Aktiviti snorkelling berjalan dengan lancar tanpa gangguan. Cuma waktu di Pulau Rawa, dia terpandang seseorang. Dia nampak seorang gadis duduk menyepi di atas batu. Nayla menuju ke arahnya.
"Sorang aje?"sapanya. Gadia itu tersenyum. Mengangguk.
"Datang dengan siapa?" Dia tidak nampak ada bot lain di sini selain bot mereka.
"Saya tunggu abang saya. Dia pergi hantar orang."
Nayla memanjat kerikil batu. Duduk disamping si gadis.
"Dia ikut awak."Tiba-tiba gadis itu berkata.
"Siapa?"soal Nayla.
"Mereka."
Matanya memandang sesuatu di tepi Nayla.
Mereka? Maksudnya bukan seorang?
"Awak ni siapa? Mereka tu siapa?"
"Saya Safia. Kalau boleh larilah dari mereka." Kata-katanya membuatkan Nayla semakin tidak mengerti.
"Maksud awak? Siapa mereka?"
Safia tersenyum. Dia memandang Ayman yang jauh di tengah laut memgutip keindahan lautan yang belum tercemar. Semalam panjang bicaranya dengan Ayman.
"Lelaki itu dan wanita tua itu adalah musuh awak, Nayla. Jangan pernah terjebak dengan mereka. Jangan pertaruhkan nyawa awak untuk mereka."
Nayla pelik.
"Wanita tua itu saya tahu tapi siapa lelaki yang awak maksudkan?"soal Nayla.
"Dia akan muncul nanti. Saya percaya dia akan muncul dalam hidup awak. Jangan pernah percaya pada kata-kata dia."
Nayla memandang wajah pucat disebelahnya.
"Awak siapa, Safia? Macam mana awak tahu kisah saya? Saya tak kenal awak. Ini pertama kali kita berbual.
"Saya selalu nampak mereka. Saya tahu awak boleh lari dari mereka berdua. Nayla, hati-hati."
Nayla mengangguk.
"Saya selalu ada si sekitar sini. Macam-macam benda yang saya tahu. Jangan ikut mereka. Ingat, Nayla." Terasa sejuk tangannya bila jemari Safia menyentuh. Nayla perasan bibir Safia pucat bagaikan langsung tiada darah. Tidak ubah seperti mayat.
"Macam mana awak boleh nampak mereka? Dia sendiri tak tahu siapa mereka yang Safia maksudkan. Dia cuma tahu satu, iblis tua itu sahaja.
"Saya dan mereka dalam dimensi yang sama. Cuma keadaan kami yang berbeza."
Nayla terkejut.
"Maksudnya,awak ni bukan manusia?"soal Nayla.
Safia tersenyum.
"Saya tak perlu jawab soalan itu. Saya tahu yang awak tahu siapa sebenarnya saya." Safia bangun. Ya, Nayla perasan kalau kakinya tidak jejak ke bumi. Safia bukan manusia?
Safia berlalu.
"Saya pergi dulu. Abang saya dah sampai. Saya nak balik jumpa mak ayah. Saya rindukan mereka."
Ya, memang saat ini ada sebuah bot yang membawa pelancong rapat ke pantai. Sampai ke tepi pantai, Safia memandang ke arah Nayla. Dia tersenyum sambil tangannya melambai.
"Ingat. Dia dah kembali menuntut sebuah janji. Jangan pernah akur pada arahan dia."Suara Safia bergema di telinganya. Nayla semakin tidak memgerti. Siapa 'dia' yang Safia maksudkan.
"Nayla......"Mummy tijah menegur. Dia bagaikan memgesan sesuatu yang tidak kena dengan Nayla. Cerita Mak Wan, Adam, Haziq, dan May bagaikan ada kaitan semuanya. Seperti ada satu misteri yang tak terungkap disitu. Meskipun dia tak pernah nampak apa-apa kejadian pelik berlaku.
"Hai mummy, tak snorkelling ke?"soal Nayla sambil berganjak sedikit. Memberi ruang kepada mummy Tijah untuk duduk.
"Malas. Mummy jadi pening pulak duduk dalam air tu. Kamu tu kenapa duduk kat sini?"
Nayla memandang burung-burung yang singgah di tepi pantai. Dia mahu bebas seperti burung-burung itu. Tapi dia terperangkap dengan perjanjian syaitan yang akhirnya memakan dirinya sendiri.
"Kamu kenapa ni, Nayla. Ada masalah? Mummy tengok kamu tak happy je datang sini?"
"Tak adalah, mummy."
"Cuba cakap dengan mummy. Apa masalah kamu sebenarnya?"
Nayla memandang mummy Tijah. Saru-satunya wanita separuh usia yang paling tua di sini. Banyak pengalaman yang dia dah kutip. Tapi masih bertenaga meskipun usianya sudah menginjak senja.
"Mummy percaya pada jin, iblis? Syaitan?"
Mummy Tijah tersenyum.
"Dalam al-quran dan hadis dah sebuttentang iblis, syaitan dan jin ni. Sebagai orang islam, kita wajib percaya. Dalam al-quran banyak ayat yang sebut pasal jin. Ada jin yang beriman dengan Allah ada juga yang ingkar, setahu mummy lah. Tapi iblis dan syaitan tak pernah baik pun. Kenapa kamu tanya."
"Saya masih jahil, mummy. Ada kesilapan yang saya buat dan saya tak tahu nak betulkannya semula. Saya takut."
"Mummy tahu kamu ada rahsiakan sesuatu dari kami. Kalau kamu percayakan mummy, kamu ceritalah."
"Macam saya cakap, saya ada pendamping. Kalau dulu saya suka tapi sekarang saya mahu dia pergi jauh dari saya, mummy. Tapi saya tak boleh buang dia."
"Siapa dia?"
"Nama dia Kuntum."
"Jin?"
Nayla menggelengkan kepala.
"Saya tak tahu siapa dia. Tapi saya dah penat. Saya dah cuba buang dia tapi tak boleh. Dia tetap datang."
"Nayla bahaya tu. Kamu kena berubat cari orang pandai. Kalau boleh cari ustaz."
Nayla menundukkan kepalanya.
"Kalau ada apa-apa yang mummy boleh bantu, mummy bantu. Jangan segan-segan nak bagi tahu mummy."
"Okey, mummy. Nanti kalau ada apa-apa saya bagi tahu mummy. Terima kasih, mummy."
"Sama-sama. Jangan risau rahsia kamu selamat dengan mummy."
Nayla tersenyum. Sepaeuh hatinya lega dapat meluahkan masalah yang dihadapinya meski bukan sepenuhnya.
YOU ARE READING
2. Kerana Kau Aku Kembali (ON GOING)
HorrorNayla terus hidup bertemankan iblis sehingga satu saat seorang lelaki muncul. Siapa lelaki itu yang menuntut janji Nayla? Dan ustaz Zarul yang selalu menganggu ketenangan dirinya. "Takdir aku untuknya dan aku akan bawa dia ke syurga." Iblis...