Bab 6

45 10 7
                                    

Suatu masa dahulu

================================





     Nayla menangis semahu-mahunya. Sakit di pinggang masih terasa meskipun beberapa hari sudah berlalu. Tali pinggang kulit melekap di belakangnya. Salahnya cuma satu kerana mahu mengikuti pendakian Gunung Korbu yang dibuat untuk pelajar tingkatan 6.

     Akibatnya kakaknya menyinga. Hadiah pertama yang dia dapat selepas meluahkan hasrat 6 sebatan di pinggang. Kononnya mahu melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Tahunya cuma menghabiskan duit si ayah. Pelbagai fitnah dilemparkan.

    Kadangxkadang si kakak menghasut pemikiran si ayah sehingga sekali lagi dia dipukul. Dituduh bercinta, bersosial dan melakukan perkara yang tidak elok.

    Tanpa pengetahuan si ayah dan kakak, dia pergi juga bersama teman-temannya. Dia sudah tidak peduli dengan apa yang bakal berlaku nanti. Nayla menangis sendirian saat teman-temannya yang lain sedang melakukan aktiviti mereka.

     Dia duduk bersendirian di atas batu besar di tepi sungai ini. Petang muka menginjak usia. Seketika lagi maghrib akan menjelma dan seluruh tempat ini akan ditutupi gelap malam tanpa cahaya. Namun hatinya tak pernah takut.

     Jiwanya penuh dendam dan marah.

     "Kenapa kamu menangis di sini?"

     Nayla terkejut apabila seorang gadis cantik muncul dari arah utara hutan belantara. Berpakaian lagaknya seperti seorang puteri zaman dahulu dengan mahkota kecil di kepala.

    "A.......... Awak siapa?" soal Nayla. Wanita cantik itu tersenyum. Melangkah ke dalam aliran air yang mengalir laju. Nayla pandang ke selatan ke arah teman-temannya yang sedang bermandi-manda. Tidak nampakkah mereka pada gadis ini?

    "Aku tahu apa yang berada dalam fikiran kau. Jangan takut, aku datang untuk menolong. Aku tahu hati kau sedang marah, bukan?"

    Nayla mengangguk.

    "Nama aku Kuntum. Aku tinggal di puncak gunung Korbu. Nun jauh di atas sana." Telunjuknya menghala ke puncak.

    "Awak ni puteri ke?"

    Kuntum mengangguk.

    "Namamu Nayla bukan?"

    Malam semakin menjengah. Bunyi cengkerik dan unggas rimba saling bersahutan antara satu sama lain. Dan ada lagi suara-suara misteri yang Nayla tak dapat meneka.

    Nayla mengangguk. Pelik bagaimana puteri tersebut mengetahui namanya?

    "Kau perlukan pertolongan aku, bukan? Aku tahu kau mahu hapuskan mereka semua. Mereka yang menyakiti kau. Mereka yang bencikan kau. Ikut aku. Aku akan bantu kau untuk hapuskan mereka. Redakan kebencian dalam hati kau, Nayla."

    "Macam mana kau tahu? Soal Nayla. Rembang senja mula menampakkan cahaya merah di dada langit. Ya, saatnya iblis dan syaitan keluar dari hijab mereka.

    "Mari ikut aku,"arah Kuntum.

    "Tapi........"Nayla pandang teman-temannya.

    "Jangan risau. Nanti kau akan kuhantar pulang. Mari Nayla. Aku yakin kau mahu membalas semua perbuatan mereka yang menyakiti kau. Mari ikut aku. Aku akan berikan apa sahaja permintaan kau."

    Tanpa sedar, Nayla bangun. Mengikuti langkah Kuntum yang berada dalam aliran air sehingga tanpa sedar dia sudah berada di pincak tertinggi Gunung Korbu.

     "Mari Nayla masuk kedalam istana aku." Di hadapan Nayla ada satu binaan istana yang berbentuk kon. Puncaknya tidak kelihatan bila malam mula melebarkan sayapnya. Nayla melangkah masuk. Ada cahaya unggu menghiasi istana ini. Pelik. Tidak pernahkah orang jumpa sebuah istana di atas gunung ini?

