SYAITAN MAMPU HADIR DALAM APA JUA CARA SEKALIPON...DALAM APA BENTUK.. DALAM BAGAIMANA
====================================
Keadaan di antara Nayla dan ustaz Badrul sunyi sepi cuma ada hanya bunyi unggas di luar rumah yang bersahut- sahutan.
"Saya rasa ustaz tahu sesuatukan?" kedengaran suara Nayla memecahkan suasana sepi diantara mereka.
"Sudah berapa lama?" soalnya.
Nayla menarik nafas panjang. Dihembusnya perlahan.
"Hampir 10 tahun."
"Subhanallah. Kamu tahukan siapa yang mendampingi kamu?"
Nayla mengangguk. Sudah lama dia tahhu siapa 'Dia'.
"Bagaimana dia ada dengan kamu?"
Nayla pandang sekeliling. Wajahnya sedikit resah dan takut.
"Jangan risau, ustaz dah usir dia sekarang ni. Kamu bebas bercerita."
Secara tiba-tiba, Nayla mula menangis.
"Saya pun tak tahu ustaz. Dulu saya suka menyendiri sebab keluarga sisihkan saya. Satu hari tu, dia datang tiba-tiba. Dia selalu membantu saya waktu saya susah. Tapi lama kelamaan, saya rasa sesuatu yang tak kena,"ujar Nayla dengan suara yang tersekat sekat.
"Kamu tahu dia siapakan?"
Nayla mengangguk.
"Sejak bila kamu tahu?"
"Sejak dia minta darah sebagai makanannya."
Ustaz Badrul terkejut.
"Darah kamu?"
Nayla menggeleng.
"Habis tu?"
Nayla memandang wajah ustaz Badrul. Dia mengharapkan ustaz Badrul akan membantu dirinya untuk keluar dari cengkaman si 'Dia'. Dia dah pemat menanggung kisah yang bagaikan tidak berkesudahan ini. Nayla seterusnya membuka mulut.
"Darah orang-orang disekeliling saya. Darah orang-orang yang menyakitkan hati saya,yang mengkhianati saya,yang membuatkan saya dihina atau dikeji."
Ustaz Badrul menggeleng. Sungguh dia berasa terkejut dengan cerita Nayla.
"Kamu membenarkannya?"
Nayla menarik nafas panjang.
"Mulanya saya suka bila dia dapat balas dendam pada orang-orang yang menyakitkan saya tapi lama-kelamaan saya jadi benci. Ustaz, saya mahu keluar dan tinggalkan dia."
"Kamu ada buat perjanjian dengan dia?"
Nayla mengangguk.
"Subhanallah. Seberat-berat dosa adalah dosa menyekutukan Allah. Nayla, kamu harus bertaubat. Kamu tak boleh biarkan dia menguasai kamu."
Nayla tunduk. Ada air mata mengalir di pipinya. Ya, dia jahil dalam agama. Solatnya sudah berbelas tahun dia tinggalkan. Dia takut. Dia merasakan Allah tak akan lagi ampunkan dia. Kerana itu dia cuma mengikut permintaan iblis itu.
"Boleh ustaz tanya lagi?"
Nayla mengangguk.
"Selain daripada 'Dia', kamu ada sesiapa lagi teman daripada makhluk Allah yang kita tak nampak?"
Nayla diam. Lambat-lambat dia menggeleng.
"Kenapa ustaz?" soal Nayla dengan penuh tanda tanya.
YOU ARE READING
2. Kerana Kau Aku Kembali (ON GOING)
HorrorNayla terus hidup bertemankan iblis sehingga satu saat seorang lelaki muncul. Siapa lelaki itu yang menuntut janji Nayla? Dan ustaz Zarul yang selalu menganggu ketenangan dirinya. "Takdir aku untuknya dan aku akan bawa dia ke syurga." Iblis...