Author's Pov
Taehyung tersenyum manis, melihat arnab gergasinya menyorokkan mukanya di dadanya.
Setelah kejadian pengakuan tentang statusnya yang bakal menjadi seorang ibu dalam beberapa bulan lagi, Jungkook terus menjatuhkan air mata seorang lelakinya.
Kali terakhir dia menangis adalah semasa pengebumian datuknya.
Tu pun hanya air matanya mengalir, kali ni terisak-isak sambil memeluk Taehyung ketat.
Dan sekarang Taehyung boleh bernafas dengan lega melihat reaksi Jungkook yang menerima kehadiran si kecil dengan hati yang terbuka.
Aww comel la pula baca si kecil 🥺 - A/n
Sejak tadi Jungkook enggan bercakap kerana malu menunjukkan sisi ini kepada kekasihnya, dia berfikir jika Taehyung akan melihatnya sebagai lelaki yang lemah, yang sememangnya bukan seperti itu di fikiran Taehyung.
Dia malah suka dan bahagia melihat Jungkook menangis kerana itu tandanya dia terharu la kan? Ye la, nak pikul tanggungjawab seorang bapa lepas ini.
"Dah la, tak mau sedih sedih ni." Taehyung mengangkat muka sembab Jungkook di tapak tangannya.
Jungkook mengelap air matanya dan hidung yang habis berair dengan lengan bajunya, seperti budak kecil yang habis kena marah.
Taehyung terkekeh sebelum mencium seluruh mukanya, dan mendarat lama di bibir tipis milik Jungkook, melumatnya sebelum menolak rambut depan Jungkook ke belakang.
"Dah okey? Nak susu pisang?" Pertanyaan Taehyung diangguk oleh si empunya badan, sebelum Jungkook menyorokkan mukanya di leher Taehyung.
_______________
Malam tu, Jungkook bersandar di kepala katil dengan Taehyung yang menyandarkan kepala di dada bidang Jungkook.
Jungkook memainkan rambut kekasihnya sambil menghirup bau shampoo rambut Taehyung.
Mereka berdua sedang memikirkan cara untuk bagitahu ibu bapa dorang tanpa kena sembelih.
"Mati la saya kalau mama papa tau ni. Tapi tu bukan maksud saya tak terima baby ni dalam hidup kita, sayang jangan salah faham eh. Cuma ye la, tujuan hidup pun entah ke mana..." Jungkook menghela nafasnya sambil mengurut batang hidungnya.
"Ye saya faham, tae pun tak tahu nak cakap macam mana. Boleh jadi kena halau macam .... Abang Seokjin." Ucap Taehyung dengan nada yang sedikit sedih di hujungnya.
"Ish, jangan cakap macam tu. Awak kan anak kesayangan diorang, mintak mintak la diorang fikir dua tiga kali dulu. Macam ni la, kalau sayang dah ready nak bagitahu, tapi kalau boleh secepat mungkin la sebab nanti perut makin besar, lepastu orang tua ni kalau bagitahu awal awal diorang okey la sikit daripada tengok perut membuncit dulu atau pun tahu daripada orang lain. Sebab tu, koo nak, kalau boleh la kita bagitahu diorang minggu depan?" Tanya Jungkook ragu ragu jika Taehyung masih tidak bersedia.
Dia mengusap perut Taehyung dengan penuh kasih sayang, seakan memberitahu yang dia selalu ada untuk dia dan bayinya.
"Minggu depan? Tapi tae takut." Ujar Taehyung ketakutan dan sedih.
"Takpe koo kan ada, jangan bimbang okey. Kalau diorang takleh terima.... Kita, pergi jauh dari sini. Saya takut jadi apa apa kat baby kita." Jungkook pun tak pasti apa yang dia cakap.
"Dah jom tidur, dah lewat tak baik untuk kesihatan. Nanti baby sakit cam ne? Nanti kalau sayang sakit? Tak pun kalau-" Jungkook dipotong oleh Taehyung yang menutup mulutnya dengan tangannya.
"Ye ye, baby tengok papa ni. Cerewet sangat, baby jangan jadi macam papa eh." Taehyung bercakap dengan perut yang masih ratanya seolah berkomunikasi dengan makhluk hidup di dalam badannya.
"Mana ada, memang tae kena jaga kesihatan la." Jungkook terus muncung mendengar Taehyung katanya begitu.
"Ye la, sekarang jom kita tidur ye." Ucap Taehyung tanpa membuang masa, mengucup beberapa kali bibir Jungkook dan meloloskan dirinya di dalam selimut tebal itu.
Jungkook yang diserang dengan ciuman ringkas tetapi berkesan untuk membuat jantungnya berdegup laju, menahan malu, muka bertukar warna kemerahan dan menutup lampu bilik dan hanya tinggal lampu meja supaya kekasih munggilnya tidak nampak mukanya seperti tomato.
Sorry pendek 🥺 👉🏻👈🏻
~~~~~~~~~~~~
🐻🐰
YOU ARE READING
[C] Cold Boyfriend || 국뷔
FanfictionLokal AU [Bahasa Melayu] Semuanya bermula dengan pengakuan si lelaki manis yang mengajak sang jejaka yang 'tiada perasaan' untuk menjadi kekasih hatinya. "Umm... macam mana dengan soalan saya haritu? Dah ada jawapan?" Started :- 8/2/21 Ended :- 23/6...