Sepuluh 💕

711 43 7
                                    

Author's Pov

Kening dan dahi berkerut, mulut sibuk menghisap straw yang dicucuk ke air kotak kesukaannya, mata sibuk melihat television manakala tangan menyisir rambut sang kekasih yang berbaring di paha.

Semua ni permintaan ibu muda kita yang merengek ingin melihat movie tengah malam buta.

Kalau pukul sebelas malam, dua belas malam ke, Jungkook tak kisah la sangat, ni dah pukul dua pagi.

Tapi si Taehyung ni tak nak jejak masuk ke dalam bilik lagi walaupun dah lewat malam.

So itula alkisahnya, Jungkook berbaring di paha Taehyung kerana penat mengajak Taehyung untuk tidur di atas katil yang jauh lebih selesa daripada sofa, dari tadi lagi.

Jadi dia berputus asa dan menemani kesayangannya menonton. Tapi dia tak tengok pun movie tu, sebab bagi dia agak membosankan, dia sama sekali tak berminat dengan K-drama bagai.

Dia memang tak suka benda² macam ni sejak kecil lagi, dah la kurang bergaul dengan orang, media sosial pun tak aktif sangat.

Tapi malam ni, Taehyung punya pasal, dengan dia sekali kena berjaga.

Jungkook baring di kaki Taehyung yang memakai seluar pendek jadi agak terdedah dia punya paha mulus, tapi Taehyung tak kesah, Jungkook je pun.

Jungkook menghadap perut Taehyung dan menciumnya sesekali, macam mana lah reaksi dia kalau dia tahu yang dia cium tu bukan sebarang perut kosong, tapi anak kandung dia.

"Awak. Dah la, jom masuk tidur. Dah lewat ni, tak elok untuk kesihatan."

Kata kata Jungkook hanya berlalu seperti angin, tidak didengari oleh si yang dipanggil.

Jungkook menghela nafasnya, masih lagi dipalau.

Dia mendongak ke atas, "Laa dah tidur. Patut tak jawab. Dari tadi lagi ke?" Jungkook bercakap seorang diri sebelum bangun dari paha Taehyung.

Dia mengerang apabila urat² nya direnggangkan dan melihat muka mulus Taehyung yang seperti budak kecil ketika dia lagi tidur.

Jungkook tersenyum melihat bibir munggil itu muncung, menggumam perkataan yang tidak jelas di dalam tidurnya.

Tanpa membuang banyak masa, Jungkook menggendong Taehyung ala bridal style dan berjalan ke arah bilik mereka.

Membaringkan buah hatinya perlahan-lahan sebelum kembali ke ruang tamu dan menutup television dan lampu.

Jungkook masuk ke dalam bilik berudara sejuk itu kemudian dan mengunci pintunya.

Dia berjalan perlahan agar tidak menggangu si kekasih yang sedang tidur, memasuki ke dalam selimut tebal itu sebelum menarik Taehyung ke dadanya.

___________________

Disebabkan hari ni cuti, ataupun hujung minggu, Taehyung mengajak si Jungkook ni untuk makan tengah hari di rumahnya.

Hubungan Taehyung dengan ibu bapanya sudah pun pulih, mereka saling meminta maaf dan ayahnya berjanji untuk tidak mengungkit lagi hal itu.

Keluarga Kim dan seorang calon keluarga itu menatap hairan ke arah si bongsu yang enak menikmati hidangannya.

"Aii tak biasanya suruh mama masak sambal petai. Dulu benci sangat dengan petai, ni dah apa kes." Sindir ibu Taehyung sambil terkekeh.

"Biarlah, baby teringin nak makan. Baby tengok dekat tv macam best je, umi memang pandai masak, sedapp hehe" Jawab Taehyung tertawa.

Ibu dan ayah si bongsu itu hanya menggelengkan kepalanya, membiarkan pelbagai soalan merayau di minda.

"Dah macam orang mengidam je." Kata Encik Kim menyebabkan Taehyung tersedak.

Jungkook yang terkejut cepat² mengambil gelas di hadapannya yang berisi jus oren dan memberi kepada kekasihnya yang tercekik petai.

