Enam 💕

745 46 1
                                    

Taehyung's Pov

Dua bulan dah berlalu lepas kejadian malam tu, dan aku bersyukur sebab Jungkook selalu ada dengan aku time aku sakit, demam, and mood swings ke.

Oh lupa nak bagitahu, sejak dua menjak ni, tubuh aku rasa tak sedap pastu rasa mual mual.

Aku dah boleh jangka apa yang jadi dengan aku, so aku decided nak ajak Jungkook teman aku pergi farmasi nak beli pregnancy test.

Jari dan badan dah bergetar, sumpah aku takut dengan reaksi Jungkook nanti.

Dia tak tahu simpton simpton orang pregnant, so dia ingat aku ni demam biasa.

Aku pun cakap, badan aku masuk angin je, sebab benda tak pasti aku tak nak la cakap lagi so aku nak betul betul make sure.

"Koo, boleh tak hantar saya pegi farmasi. Saya beli sesuatu." Tanyaku sambil menaiki atas pahanya ketika dia sibuk bermain game dalam ps4 tu.

"Hah? Buat apa?" Tanyanya, matanya tak lepas dari skrin tv.

"Hantar je la, nanti awak tahu la." Aku mengelipkan mataku sambil merapatkan bibirku agar terlihat comel di matanya. Tiberr.

"Haa okey." Kata dia acuh tak acuh, ni aku tak suka kalau dah beli ps ni, kang kalau aku lempar dalam laut kang baru senyap takde yang kejap badan goyang sini pastu goyang sana.

Eh takleh takleh, kang sekali dengan aku tercampak dalam tu.

"Cepatla~ nanti farmasi tutup." Rengekku sambil membenamkan mukaku ke dalam dada berlapis hoodienya itu.

"Ye iye. Nak off la ni." Katanya perlahan.

Pastu, aku bangun dari riba dia and tunggu dia bersiap.

_____________

"Ni berapa eh kak?" Aku meletakkan kotak berbungkus itu ke atas meja kaunter farmasi.

Akak nurse tu pandang aku atas bawah, apa? Ada masalah ke?

Dia hanya tersenyum sebelum membuka suaranya.

"Muda muda dah nak ada anak, dah ready ke pegang tanggungjawab ayah?" Tanyanya dengan sindiran, sambil memasukkan kotak tu ke dalam plastik.

Hello? Suka hati aku la, anak aku, pastu muda ke tua ke yang bawa baby tu aku, and aku ni future mommy okey, so yang berat tanggungjawab tu Jungkook.

Aissh apasal yang aku emo sangat ni, dia tanya je pun. Sabar Kim Taehyung, orang sabar dapat pahala.

So aku hanya tersenyum sahaja.

"Harganya Rm17 ya cik." Katanya membuatku mengeluarkan dompetku.

Aku mengambil dua keping kertas bernot Rm10 dan menunggu dia memberi bakinya semula.

"Terima kasih." Ucapnya ramah.

Aku tersenyum sekali lagi sebelum mengangguk kepalaku.

Nasib baik cakap lemah lembut kalau tak dah lama aku hempuk dengan plastik ni.

"Beli apa?" Tanya Jungkook pas aku masuk dalam kereta dia.

Dia cuba mengintip dalam plastik yang aku pegang tu tapi aku cepat cepat sorok belakang aku.

"Nanti la. Kat rumah, oke?"

Dia mengangguk dan memandu ke jalan besar untuk balik ke apartment kami.

______________

"Oh my god!" Aku menjerit di dalam tandas menyebabkan Jungkook mengetuk pintu tandas.

"Yang? Okey tak ni? Nape jerit tu? Jatuh ke? Buka jap." Tanya tanpa berhenti sambil menggoncang tombol pintu tandas tu.

Aku menutup mulutku dan kembali melepaskan teriakanku di telapak tanganku.

Weh, aku tak buta lagi sebab aku betul betul nampak dua garis merah dho.

Aku mengipaskan mukaku, cuba menenangkan diri.

"Ah, takde pape. Ni .... Apatu, Jimin ada hantar .... kerja yang cikgu suruh buat last minute." Jeritku sedikit kuat.

AHHH aku takut, macam mana kalau Jungkook tinggal aku? Habistu sekolah aku macam mana? Umi Babah aku? HAAAA.

Aku meneguk air liurku yang tersekat di kerongkong.

No, aku tak nak sapa sapa tau buat masa sekarang, termasuk la Jungkook.

_______________

Author's Pov

"Weh makcik kantin ada jual puding karamel la. Fav aku tu. Jom ah tae." Jimin menggoncangkan badan Taehyung yang layu di meja sekolahnya.

"Kau pergi je la, aku takde mood harini." Kata Taehyung dengan nada yang down.

Jimin mengerutkan keningnya, biasanya kalau bab makanan sahabatnya yang ni la paling beria.

"Kau ni kenapa? Sakit ke? Sebab Jungkook lagi eh? Kau buat lagi dengan dia? Asal, ketagih eh?" Ucap Jimin dengan nada bergurau tetapi tetap juga dipalau.

Jimin tahu ada sesuatu yang tak kena sejak dia menjejakkan kakinya di sekolah.

"Takde pape, aku penat je." Rungut Taehyung membenamkan mukanya di lengan yang berada di atas mejanya.

"Weh, kau ni kenapa? Aku tak suka la kena palau camni. Kan aku dah cakap, aku kenal sangat kau ni, tapi selagi kau tak bagitahu aku masalah macam mana aku nak tolong." Pujuk Jimin.

"Aku ...... entahla Jim. Aku takut." Suara Taehyung sedikit bergetar, menahan agar tidak menangis di dalam kelas.

"Takut? Takut apa? Jungkook ada buat apa apa eh kat kau? Aii mamat tu memang nak kena-" Jimin bangun dari kerusinya, berniat untuk terjah ke kelas kekasih karibnya itu, tapi dihalang oleh tangan Taehyung.

"No, bukan salah dia. Dia tak buat apa apa pun...... Jim, kalau aku cakap ni..... Kau janji dengan aku jangan bagitahu siapa siapa pun okey?" Tanya Taehyung menatap mata Jimin.

"Ish ye la yela. Cepat bagitau aku." Jimin kembali menarik kerusi dekat dengan Taehyung.

Suasana yang sunyi di dalam kelas ni, disebabkan murid murid telah pun berkerumun ke kantin untuk mengisi perut mereka.

Jadi Taehyung menarik nafasnya dalam dalam sambil memerhati keadaan sekitarnya.

"A-aku .... pregnant Jim." Kata Taehyung perlahan tetapi cukup untuk didengari oleh Jimin.

"Ohh aku ingat kan apalah tadi." Ucap Jimin membuat Taehyung pelik. Tak terkej-

"What?! Pregnant?!"

~~~~~~~~~~~~~

🐰🐻

[C] Cold Boyfriend || 국뷔Where stories live. Discover now