang dia berkenan, dia terpandang ke arah kirinya yang sangatlah menarik perhatian si ibu hamil muda itu.
Bibir mula merekah tersenyum manis, dan dengan cepat dia berjalan ke arah kedai yang beberapa langkah dari tempat dia duduk sebentar tadi.
"Aww, comelnya! Kak, kak. Ni berapa?" Tanyanya semangat, mata mulai rambang melihat barang yang begitu comel di hadapannya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
(Anggapla kasut tu wrna kelabu jg eh)
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Atas boxmana yang adik nak. Adik ke yang ....?" Perempuan yang lebih tua itu, dengan sopan bertanya sambil tersenyum.
"Ha ah, hehehe. Dah nak masuk 2 bulan. Alolo comelnya." Mata Taehyung bersinar-sinar melihat barang bayi yang begitu kecil.
"Ouh baru 2 bulan. Hehehe awal sangat nak beli dik, tapi takpe akak faham, biasalah mengidam ye." Penjaga kedai itu terkekeh melihat perangai ibu hamil muda itu.
"Heheheh, emm sebenarnya kak, saya tak bagitahu lagi dekat boyf- eh suami saya. Akak rasa okey ke kalau saya bagi box macam ni untuk suprise kan dia?" Tanya Taehyung ragu².
"Eh boleh sangat. Aloo, comelnya korang. Akak dah boleh bayangkan, mesti suami adik orang yang bertanggungjawab, mesti dia suka gila kalau adik bagitau berita ni. Akak pernah duduk tempat adik, husband akak speechless dik." Kata jurujual itu menyebabkan kedua manusia itu terkekeh.
"Ye ke? Minta minta la reaction suami saya pun macam tu. Uhm, kalau macam tu, akak rasa yang mana sesuai?" Tanya Taehyung.
"Okay, so disebabkan kita tak tahu babygirl ke babyboy. Akak rasa yang warna grey ni sesuai. Warna ni kan sesuai untuk dua dua jantina, tak mahal pun, lagipun tak salah manjakan anak sulung." Sekali lagi mereka tertawa perlahan.
"Okaylah kalau macam tu. Thank you akak!"
Dengan itu, Taehyung membuat keputusan untuk memilih kasut bayi berwarna kelabu itu beserta baju khas si kecil untuk membuat kejutan kepada Jungkook.
___________________
"Tae? Sayang?"
Jungkook hanya disambut dengan kehenian, sunyi sepi.
Biasanya dengar la juga suara dari television ke, air pancut dalam bilik air ke, bunyi basuh pinggan ke.
Ni tak, sunyi sangat menyebabkan Jungkook berfikir yang Taehyung tak balik lagi dari pusat membeli belah.
Dia keluarkan telefon pintarnya dan mendail nombor kekasih hatinya.
Setelah tujuh ke sepuluh kali Jungkook cuba menghubungi si buah hati tetapi gagal disambung.
Jantungnya mula berdegup dan peluh mula mengalir, bermacam fikiran negatif yang terlintas di kepalanya.
Dengan nafas tidak teratur, Jungkook berjalan ke arah biliknya sambil mencari nombor kontak bodyguardnya.
Tiba di biliknya, mata yang sedari tidak terlepas dari telefon bimbitnya menekan suis lampu bilik nya.
Melempar beg galasnya ke atas katil, hatinya masih lagi tidak tenang.
Tiba² sedang dia kalut mencari keberadaan Taehyung, kedua bola mata Jungkook akhirnya teralih pada benda yang berada di atas katil nya.
Tersusun rapi, menyebabkan dahi Jungkook berkerut.
"Tae? Awak dah balik ke?!" Jerit Jungkook sedikit kuat.
Dia menganggap benda yang tergeletak tidak jauh dari begnya itu adalah kepunyaaan Taehyung.
Tetapi, melihat sepucuk kertas yang diselipkan pada kotak yang berada di atas katil itu sekarang.
Cukup jelas untuk dibaca, 'Congrats!'
Itu yang tertulis di bahagian kard kecil, dua kali ganda menyebabkan Jungkook keliru.
Dengan emosi bercampur, akhirnya dia mengambil kotak berwarna kelabu muda itu dan membukanya ikatan itu.
Alangkah terkejutnya dia melihat isi di dalam kotak itu.
Tangannya bergetar, begitu juga seluruh tubuh badannya. Matanya mulai terasa hangat apabila air matanya terkumpul di kelopak matanya.
Terasa dunia seakan berhenti, lutut dia juga terasa longlai dan lemah.
Jikalau bukan kerana tepukan halus di bahunya, mungkin Jungkook sudah pun rebah.
"Hai, kook. Uhm, tahniah, you're gonna be a father soon." Bisik seseorang yang Jungkook sangat kenali suara itu, sambil memeluknya dari belakang.