Dua puluh satu 💕

688 46 8
                                    

Skip 3 tahun kemudian

Author's Pov

Setiap kali Taehyung melawat suaminya di pejabat bersama anaknya yang masih belum genap tiga tahun itu, pasti akan ada yang memandangnya dengan semacam.

Ada yang pandang takut, ada yang pandang dengan seringai, ada yang pandang atas bawah, banyak lagi la.

Sampai Taehyung pun tak faham, apa masalah dengan pekerja Jungkook ni.

Tapak kasut mahalnya yang berbunyi, menggemakan seluruh kawasan lobi itu berjalan ke arah kaunter pertanyaan.

"Jungkook ada kat dalam tak?" Tanya Taehyung menanggalkan cermin mata hitamnya yang membuatnya nampak lebih klassy walaupun menggendong anaknya.

"Encik ni siapa? Dah buat temu janji dengan Tuan Jeon dulu ke sebelum ni?" Tanya wanita yang berlipstick merah menyala itu sambil menaip di komputernya.

Taehyung ternganga dibuatnya setelah mendengar ayat itu yang keluar dari gadis ini.

"Awak tak kenal saya?" Tanyanya dengan kekehan.

Bukan nak riak yang sekarang ni dia telah pun bergelar isteri bos syarikat ini, tetapi itulah kenyataan nya dan kebanyakan pekerja sudah pun mengenali dirinya.

Taehyung memandang wanita berskirt mini itu hujung rambut sampai hujung kaki.

Dia belum pernah melihat gadis ini sebelum ni.

Seksi sangat itu seorang penyambut tetamu.

"Memangnya encik ni siapa?" Tanya perempuan itu dengan nada sedikit mengjengkelkan.

"Saya ni-"

"Eh Tuan Taehyung maafkan dia. Dia baru je masuk kerja hari ni." Tiba² seorang lelaki berumur 20an datang mencelah perbualan mereka.

Tak lama kemudian, pinggang Taehyung terasa dipegang oleh seseorang menyebabkan dia dengan cepat memusingkan kepalanya.

"Kenapa nampak terkejut sangat ni?" Tanya Jungkook kepada sang isteri.

Bibir Jungkook sedikit tersenyum melihat satu² nya anak lelakinya tengah menghisap ibu jarinya sambil menyandarkan kepalanya pada bahu si ibu.

"Dah la jom kita lunch. Abang dah lapar ni, mai sini anak baba. Alololo." Ujar Jungkook sambil menepukkan tangannya di hadapan si kecil.

Hyunmin menggeliat hebat di gendongan Taehyung, membuatkan Taehyung melepaskan si anak pada suaminya itu.

"Ah ye bang, erm ....dan awak." Taehyung berhenti ayatnya sambil melihat wanita yang wajahnya bertukar pucat sehingga lipstick merah di bibirnya tidak dapat menutup ketakutannya.

"Saya tak kesah kalau awak tak kenal saya. Tapi, tolong jaga sikit perangai tu. Sedar sikit yang awak tu cuma receptionist, sombong sombong boleh pergi kemana je." Sindir Taehyung pedas, dia kemudian merangkul lengan suaminya sebelum berjalan ke pejabat suaminya.

Jungkook yang disebelahnya terpana melihat sikap sarcastic Taehyung.

"Kenapa? Dia buat hal ke?" Tanya Jungkook memecet butang lift.

"Tak de la, cuma perangai dia agak kurang ajar sikit. Saya tahu dia penat kerja, tapi tak boleh ke setiap kali tetamu datang. Tak kesah la, orang besar ke, pakcik tukang pungut sampah ke, makcik cleaner ke, abang bodyguard ke. Tak boleh ke senyum sikit, ni muka masam macam dia tu anak sultan, anak sultan pun tak macam tu." Rungut Taehyung sambil menyilangkan tangannya.

Akhirnya mereka tiba di pejabat luas dan berbau segar tapi intimidating milik CEO syarikat ni.

Jungkook memimpin tangan Taehyung dengan Hyunmin yang sedang menggigit telinganya, dan tergelak kecil melihat isterinya merungut seperti anak kecil.

"Ye la, nanti abang bagi amaran pertama dekat dia." Kata Jungkook menyebabkan Taehyung tersenyum puas.

