AKU AKAN MENGGANGU ANDAI DIRIKU DILUPAKAN............
•...•...•...•...•...•...•...•...•...•...•...•...•...•..
Pulang ke Kuala Lumpur, Nayla meneruskan hidupnya seperti biasa. Dia menyewa bersama Abby dan seorang lagi temannya Nazihah.
Meski kadang-kadang dia tidak pedulikan iblis itu, namun dia akur dengan perjanjian. Darah segar setiap malam bulan penuh. Syarat perjanjian itu harus ditunaikan.
"Assalamualaikum. Buku awak terjatuh."
Nayla pandang lelaki yang mengekori langkahnya. Pemuda itu tersenyum. Diari hitam milik Nayla dihulurkan.
"Oh, terima kasih. Sorry, saya nak cepat tadi."
Zarul tersenyum.
"Tak apa. Hati-hati. "Nayla mengangguk. Dia terus melangkah.
"Allahu laa ilaaha illa huwal hayyul qayyum. Laa ta'khudzuhuu sinatuw wa laa naummm.... Lahu maa fissamaawati wa maa fil ardhi.... Man dzal ladzii yasfa'u‘indahuu illa bi idznihi.... Ya'lamu maa baina aidilhim wa maa khalfahum.... Wa laa yuhithuuna bi syai-in min ‘ilmilhi illa bi maasyaa-a.... Wasi'a kursiyyuhussamaawaati wal ardha. Wa laa ya-udhuu hifzhuhuma wahuwal ‘aliyyul azhiim.... "
Perlahan-lahan Zarul menghembuskan bacaan ayat kursi mengekori langkah Nayla. Kepalanya digelengkan.
Jelas dimatanya bila ada satu makhluk di samping Nayla. Sebenarnya sudah beberapa kali dia perhatikan gadis itu. Mereka tinggal setaman namun belum pernah berbual mesra.
Dia nampak jelas kalau makhluk itu sentiasa ada walau dimana jua gadia itu berada.
Zarul menarik nafas panjang.
Subhanallah..... Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan yang direjam.
Zarul melangkah kembali ke kereta yang diparkir di tepi jalan. Dia harus segera pulang disebabkan hari sudah menginjak senja kalau maghrib nanti adalah masanya untuk berkongsi ilmu dengan penduduk tempatan di rumah Allah.
YOU ARE READING
2. Kerana Kau Aku Kembali (ON GOING)
HororNayla terus hidup bertemankan iblis sehingga satu saat seorang lelaki muncul. Siapa lelaki itu yang menuntut janji Nayla? Dan ustaz Zarul yang selalu menganggu ketenangan dirinya. "Takdir aku untuknya dan aku akan bawa dia ke syurga." Iblis...