Bab 5

57 11 4
                                    

Mulai dari hari ni dan sampailh korang punye author y sebenar sihat.......aq mike akan sambung cite ni.....maaf klau x sama gaya pernulisan......ouhh btw aq dh tukar nama sarah ke suria.....lebih kpd nama orang dulu2 bru ada feel gitu

-----------------------------------------------------------






May POV

     Usai makan malam di tepian pantai, masing-masing masuk ke bilik.

     "Eh siapa pula yang gantung kain putih ni?" May berasa pelik sebab tadi sebelum dia keluar dari bilik elok saja cadar putih itu atas katil. Saat dia masuk cadar putih itu sudah tergantung menutupi cermin. Lagipun cermin tu tinggi. Tak ada tangan yang sampai nak gantungkan kain putih tu di cermin kaca tersebut.

     "Ermmm....angin kut." May menarik kain tersebut dari terus menutupi cermin. Apa yang dia tidak tahu saat dia berpaling ke arah katil ada seorang wanita yang memandangnya dari dalam cermin. Tersenyum dengan mata putihnya. Wajahnya yang cengkung dan juga pucat. Rambutnya yang terurai dan melayang-layang. Bagai ada angin di dalam cermin tersebut.

     "May............"

     May berpaling. Dadanya berdebar-debar. Namun dia cuma nampak dirinya didalam  refleksi cermin didalam bilik ini.

   Suara itu muncul lagi. Lebih dekat.

   "Mayyyyyyy......hiks...hiks."

   "Allah perasaan je ni." Dia mengharapkan dua lagi teman sebiliknya lekas-lekas kembali. Dia tidak betah lagi bersendirian. Bukan dia takut, malah dia kurang percaya dengan hantu dan syaitan ini.

     "Mana Mak Wan dan mummy ni?"bisiknya sendiri tatkala kali ketika ketiga suara itu kedengaran.

    Tok.....tok.....tok....

     Pintu bilik dibuka. May tarik nafas lega bila Firas muncul dengan senyuman.

    "Eh...Firas ni, terkejut aunty. Mummy Firas mana?"

     Firas cuma jongket bahu. Dia ketawa. Terus naik ke atas katil dan melompat-lompat.

    "Jatuh nanti Firas."

    Lama-kelamaan lompatan Firas semakin tinggi.

     "Firas jatuh nanti. Mana nak cari klinik malam-malam ni kalau Firas jatuh."

    Firas cuma ketawa. Di tangan kanannya ada anak patung. Jarang benar budak lelaki nak bermain dengan anak patung.

    "Firas!" May sudah hilang sabar. Bukan dia marah Firas melompat atas katil tapi dia risau kalau anak kecil itu terjatuh. Firas berhenti melompat. Dia berdiri di atas katil. Matanya tajam memandang May. Marah agaknya bila dia dimarahi.

     "Aunty tak marah. Aunty takut kalau Firas jatuh saja."

     Tiba-tiba jari telinjuk Firas menghala ke dinding. Serentak itu May memandang. Tapi tak ada apa-apapun.

    "Firas tunjuk a......" Saat dia berpaling kembali ke katil, Firas sudah tiada. Jantung May sudah berdegup kencang. Serta merta fikirannya kembali waras. Dia pandang tombol pintu.

     Mustahil anak seusia Firas yang cuma dua tahun mampu mencapai tombol pintu. Serentak hatinya menjerit. Bukan sahaja hatinya tapi bibirnya juga menjerit.

    "Makkkkk........hantuuuuuu"








Skip








     Malam itu semua berkumpul di bilik Mak Wan. Nayla cuma senyap. Saat yang lain rancak bercerita apa yang May nampak. Cuma mereka tak tahu bukan mereka  sahaja di bilik ini tetapi ada seorang lagi yang menakutkan sedang tersenyun di sebelah Abby.

     Sesekali rambutnya yang mengurai mengenai leher Abby. Beberapa kali Nayla nampak Abby mengusap lehernya. Kukunya yang panjang pula bermain-main di belakang Zila.

     Nayla pejamkan mata. Mahu sahaja dia halau makhluk itu dari dalam bilik ini. Namun dia tidak mahu terus menakutkan teman-temannya.

     "Perasaan kau aje tak May? Firas ada je dengan kami tadi."

     "Taklah, mummy. Betul saya nampak Firas. Lepas tu saya fikir macam mana Firas masuk, dia bukannya sampai nak buka pintu. Takut saya masa Firas tunjuk benda tu. Dia tersengih tahu tak."

     "Seram dengar cerita kau May."Miko gosok lengannya. Suara burung hantu bersahutan dengan suara unggas rimba. Semakin menakutkan malam mereka.

     "Tak apalah. Tidur baca ayat kursi banyak-banyak. Tempat macam ni memang banyak benda macam tu." Mummy Tijah bersuara. Dia tahu benar tempat sebegini sememangnya penuh dengan perkara mistik.

     "Betul kata mummy tu. Dia kacau je."

     "Hish......kacau apanya Nayla kalau dah tunjukkan muka. Seram betul."

     Nayla diam. Dia tidak tahu sama ada benda itu dilakukan oleh makhluk penghuni di sini atau si nenek tua yang tak pernah tinggalkannya.

     Malam itu, Nayla harapkan tiada gangguan yang berlaku. Dia tidak mahu teman-temannya syak tentang sesuatu.

     Nayla tak boleh lelapkan mata. Fikirannya terkenangkan satu cerita. Cerita yang berlaku berbelas tahun dahulu.






2. Kerana Kau Aku Kembali (ON GOING)Where stories live. Discover now