Bab 4

67 11 11
                                    

Nayla, Aisy dan Abby bergegas pulang ke cottage sebelah selepas hujan mula menampakkan gerimis. Belum sempat Nayla masuk, ada hembusan di lehernya. Dia berpaling. Berdiri di atas anjung cottage.

"Siapa kau? Apa tujuan kau ganggu aku? Muncullah. Jangan buat aku macam ni. Aku tahu kau bukan nenek. Kau.....Kau bagaikan sesuatu yang lain." Suaranya diperlahankan. Bimbang didengari Abby dan Aisy yang sudah masuk ke dalam bilik.

Nayla duduk di anjung. Dia memandang kepekatan malam. Hujan semakin lebat. Tempiasnya masuk ke dalam anjung cottage. Tapi langsung dia tidak merasakan ketakutan meskipun makhluk-makhluk aneh itu berkeliaran.

Tiba-tiba tangannya merasai sesuatu. Ada sekumtum bunga mawar merah yang masih basah. Bagai baru sahaja diletakkan. Nayla tersenyum. Mawar merah diambilnya.

"Aku tahu kau baik. Muncullah."

Mawar merah dicium. Masih segar harumannya. Sekian lama menanti, Nayla masuk ke dalam.

"Nayla....Eh! Tadikan kau dalam bilik air, cepatnya kau keluar?"

Nayla mengerutkan kening bila Abby muncul dari dalam bilik dan bertanya kepadanya. Wajah Abby kelihatan hairan.

"Masa kau buka tudung tadi. Kau tak perasan kut aku lalu belakang." Sengaja dia mencipta alasan.

Alasan apa lagi yang harus diberikan andai dia sememangnya tahu siapa yang berada di dalam bilik air seketika tadi. Pasti iblis itu. Mahu menakutkan semua orang.

Ya, dia nampak dengan sangat jelas. Ada sesuatu di belakang Abby sedang tersenyum menyeringai menampakkan giginya yang meruncing. Mata Nayla tajam memberi amaran.

Ya, itulah yang Abby sangkakan dia berada dalam bilik air tadi. Di luar hujan semakin lebat. Kesejukan terasa sehingga tulang-temulang.

Jangan pernah ganggu mereka. Nayla memberikan amaran dari bahasa mata. 'Dia' yang berdiri di belakang Abby masih tersenyum. Senyuman yang cukup menyeramkan andai mata manusia mampu melepasi tabir hijab mereka.

Nayla pejamkan matanya seketika sementara menanti Aisy keluar dari bilik air. Saat matanya dibuka semula 'dia' sudah tiada. Nayla menarik nafas lega.

Nayla masuk ke dalam bilik air tatkala Abby sudah berdengkur dan Aisy mungkin sudah masuk ke alam mimpi. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilim air, makhluk hodoh itu sudah menanti. Nayla bersandar di dinding. Sebatang jarum dipegang di tangan kanan.

Tap.

Jarum tajam dibenamkan ke hujung jari hantu. Darah yang menitis terus masuk ke dalam mulut nenek tua yang menanti di bawah. Rakus menyedut darah segar dari hujung jemari Nayla.

"Aku nak lagi,"pinta si iblis.

"Cukup."

Nayla membasuh tangannya cepat-cepat. Kemudian terus keluar. Abby dan Aisy masih lena. Dia tarik nafas lega. Tidak peduli lagi pada si iblis yang kelaparan di tempat tinggal syaitan itu.

Tok.....tok...tok....

Pintu cottagenya pula diketuk. Nayla bangun dan membuka pintu. Wanita tadi berdiri dengan senyuman. Wajahnya pucat seakan-akan langsung tiada darah.

    "Kau nak apa?"soal Nayla.

     "Ada jumpa anak saya?"soalnya.

    Kau tak kenal aku siapa barangkali.

    "Anak kau dah mati. Jangan ganggu aku atau kau aku bunuh sekali lagi."

    Wanita itu tiba-tiba menangis.

    "Aku nak cari anak aku. Anak aku hilang....huhuhuuu."

     "Pergi dari sini. Anak kau tak ada kat sini."

    Wanita berbaju putih itu memandang Nayla.

    "Kau tipu. Anak aku ada kat dalam."

    "Pergi sebelum aku lemparkan kau ke tengah laut."

    Wanita berbaju putih masih menangis. Melayang pergi. Inilah tipu daya syaitan. Menyerupai roh-roh mereka yang telah mati dan menganggu manusia.

    Nayla kembali ke dalam.

    "Kau cakap dengan siapa, Nayla?"soal Abby. Entah bila waktunya Abby tersedar.

    "Tak ada siapa. Tadi aku ingatkan ada orang kat luar. Dah tidurlah."

     Nayla berbaring disebelah Aisy. Sedang nenek tua itu masih berlumuran darah di bibirnya berkongsi bantal dengan Abby.

   
















     Percutian di Pulau Perhentian melupakan seketika mereka pada semua masalah. Duduk di sunset point menghadap lautan yang berwarna biru airnya mungkin biasan dari batu-batu karang yang cantik di dasarnya.

    Ikan-ikan berwarna warni yang tidak pernah takut dengan kehadiran manusia bermain-main di tepi mereka. Beberapa pelancong mula meneroka keindahan Pulau Perhentian. Damainya di sini.

    Puas bergambar di dalam air, mereka duduk di tepi pantai. Melihat Firas anak kecil Zara yang ralit bermain pasir. Beruntung Zara walaupun perit ditinggalkan suami tapi Allah anugerahkan dia seorang putera yang comel. Indahnya takdir Allah. Dia datangkan derita dan dia gantikan dengan bahagia.

    "Adik, ada orang berikan ni."

    Nayla berpaling. Saat asyik memerhatikan Zara dan teman-temannya melayani Faris seorang wanita muncul di tepi.

    "Siapa bagi kak?" Mawar merah sekuntum dari tangan kakak berbaju T hijau itu diambil.

    "Entahlah, dik. Akak nak turun sini tadi ada seorang lelaki minta akak bagi pada adik."

    Mata Nayla meliar mencari. Tapi tiada siapa lagi yang berdiri di tangga untuk naik ke atas.

    "Wah, dapat bungalah. Ada orang minatlah tu." Mummy Wan Tijah yang dianggap bagai ibu sendiri mengusik. Sekejap sahaja teman-temannya mengelilingi Nayla.

    "Mana saya tahu mummy, entah salah orang kut." Haruman mawar itu menusuk hidung bagai bunganya baru dipetik. Tapi kat mana pula diaorang tanam bunga ros kat pulau ni.

    "Alah ambil jelah, kak. Dah orang minat tu,"ujar Aman.

    Siapa? Persoalan itu terus menjadi tanda tanya.

    Tatkala Nayla sedang melayani perasaan dia nampak sesuatu di atas pantai. Segera dia ke situ. Satu tulisan SURIA bagaikan baru diukir. Tapi dia tak nampak sesiapapun di sini. Mana mungkin pandangannya silap.

    May menghampiri.

    "Siapa Suria ni?"

    Nayla jongket bahu.

    Tapi kenapa hatinya berdebar dengan laju.

2. Kerana Kau Aku Kembali (ON GOING)Where stories live. Discover now