"Makan perlahan-lahan. Kan dah tercekik." Ujar Jungkook, sambil menggosok kepala Taehyung yang sudah pun baik.

"Sowwy." Ucap Taehyung, mulut muncung ke hadapan.

Perlu diingatkan ye, calon ibu tersangatlah sensitif dengan ucapan dan perlakuan seseorang yang membuatnya mudah tersinggung.

"Takpe, sambung makan." Kata Jungkook lembut, ingin sahaja dia mengucup bibir yang muncung tu, tapi apakan daya calon mertua masih di hadapan.

"Jungkook, ayah kerja apa?" Tanya Encik Kim setelah melayan drama tv3 sebentar tadi.

"Business man je pakcik." Jawab Jungkook canggung.

"Ohhh, nama ayah apa?" Tanya Encik Kim, ingin mengenal lebih dalam calon menantu.

"Jeon Siwon cik." Lagi lagi dijawab oleh Jungkook.

"Laa, tak cakap anak si Jeon tu." Kata Encik Kim sambil tertawa.

"Kenapa, babah kenal ke?" Kali ni Puan Kim pula menanyakan soalan kepada suaminya.

"Apa pulak tak kenal. Business partner saya la tu. Aish, kecil nya dunia. Nanti nanti ajak la diorang datang sini eh. Siwon pulak tak bagitahu ada anak laki." Kata Encik Kim dan yang lainnya cuma ber'oh'kan saja.

"Ye nanti saya bagitahu diorang." Dengan itu, semua orang kembali makan dengan tenang.

Tapi tak lama kemudian, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan Taehyung yang berlari ke arah sink.

"Uweek."

Dengan sepantas kilat Jungkook dan yang lain berlari ke arahnya yang sedang memuntahkan makanan.

"Eh, awak okey tak. Pening kepala? Sakit perut tak?" Fikiran Jungkook hanyalah, Taehyung yang terkena keracunan makanan.

"Baby tak sihat ke, dah pucat ni. Kita ke doktor ye sayang." Ujar Puan Kim cemas.

"Noo, baby okey. Penat sikit." Dalam hati, Taehyung berdoa agar janganlah ibu ayahnya dan Jungkook mengetahui statusnya sekarang ni.

"Betul ke ni, tapi hari tu pun awak dah muntah. Kita ke klinik eh, kalau tak nak pergi kat hospital." Kata Jungkook cuba untuk menenangkan Taehyung yang sekarang lemah di pelukannya.

"No tak pe, saya okey je. Saya rasa sebab makan mee mamat haritu." Buat kali kedua Taehyung terpaksa menipu.

Keluarga Kim dan Jungkook hanya mengeluh perlahan, anak ni degil sangat.

Jadi nak tak nak, mereka membiarkan Taehyung tinggal di rumah dengan syarat dia mestilah memakan ubat.

"Nanti saya jenguk awak lagi ye, awak rehat dulu, okey?" Pujuk Jungkook setelah membaringkan kekasihnya di katil.

"Koo tidur sini la juga. Ye? Please taetae tak boleh tidur sengsorang." Kata Taehyung manja, memeluk lengan Jungkook.

Si tuan badan hanya menghela nafas sebelum mengangguk.

Kemudian setelah menyuap ubat dan air kosong, Taehyung tertidur akibat terlalu penat.

Padahal dia tak buat apa² kerja yang meletihkan pun, cuma Taehyung yang tahu jawapan yang sebenarnya.

Dengan itu, Jungkook menginap di rumah Taehyung setelah 'dipaksa' dengan mengacam untuk tidak makan ubat,jadi Jungkook memenuhi permintaan si kekasih kecilnya itu, dia sendiri pun tak nak tinggalkan Taehyung yang sakit ni.

Dia memeluk Taehyung erat, menepuk punggungnya perlahan sambil menggumamkan lagu, dengan cara itu, Taehyung lebih mudah terlelap.

~~~~~~~~~~~~~~

🐻🐰

[C] Cold Boyfriend || 국뷔Where stories live. Discover now