Bab 15

47 6 1
                                    

DIA ADA BERSAMA KITA......

•...•...•...•...•...•...•...•...•...•...•...•...•...•..

      "Nayla, kau rasa something tak? "

       Nayla mengerutkan kening sambil memandang Nazihah yang duduk dihujung sofa dengan secawan milo yang masih panas. Nazihah dan Abby baru sahaja berpindah ke mari. 

        Dahulu dia tinggal sendirian. Dia lebih suka tinggal bersendirian apatah lagi dia mempunyai rahsia yang tak akan dikongsi dengan orang lain.

       "Rasa apa?"soal Nayla.

       "Entahlah. Kadang-kadang aku macam nampak kelibat seseorang dalam rumah ni. Tapi aku tak tahu siapa. Perasaan aku ke? Tapi kerap sangatlah."

       Nayla diam. Sukar dia mahu menjawab.

       "Nayla. Kau dengar tak apa yang aku cakap? "berang Nazihah bila kata-katanya tidak diendahkan Nayla.

        "Dengarlah Jiah, perasaan kau barangkali. Aku tak rasa apa-apapun. Dalam rumah ni ada aku, kau dengan Abby je. Orang lain tak ada. Aku tak pernah nampak pun apa yang kau cakap tu."Matanya memandang Nayla.

        Ada seorang lagi. Hatinya kembali berbisik. Matanya tajam memandang tingkat atas. Ya, dia nampak seseorang disitu. Tajam memandang dirinya dengan senyuman. Senyuman yang kadang-kadang dia rasa cukup mengerikan.

         "Kau tengok apa, Nayla? "

          Nayla cepat-cepat alihkan semula pandangan pada Nazihah.

         "Tak ada apa-apa.  Kau jangan risaulah.  Tak ada apa-apapun kat sini. Aku naik atas dulu."Nayla meminta diri.

           Tiba-tiba kakinya tergelincir sewaktu menaiki tangga dan hampir tersungkur namun ajaibnya bagai ada tangan yang menahannya dari terjatuh. Nazihah perasan. Cuma dia tak mampu suarakan kepada Nayla.

            Nayla cepat-cepat melangkah ke tingkat atas.

          "Nayla... Nayla... "suara itu begitu hampir di belakangnya. Langkah Nayla terpaku di tangga paling atas. Dia langsung tidak berpaling.

          "Jangan biarkan dia usir nenek dari sini......  Dia akan tahu padahnya."

          Nayla meneguk air liurnya.  Terasa kerongkongnya kering secara tiba-tiba. Tubuhnya rasa berangin. Nayla tahu kalau 'dia' cuma sejengkal di belakangnya.

         "Jangan pisahkan aku dari kau..... Nayla. "suara itu berbunyi nyaring sekali. Sayu dan sayup. Bagaikan satu rumah mampu mendengarnya. Anehnya cuma hanya telinganya sahaja yang mendengar. Bukan Nazihah.  Bukan juga Abby yang lena di bilik sebelah.

        "Jangan ganggu aku."Nayla bersuara perlahan.

        "Aku akan jaga kau selamanya. Jangan pernah mahu tinggalkan aku."

         Nayla teruskan langkahnya ke bilik. Sebaik sahaja pintu dibuka, tubuhnya direbahkan ke atas katil. Mengiring ke kiri. Saat itu juga ada sesuatu yang 'menumpang'tidur di sebelahnya. Nayla pejamkan mata saat jemari runcing dan kuku yang panjang itu melingkar dibahunya.

       "Nayla nak tidur. Jangan ganggu.  Pergi atau Nayla akan usir nenek terus."

        Sebaik sahaja Nayla berkata begitu,  bunyi yang kuat menerjah ke telinganya. Nayla memejamkan matanya. Nazihah berlari naik ke atas. Sebaik sahaja pintu bilik Nayka dibuka, kaca dari lampu tidur berwarna merah berteraburan di lantai.

        "Nayla, kau kenapa? "

         Nayla cepat-cepat membuka mata.

         "Aku tertepis tadi. "

          Nazihah menggelengkan kepalanya. Sejak tinggal serumah dengan Nayla, dia perasan kadang-kadang Nayla bercakap sendirian. Nazihah membantu Nayla membersihkan kaca yang bertaburan.
          "Jangan pernah tinggalkan aku! "suara kasar dan garau bergema di telinga Nayla. Cepat-cepat dia ke bilik air. Dia menarik nafas panjang. Bagaimana harus dia lari dari dia?

















Salam Maulidur Rasul kepada semua reader 😘😊
         

2. Kerana Kau Aku Kembali (ON GOING)Where stories live. Discover now