Mereka kemudian makan tengah hari dengan bekalan masakan Taehyung dari rumah.

Kata Jungkook, masakan bininya boleh menaikkan semangat untuk dia bekerja jadi Taehyung dengan rela hati memasakkan menu kegemaran sang suami.

_______________________

"Baba, bu bu." Hyunmin yang masih belajar untuk bercakap.

Ketika ini, Hyunmin tidak masih boleh bercakap dengan lancar mungkin hanya 50 perkataan saja yang dia tahu.

Jungkook hanya mampu menghela nafasnya, terlalu penat mengejar anaknya yang merangkak dengan lincah malah sudah boleh berjalan tetapi masih lagi tidak stabil untuk jangka masa yang lama.

"Min baba penat la. Meh sini dekat baba, kita minum susu." Ucapnya dengan nada yang dibuat ceria sambil menggoyangkan botol susu yang suam itu.

"Bubbu!!" Jerit Hyunmin sambung mencari Taehyung yang tengah masak makan malam untuk mereka.

Punggung si kecil itu yang berat dengan pampers nya terkedek kedek sambil merangkak ke arah kaki Taehyung.

Tangan munggil itu memegang erat kaki mulus Taehyung yang telanjang itu kerana dia hanya memakai baju yang betul² mencapai atas lututnya mendedahkan kaki ramping dan putih seperti susu itu.

"Eh anak ibu buat apa kat sini sayang? Bahaya la masuk dapur, nanti kena minyak la Minnie." Kata Taehyung mendukung si montel itu ke pinggulnya.

Tangannya satu lagi membalikkan ikan yang digoreng di dalam kuali.

"Sayang nak apa hmm?" Tanya Taehyung mencuit hidung kecilnya.

"Syusyu bubbu!" Kata Hyunmin menunjukkan riak sedihnya.

"Aik kan ibu dah bagi dekat baba. Baba tak kasi dekat Minnie eh?" Tanya Taehyung menolak rambut hitam anaknya yang menempel di dahi anaknya yang berpeluh kerana sesudah bermain dengan Jungkook.

"No! Syusyu bubbu!" Celoteh Hyunmin sambil menarik baju Taehyung tanda dia ingin susu badan ibunya.

Ni la masalah Hyunmin dah dua tahun pun masih tak nak tinggal habit nya yang suka meminum susu Taehyung berbanding susu formula itu.

Tapi gigi dia dah tumbuh, tu yang buat Taehyung jarang memberikannya. Sakit tau kalau anaknya tu menghisap dengan kuat apalagi dengan giginya yang baru tumbuh dua batang di hadapan.

"Kenapa tak nak minum susu botol sayang?" Taehyung menutup api dapur lalu mengangkat ikan yang sudah digoreng lalu dihidang di atas meja makan.

Ibu, bagi lah tugas apa pun tapi dia tak kan mengeluh apabila berkaitan dengan anak mereka.

Dengan tangannya menggendong bayinya ke sana ke sini, menyusun lauk untuk dimakan, membuat air jus, menyediakan bekas basuh tangan dan lain².

Tak semua yang boleh lakukan pekerjaan ini, lelaki apatah lagi sekuat apa pun mereka tapi pekerjaan ini lah paling memenatkan dengan tanpa gaji sekali pun.

Setelah melakukan semua itu, niatnya ingin memanggil Jungkook untuk makan.

Tiba sahaja di ruang tamu, Taehyung tersenyum.

Jungkook terlantar di lantai dengan mainan Hyunmin bertaburan di sekitar suaminya itu.

Sekali lagi kekehan keluar dari bibir Taehyung, dia memandang Hyunmin di gendongannya yang telah pun memasang muka tak bersalahnya sambil menghisap ibu jarinya.

"Abang, bangun. Makan malam dulu sebelum tidur. Tak mau tidur sini, nanti masuk angin, banyak nyamuk, sakit badan. Abang bangun la~" Suara lembut Taehyung memanggil Jungkook sambil menepuk bahu sang suami.

Mungkin terlalu penat kot dengan kerja di pejabat lagi, jaga anak nakal ni satu.

Ni baru sorang anak, cuba kalau Jungkook tahu yang benihnya tengah bertumbuh di rahim Taehyung lagi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

🐻🐰

[C] Cold Boyfriend || 국뷔Where stories live. Discover now