Dua puluh dua 💕

665 43 13
                                        

Author's Pov

Si ibu muda itu memegang erat tangan anaknya, berjalan melintasi jalan raya.

Akhirnya mereka tiba di hospital besar kota Seoul yang penuh orang yang lalu lalang di sekitarnya.

Setiap kali bertemu mata dengan yang lain, Taehyung hanya tersenyum menyebabkan orang lain turut terikut sama.

"Jom kita masuk dalam." Ucap Taehyung, genggaman si anak itu dileraikan dan Hyunmin berjalan di hadapannya dahulu diikuti rapat oleh Taehyung.

" Ucap Taehyung, genggaman si anak itu dileraikan dan Hyunmin berjalan di hadapannya dahulu diikuti rapat oleh Taehyung

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Hati hati sayang, nanti terlanggar orang." Kata Taehyung tersenyum manis.

Sebenarnya kedatangan mereka berdua ke hospital pada hari ini adalah untuk memeriksa perut Taehyung sama ada berisi atau tidak.

Kenapa? Sebab dua tiga hari ni dia tak sedap badan, tapi muntah tu tak kerap sangat jadi Jungkook tidak mengesyaki apa².

Dia pergi ke hospital hari ini pun tak bagitahu suaminya, katanya ingin membuat suprise kalau betul dia berisi.

___________________

"Cik boleh duduk sini eh, kejap saya nak sediakan alat." Seorang doktor wanita menyuruh Taehyung untuk berbaring di atas katil pesakit.

Tanpa banyak masa terluang, Taehyung mengikuti arahan doktor itu, anaknya turut berada di samping ibunya bersama, bermain dengan mainan kecilnya.

"Okey, cik. Gel ni sejuk la sikit ye." Ucap doktor berumur 30an itu melumurkan gel berlendir di atas perut rata Taehyung.

Taehyung sedikit meringis kerana kesejukan dari cecair bergel itu.

"Woktor, bwuat apa kat ibu?" Tanya si kecil itu melihat ibunya mengerut dahi.

Doktor yang bertag Dr. Lee hanya terkekeh, menggerakkan alatnya di sekitar perut Taehyung sambil menatap monitor di sebelah mereka.

"Doktor nak check kalau perut ibu adik ni ada baby ke tak." Ujar Dr. Lee menyebabkan Taehyung turut tersenyum.

"Bwaby?" Tanya hairan Hyunmin.

"Ye baby, adik .. nama dia apa cik?" Dr. Lee berhenti ayatnya dan bertanya kepada Taehyung.

"Hyunmin dok." Ucap Taehyung ringkas.

"Ah, Doktor nak tengok kalau kalau adik Hyunmin ni boleh adik bayi." Kata Dr. Lee.

Hyunmin kelihatan tidak memahami pernyataan doktor itu hanya berkedip mengundang kekehan dari kedua manusia itu.

"Sayang, minnie kan minta adik kecil  dengan ibu sebab minnie nak jadi abang yang baik kan.  Haa, sekarang ni ibu nak check la." Ujar Taehyung mencium dahi anaknya, terlalu comel.

Mata Hyunmin membesar, "Ibu, ibu! Bwetul ke, yumin nak ada ayik?" Tanya Hyunmin semangat.

Disebabkan Hyunmin tidak boleh menutur dengan bagus, dia menamakan dirinya Yumin sempena namanya sebenarnya.

[C] Cold Boyfriend || 국뷔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang