Author's Pov
"Haa, kau cite kat aku sekarang juga! Aku nak pastikan yang aku tak mabuk atau mengantuk masa tu." Tegas Jimin.
Taehyung tertawa kecil, lalu menggeleng kepala.
"Haduh la kau, potong stim la. Baru nak romantik-romantik dengan bakal suami aku...... tak la, kau ingat tak, ada hari tu, aku beritahu kau yang aku, adalah tanya mamat tu untuk jadi boyfriend aku, haa dia tu la. Ya tuhan, aku tak percaya gila yang dia akan terima aku juga" Taehyung mengelap matanya yang kononnya berair, dengan muka yang terharu.
"Eh eh, yang pasal mamat tu aku tahu la yang kau skodeng dia, ni laa, yang part dia tiba-tiba terima kau? Hmmm, Haah! Kau goda dia eh, peluk-peluk bagai, korang tadi. Entah-entah kau dah pun jual badan kau kat dia eh. Auch, sakitla!" Jimin menggosok kepalanya yang dihantuk buku oleh Taehyung.
"Aku tahu la aku ni seksi. Tapi aku takde niat pun nak goda dia, and yang bab jual diri tu lagila. Ish kau ni, aku ni still ada maruah diri la. Tapi sekarang ni kan kitorang dah rasmi, so kalau kitorang nak buat itu pun bukan masalah kau. HAHAHAHHA" Taehyung terkekek sambil memukul tangan Jimin.
Mukanya memerah setelah sedar apa yang dia cakap, dengan cepat dia menutup mukanya yang memerah itu.
Jimin menjeling matanya ke atas setelah melihat tingkah laku kawannya yang menggelikan dan memikirkan perkara hal dewasa itu.
_________________
Masa berlalu dengan cepat, kini sudah satu bulan mereka merupakan sepasang kekasih yang masih menjadi buah mulut pelajar di sekolah.
Ramai orang tak percaya yang Taehyung telah pun menjadi kekasih orang dan yang paling mengejutkan, dengan pelajar lelaki yang berhati batu itu.
Nak tak nak, mereka harus menerima kenyataan yang menyakitkan tu, yang Taehyung tu telah menjadi milik orang lain.
Setiap hari, mereka harus menjadi saksi, cinta monyet kedua pasangan itu dan berharap agar mereka berada di tempat Jungkook, iaitu sangat mustahil.
Taehyung yang bersikap semakin manja dan comel membuat sesetengah murid suka akan pasangan bualan orang ramai itu.
Jungkook merupakan orang yang paling beruntung dapat memilikinya.
Hal ini terbukti, ketika setiap kali mereka ingin berpisah setelah habis masa persekolahan, Jungkook akan menghantarnya ke stesen bas dan mendapat hadiah daripada kekasih munggilnya itu.
"Thank you hantar saya harini lagi, umm esok hari sabtu kan? Awak free tak?" Taehyung bertanya kepada Jungkook dengan penuh harapan.
Tangan mereka masih lagi bertautan, Taehyung yang satu kaki rendah daripada Jungkook harus mendongak ke atas dengan mata yang bersinar-sinar.
Jungkook berdehem, mengalihkan pandangan daripada Taehyung yang manis itu.
Dia sebenarnya masih tidak percaya mempunyai seorang kekasih.
"Saya free esok. Kenapa?" Tanya Jungkook sambil memandang rambut Taehyung
"Umm kita pergi date esok nak tak? Tengok movie ke? Umm, pergi shopping ke? Jalan-jalan pusing bandar ke?" Tanya Taehyung memiringkan kepalanya ke sebelah.
Bahkan orang yang berada dekat mereka juga ikut tersenyum melihat perangai Taehyung yang manja itu.
"Ohh, okay. Saya boleh je yang mana-mana pun, biar saya jemput awak." Kata Jungkook.
Taehyung tersenyum lagi dan kedengaran bas yang baru tiba di belakang mereka.
"Um kita jumpa esok pula ye. Bye. *Chup* love you. " Taehyung terpaksa melepaskan pegangan tangan mereka dan menjinjing sedikit untuk mengucup bibir Jungkook.
Muka Jungkook yang merah padam, setelah sedar yang mereka berada di tempat umum.
"Y-ye, b-bye. Hati-hati." Jungkook melihat tubuh kecil Taehyung menghilang memasuki ke dalam bas.
Dia melihat Taehyung yang berada di bahagian tengah bas dan berada di tepi tingkap, Taehyung sempat lagi melambaikan tangannya ke arah Jungkook.
Sebelumnya bas itu bergerak, Jungkook cepat-cepat mengeluarkan handphonenya dan menulis mesej kepada Taehyung.
Taehyung mengerut keningnya bila terdengar ting dari handphonenya.
Lagi membuat dia pelik, ianya dari Jungkook.
Bas masih lagi tidak bergerak, Taehyung memandang Jungkook yang telah pun melihatnya.
Setelah itu dia membuka pesanan dari kekasih tersayangnya itu.
Sayang🐰💍
I love you too 💕
Muka Taehyung tanpa sedar tersenyum, dia mengalihkan matanya ke arah Jungkook yang cepat-cepat pandang ke kasutnya.
Jungkook sebenarnya sweet tapi tu la, dia malu nak tunjuk. Maklumla belum pernah ada girlfriend atau boyfriend.
Taehyung menggelengkan kepalanya, terkekeh sebelum menaip sesuatu.
Kali ni Jungkook pula yang mengerutkan dahinya apabila masuk pesanan Taehyung.
Baby 🐻♥️
Pandang saya kejap.
Sebenarnya, Taehyung juga yang save nama contactnya di handphone Jungkook sebab masa tu Jungkook tak tahu nak save nama apa.
Jungkook pula dengan cepat memandang jendela di tempat Taehyung.
Terlihat Taehyung yang sedang tersenyum malu-malu sebelum memberi flying kiss kepada Jungkook.
Jungkook terpana sekejap, dan bas mulai bergerak.
Sekali lagi hatinya berdetak tidak keruan.
Tidak tahu bagaimana dia hendak selamatkan diri pada hari esok, di hari date pertama mereka tanpa melelehkan darah di hidung, jika Taehyung terus bersikap seperti ini.
~~~~~~~~~
🐻🐰
YOU ARE READING
[C] Cold Boyfriend || 국뷔
FanfictionLokal AU [Bahasa Melayu] Semuanya bermula dengan pengakuan si lelaki manis yang mengajak sang jejaka yang 'tiada perasaan' untuk menjadi kekasih hatinya. "Umm... macam mana dengan soalan saya haritu? Dah ada jawapan?" Started :- 8/2/21 Ended :- 23/6...