Bab 17 [ I ]

19 3 0
                                    

Waktu di tangga, langkah Ustaz Badrul terhenti. Di hujung bilik dia nampak seorang pemuda yang sedang memandangnya. Pemuda itu memiliki sosok tubuh lampai serta memakai jubah labuh berwarna biru.

Matanya sedikit kebiruan apabila disimbah cahaya yang ada di sekelilingnya. Bibirnya berwarna merah jambu dan memiliki telinga yang agak runcing. Rambutnya ikal sehingga ke bawah telinga. Kakinya bagai tidak menjejak lantai atau jubah labuhnya menutupi sepasang kakinya.

Pemuda itu mengangguk ke arah Ustaz Badrul. Bagaikan memberi satu isyarat pada Ustaz Badrul. Ustaz Badrul memejamkan matanya. Cuba berkomunikasi dengan seseorang yang tiada di dunia realiti.

"Siapa kamu dan apa hajat kamu di sini? Adakah tujuan kamu baik atau sebaliknya?"

"Aku bukan jiwa jahat. Aku hanya mahu melindungi dia."

"Melindungi dia dari siapa?"

"Daripada iblis yang mahu mempergunakan tubuhnya. Terima kasih kerana membantu dia."

Belum sempat Ustaz Badrul menjawab, bahunya diciut oleh Zarul.

"Kenapa ayah?"

Matanya dibuka. Figura tadi sudah pun lenyap sekali dengan cahaya yang mengelilinginya. Zarul turut sama memgalihkan matanya pada sudut yang dipandang ayahnya tadi. Namun hanya kekosongan dan kegelapan yang menjamah retina matanya. Dia bagaikan mendengar suara ayahnya berbicara dengan seseorang. Tetapi siapa?

"Tak ada apa-apa." Dia kemudian kembali menuruni anak-anak tangga hingga ke bawah.



Skip


Ustaz Badrul duduk di sofa. Baru sahaja tadi dia ke dapur. Justeru dia melihat daging dalam bekas makanan itu, dia tahu bahawa itu bukan kerja manusia. Tetapi pekerjaan makhluk lain yang tidak dapat dilihat dari mata kasar.

Makhluk yang melekap di dinding bilik Abby tadi. Yang bagaikan mahu meratah daging-daging manusia. Bibirnya dahagakan darah. Matanya yang merah bercampur jingga, giginya yang jarang dan tajam serta lidahnya yang dijelirkan menyentuh lantai.

Ustaz Badrul memandang Nazihah seketika. Kemudian matanya beralih ke arah Nayla. Nayla tunduk. Sukar baginya untuk bertentang mata dengan lelaki yang tinggi ilmu agamanya.

"Selain kamu, ada lagi penghuni di dalam rumah ini."

"Apa maksud, ustaz?" soal Nazihah demgan kalut. Hatinya mula dijentik rasa takut. Nayla masih menunduk bukan kerana takut dengan apa yang baru dikatan oleh Ustaz Badrul tetapi risau dengan pandangan Zarul. Sejak tadi, dia perasan bahawa sesekali Zarul memandangnya.

"Jin, syaitan dan manusia sesungguhnya berkongsi dunia yang sama cuma berbeza dimensi. Ada ketika saat hijab mereka terbuka, mereka akan datang ke alam manusia untuk memusnahkan manusia dengan tipu daya mereka. Kita kena ingat bukan cuma kita sahaja penghuni dunia ini."

"Apa maksud,ustaz? Maksudnya selama ini kami tinggal dengan hantu?" soal Nazihah dengan gelisah.

Ustaz Badrul tersenyum. Dia nampak ketakutan pada Nazihah. Tetapi dia tidak nampak ketakutan Nayla. Fia cuma nampak Nayla yang resah sendiri. Ya. Ada sesuatu yang tidak kena dengan gadis itu.

"Hantu sebenarnya tidak pernah wujud. Yang menyerupai roh orang mati, menyerupai sesuatu yang menakutkan adalah pekerjaan syaitan laknatullah. Syaitan ini kerjanya nenyesatkan manusia dalam pelbagai cara." Terang Ustaz Badrul.

"Ustaz tak boleh halau ke?"

"Insya-Allah, ustaz cuba. Tapi kamu juga harus melakukan sesuatu. Selalulah membaca al quran, lengkapilah solat kamu supaya menjadi pendinding buat kamu. Ayat qursi adalah sebaik baiknya pendinding. Sebelum tidur, bacalah sekurang-kurangnya 3 kali. Insya-Allah kamu akan terjaga dan terhindar daripada gangguan iblis dan syaitan."

"Ustaz, kami takut,"ujar Nazihah sambil memeluk lengan Nayla.

"Tiada apalah. Senelum nak tidur, baca surah yasin, baca ayatul kursi untuk halang jin dan iblis. Selagi kita berpegang dengan al-Quran, insya-Allah syaitan dan iblis tidak akan dapat melakukan apa-apa kepada kita," kata ustaz Badrul yang tidak mahu terus menakutkan penghuni di rumah ini. Biarlah apa yang dia nampak cuma dia simpan sendiri.

"Ustaz tak boleh halau ke?"soal Nazihah.

Ustaz Badrul hanya tersenyum. Matanya memandang Nayla yang menunduk.

"Kamu sendiri yang perlu usir dia. Anak ni siapa nama?" Ibu jari ustaz Badrul menunjuk ke arah Nayla. Nazihah menggoncangkan lengan Nayla dengan perlahan.

"Nayla, ustaz,"ujar Nayla dengan perlahan.

Ustaz Badrul mengangguk. Bukan dia tidak nampak apa yang orang lain tak nampak. Dia nampak dengan jelas seorang wanita tua di bilik tadi duduk bersebelahan Nayla. Wajahnya yang kelihatan marah bagaikan mahu menerkam ustaz Badrul pada saat itu juga. Namun hati ustaz Badrul sentiasa berzikir.

Apa hubungan iblis itu dengan anak gadis ini? Ya, dia pasti anak gadis ini tahu tentang kewujudan iblis itu.

"Nayla,boleh ustaz bercakap dengan kamu sekejap?"

Dengan serba salah, Nayla mengangguk. Dia berdiri lalu menuju ke arah dapur sambil ustaz Badrul melangkah di belakangnya. Kerusi dimeja makan ditarik. Dia hanya mengerling ke arah bekas daging yang masih terletam di atas meja. Sedikitpun tidak menakutkannya.














====================================

Lagi sekali pendek je... Sokay ii

Scrol la lagi... Sengaja je buat pendek ii..

Xpe kan wahai reader\( ̄▽ ̄;)/

2. Kerana Kau Aku Kembali (ON GOING)Where stories live. Discover now