Pesanan ikhlas dri author... Ashila bukak lagu kt atas au... Syokkk wooo... ================================
Nazihah dan Nayla saling berpandangan. Leher Nazihah terasa meremang. Abby masih belum sedar. Separuh sedar sebenarnya. Tubuhnya menggeletar. Bibirnya meracau entah apa butirnya. Seorang ustaz dipanggil bagi menenangkan Abby. Walaupun Nayla cuba menghalang Nazihah menelefon Ustaz Badrul.
Zarul, anak Ustaz Badrul yang berdiri di tepi katil bersama seorang temannya sesekali mengalihkan matanya kearah Nayla. Ya, Nayla terpaksa mengelak dari matanya bertentang dengan anak ustaz tersebut. Bagai ada aura yang sukar dimengertikan saat mata Zarul memandangnya. Dia tahu Zarul bukanlah calang-calang orang. Dia bagaikan dapat rasakan Zarul sedang menelaah dirinya saat ini.
Ustaz Badrul memegang dahi Abby. Serentak itu, Abby meronta-ronta bagai kesakitan yang amat sangat dirasakan. Tubuhnya meliuk lentok, meronta-ronta minta dilepaskan. Ustaz Badrul terus mengalunkan ummul kitab dan surah-surah lazim. Matanya dipejamkan atau sebenarnya dia sedang berbicara dengan satu makhluk lain yang bahasanya cuma difahami Ustaz Badrul.
"Keluar wahai jin dan iblis dari tubuh anak Adam ini." Berlapikkan sehelai kain di dahi Abby dipegang kejap. Abby meronta-ronta. Tiba-tiba Abby melompat. Berdiri membelakangi semua orang.
Ustaz Badrul membacakan beberapa potong ayat al-Quran. Tubuh Abby meliuk lentok bagai sedang menari Mak Yong. Tubuhnya dilenggokkan mengikut irama Mak Yong.
Dia berpaling dan tersenyum.
"Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. " Ustaz Badrul melaungkan kalimah Allah SWT.
"Zarul jaga. "Ustaz Badrul memberikan amaran. Zarul hanya menurut. Di belakang Abby, dia turut sama melafazkan ayat-ayat Allah. Ayat-ayat membakar jin dan syaitan. Sampai pada sepotong ayat... Yakni doa Nabi Sulaiman menghalau jin dan syaitan, Abby rebah.
"Tolong bawa dia ke katil, " Nayla dan Nazihah cepat-cepat membantu. Abby meronta kembali. Ustaz Badrul menggunakan sepenuh tenaga dalamannya untuk mengusir kuasa jahat yang ada dalam diri Abby saat ini.
Hampir 45 minit bertarung dengan kuasa jahat yang tidak terlihat dengan mata kasar barulah Abby terkulai lemah.
Ustaz Badrul membacakan ayat suci al-quran. Baru sahaja mahu memulakan bacaan ayat kursi, Abby bingkas bangun lalu duduk bersila di atas katil. Matanya terbeliak memandang semua yang berada di dalam bilik. Tiba-tiba dia ketawa.
Tangannya di awang-awangan tak ubah seperti penari Mak Yong. Kepalanya dilenggokkan begitu juga dengan tubuhnya. Abby seperti sedang asyik menari.
"Pergi ke tempat asalmu. Jangan kau ganggu anak Adam. "Ustaz Badrul dengan bantuan Zarul dan temannya memegang dahi Abby berlapikkan sehelai kain.
"Hahaha.... "Abby terus ketawa. Gerak tubuhnya bagaikan mengikut rentak lagu yang mereka semua tidak dengar.
"Ulik.... Mayang diulik... Hihihihihi.... "Abby ketawa.
"Alif.... Lam... Min.... "Ustaz Badrul meneruskan ayat bacaannya dengan surah Al-Baqarah. Abby meronta-ronta. Nazihah dan juga Nayla turut sama membantu untuk memegang badan Abby.
"Terus pegang dia," arah Ustaz Badrul. Bibirnya terus berzikir. Di atas katil itu dia bukan lagi nampak Abby tetapi susuk tubuh yang mengerikan sedang dalam kesakitan setiap kali ayat al-Quran keluar dari dua ulas bibirnya.
"Pergi kembali ke tempat asalmu sebelum kau aku bakar."
"A....Aku pergi." Suara Abby berubah menjadi kasar.
"Siapa kau. Apa tujuan kau kemari?" soal Ustaz Badrul. Jemarinya memicit hujung ibu jari kaki Abby.
"A...Aku... Aku lapar.."
"Kenapa kau kemari?"
"Hihihihhihhi...." Abby kembali ketawa dengan suara yang menakutkan.
"Asal kau dari mana? " soal Ustaz Badrul lagi.
"Jauh.... "
Ustaz Badrul terus membaca ayat-ayat Allah. Ayat-ayat pembakar jin dan syaitan. Abby meraung sampaikan mata hitam nya tidak kelihatan. Setelah lima belas minit berlalu, Abby terkulai kaku.
"Nanti bagi air ni untuk dia minum. " Sebotol air dihulurkan pada Nazihah.
"Kenapa dengan kawan saya, ustaz? " soal Nazihah. Ustaz Badrul hanya mampu menggeleng. Sejak dia sampai di rumah ini, tubuhnya terasa panas. Ya, dia tahu ada sesuatu yang tidak kena disini.
Apatah lagi semasa dia melakukan rawatan pada Abby. Ada seseorang yang memandangnya dengan marah. Tapi dia juga perasan kalau ada seseorang di sudut bilik ini bagaikan cuba membantunya. Cuma dia belum dapat meneka siapakah kedua-duanya.
"Apa yang jadi tadi sampai kawan kamu jadi macam ni? " soal Ustaz Badrul.
Nazihah mula bercerita bagaimana dia dan Abby nampak Nayla sedang makan kemudian bertemu Nayla di tangga. Waktu mereka bertiga sampai di meja makan, ada bekas daging yang masih mengalir darahnya di atas meja.
Daging yang Abby beli di pasar untuk dimasak esok. Daging-daging itu bagaikan dicarik-carik. Bagai sudah dihancurkan dengan benda yang tajam. Kuku? Gigi? Mereka kurang pasti.
"Subhanallah.... Ada benda lain yang tumpang kat rumah kamu ni. " Dia membaca sesuatu. Dihembuskan di sekeliling. Kemudian dia mengajak kesemuanya turun bila Abby sudah lena. Keletihan barangkali kerana seketika tadi jasadnya dipinjam oleh jin yang mahu menyesatkan manusia.
Subhanallah. Semoga Kau terus melindungi anak cucu Adam daripada syaitan dan iblis laknatullah.
Ada makanannya di sini kerana itu dia mendiami rumah ini dan cuma seinci daripada tubuh pinjamannya.
====================================
Pendek lak.. Slide lagi.. Jangan xslide ocey
YOU ARE READING
2. Kerana Kau Aku Kembali (ON GOING)
HorrorNayla terus hidup bertemankan iblis sehingga satu saat seorang lelaki muncul. Siapa lelaki itu yang menuntut janji Nayla? Dan ustaz Zarul yang selalu menganggu ketenangan dirinya. "Takdir aku untuknya dan aku akan bawa dia ke syurga." Iblis...