Ayman berlari menuju ke Long Beach. Sekejap lagi dia akan pulang ke tanah besar. Hajatnya mahu bertemu dengan Safia buat kali terakhir. Atau mungkin bertukar nombor telefon barangkali. Puas dia berjalan sepanjang pantai namun bayang Safia langsung tidak kelihatan.
"Mana Safia ni? Tak datang kut hari ni." Ayman memandang ke arah pondok tempat menyewa bot dan jet ski kepunyaan sepupu Safia. Pasti dia boleh sampaikan pesan kepada mereka.
"Assalamualaikum." Ayman menyapa seorang lelaki di situ. Berseluar separas lutut dengan baju batik.
"Waalaikumussalam."
Ayman tersenyum. Tangannya dihulurkan.
"Nak sewa bot ke dik?"soalnya.
"Eh, tak. Abang tuan punya tempat ni ke?" soal Ayman.
"Ya."
"Macam ni, saya cari Safia tapi tak jumpa."
Wajah lelaki di hadapan Ayman berubah.
"Safia? Awak ni siapa? Kenapa nak cari dia?"soalnya dengan wajah yang serius.
"Er, tak kemarin saya jumpa dia. Berbual. Ingat sebelum balik nak jumpa dia dulu."
Lelaki itu menarik tangan Ayman duduk di kerusi.
"Cuba mu cerita beno ke mu jumpe dengang Safia?" Terkeluar juga loghat Terengganu daripada lelaki itu.
"Yalah, malam kemarin saya lepak tepi pantai. Dia tegur. Bersembang. Dia cakap ni pondok sepupu dia."
"Saya Syam. Memang beno saya sepupu Safia tapi musykin beno ke mu jumpe dengan Safia? Boleh kabo lagu mane muke dia."
Ayman sedikit pelik.
"Dia pakai t-shirt lengan panjang warna......"
"Hitam?"sambung Syam.
Ayman mengangguk.
Syam menarik nafas panjang.
"Kenapa, bang?"
"Mu pasti ke yang mu jumpa tu Safia."
"Dia cakap nama dia Safia."
Beberapa pelancong muncul tapi mujur ada pekerja Syam yang melayani mereka.
"Mu tunggu kejap."Syam bangun. Dia menuju ke begnya yang disangkut di dahan pokok. Meraba sesuatu di poket beg. Kemudian dia kembali mendapatkan Ayman.
"Ni Safia, kan?" Syam menunjukkan gambar Safia yang berbaju kurung merah. Ayman mengangguk.
"Aku cerite mu jangang terkejut. Hok mu jumpe tu aku dok tahu Safia atau bukang. Tapi Safia dah dua tahung doh gi tak kelik-kelik."
Ayman masih kurang faham.
"Saya tak faham maksud abang."
"Gini, duo tahung dulu orang jupe mayat Safia nung hujung tanjung. Tengkuk die kena jerut."
"Takkanlah. Memang dia ada cerita tapi itu kawan dia, kan?"Dada Ayman berdebar-debar.
"Maauk mu dah ramai yang jumpe Safia jalang waktu malam. Mu kire untung die dok tunjuk muke sebeno die. Mungking hati mu baik. Dah duo tahung dah dia gi. Jenazah semua kami kebumikang di tanah beso. Cume sedihnye, sampai le ni pembunuh die tok dapat tangkap. Mungking sebab tu rohnya tak tenang. Aku sendiri pung pernah jupe bile dok malang-malang tepi pantai ni, nampak macam dia lalu. Tapi dia dok pernah kacau aku."
Ya Allah, habis tu dengan siapa dia berbual malam tu?"
Sungguh Ayman masih tak percaya.
"Aku tahu mu susah nak caye. Tapi Safia memang dah tak de."bahu Ayman ditepuk perlahan. Ayman menarik nafas panjang. Dia memandang pantai tempat dia duduk bersama Safia malam tu.
Perlahan-lahan kakinya dibawa melangkah pergi dari situ.
Kenangan begitu mudah ia tercipta tetapi bukan senang untuk dilupakan.
Pendek je bab ni
2 bab ni utk hri ni dan esok
Start minggu dpn... author sebenar akn menulis balik
Aq ttp akn ada just x menlis je
Function aq adalah bgi idea bkn mengarang
Tlg dia sikit2 je ni
Bye...kite jumpa lgi klau dia sakit😈😈.....klau lh😥
Hahahhahahahahah
Thanks to:
Sbb support cite ni
Y lain aq xthu
Korang kena lh komen klau x aq xthu best ker tidak cite ok
Keep support us
Ok😊
YOU ARE READING
2. Kerana Kau Aku Kembali (ON GOING)
HorrorNayla terus hidup bertemankan iblis sehingga satu saat seorang lelaki muncul. Siapa lelaki itu yang menuntut janji Nayla? Dan ustaz Zarul yang selalu menganggu ketenangan dirinya. "Takdir aku untuknya dan aku akan bawa dia ke syurga." Iblis...