    Nayla dijamu dengan makanan yang lazat. Kuntum cuma tersenyum sambil memerhati. Ya, seketika lagi seorang cucu Adam bakal jatuh ke tangan Iblis. Akan kuratah lendir dan darahmu menjadi habuan kerongkongku yang haus.

     "Betul ke kau boleh tolong aku?"

     Kuntum mengangguk.

     "Tapi ada syaratnya. Kau harus memenuhi semua syarat yang aku berikan sebelum aku membantumu. Jangan risau, Nayla, selepas ini tiada siapa yang dapat melakukan sesuatu pada kau lagi. Aku akan melindungi kau seumur hidupmu."

    "Betul ke? Aku akan penuhi apa sahaja syarat yang kau berikan,"janji Nayla. Dia gembira bila ada yang boleh membantunya. Membantunya memusnnahkan mereka yang menyemarakkan api kebencian dalam hatinya.

    Kuntum tersenyum.

    "Orang-orang yang selalu minta pertolongan daripada aku menyeru aku dengan nama nenek lanjut. Kau boleh panggil aku nenek, usia aku sudah ribuan tahun. Syarat aku mudah. Kau cuma perlu berikan aku makan."

    "Makan?"soal Nayla. Kuntum bangun. Berpusing-pusing di udara. Dia tersenyum dalam wajah cantiknya.

     "Ya, Nayla."

     "Makan apa?"
   
     "Setiap sekali dalam sebulan aku cuma perlukan darah. Sama ada darah kau cuma setitis dua ataupun darah orang lain."

     Nayla tersentak. Permintaan Kuntum bukan permintaan biasa.

     "Jangan risau Nayla. Aku akan bantu kau. Aku akan musnahkan orang-orang yang menyakiti kau. Kau cuma perlu ikut sahaja apa yang aku cakap. Jangan risau aku cuma perlukan sedikit sahaja darah kau. Tak banyak, Nayla."

    Nayla akhirnya mengangguk. Kesakitan dan perasaan marah yang beraja di hatinya membuatkan dia langsung tak berfikir lagi. Dia bersyukur bertemu Kuntum. Bagaikan Tuhan menghantar seorang pelindung pada saat ini.

     "Baiklah aku setuju."

      Kuntum tersengih.

      " Nayla, apa yang kau mahu, kau boleh beritahu aku."

      "Aku mahu kau lakukan sesuatu pada kakak aku. Aku benci dia. Aku mahu dia derita sepertimana aku terseksa sebelum ini."

      Kuntum ketawa. Ilaiannya bergema dalam ruang istana ini.

      " Mudah Nayla.Tapi aku perlukan bantuan kau."
 
      "Bantuan?"

       Kuntum mengangguk.

       "Aku perlukan rambut anak dara mati dibunuh. Kau berani?"

        Nayla tersentak.

       "Mana aku nak cari?"
  
       "Jangan risau. Aku akan beritahu bagaimana."

         Nayla berfikir sejenak. Permintaan ini bukan biasa-biasa. Namun kerana dendam buatkan dia sanggup buat apa sahaja.

        "Baiklah aku setuju."
 
        Kuntum si iblis tua yang mahukan Nayla untuk hidup abadinya. Dia perlukan darah Nayla untuk kekalkan sihirnya supaya terus hidup.

        "Baiklah Nayla untuk permulaan  aku cuma perlukantiga titis darahmu."

        Gigi yang tajam meruncing dibenamkan ke hujung jari Nayla.

      "Bagus Nayla. Mulai saat ini kau dan aku bersatu. Cuma sedikit sahaja lagi yang aku perlukan. Kau berehat dagulu sebelum aku hantar kau pulang."

     Malam itu kecoh di khemah bila Nayla hilang. Akhirnya pihak sekolah terpaksa memanggil bantuan JPA dan pegawai hutan untuk membantu. Puas dicari tapi bayang Nayla langsung tiada.

      Esoknya Nayla dijumpai di celah batu berhampiran anak sungai. Sejak itu si iblis tua menjadi pendamping Nayla.



Akan bersambung😘😘

        

    

2. Kerana Kau Aku Kembali (ON GOING)Where stories live. Discover now