Hari pertama tiada aktiviti yang dilakukan. Sekadar duduk di tepi pantai melihat matahari terbenam. Indah sekali. Mentari yang besar berada di ufuk timur. Bagaikan bebola raksasa yang gah menyimbahkan amarahnya.
"Ingat, Nayla.....Malam ni aku perlukan darah."
Suara itu berhembus di cuping telinganya.
"Aku tahu,"bisik Nayla perlahan. Bimbang kalau kelakuan luar biasanya disedari oleh kawan-kawannya. Entah darah siapa yang akan dijamu untuk syaitan itu malam ini.
Usai di sunset point mereka bersiap untuk makan malam. Makan malam di tepi pantai dengan udara laut yang menyegarkan terasa mendamaikan suasana.
Cuma apa yang mereka tak nampak,seekor pocong sedang melompat di sepanjang pantai,kemudian menjenguk di meja Mak Wan tatkala wanita itu menyuap makanan ke dalam mulut.
Nayla cuma berdiam diri. Kalaulah mereka dapat lihat realiti malam ini pasti semuanya akan bersembunyi di balik selimut.
Wanita berambut panjang dengan pakaian compang-camping sedang bergayut di dahan pokok memerhati manusia-manusia di bawahnya.
Sesekali juga jemari runcing si nenek tua bermain-main di belakang tengkuk Abby.
"Lepas ni, jom lepak kat bilik Mak Wan. Kita sembang-sembang,"usul Mak Wan. Yang lain cuma mengangguk setuju.
Nayla lemparkan pandangannya pada Firas anak kecil Zara yang dibawa bersama ke sini. Dia nampak Firas sedang bermain dengan seseorang. Sesekali wanita itu memandang dan tersenyum padanya. Nayla tahu kalau wanita itu bukan manusia kerana kakinya tidak jejak ke tanah.
SKIP
"Mummy pernah tau jumpa hantu depan-depan. Anak mummy pun kena." Wan Tijah wanita separuh usia yang mesra dipanggil mummy membuka cerita.
"Hantu mummy? Janganlah cerita. Seriau nak tidur karang." Aisy menyampuk. Semua berkumpul atas katil mummy.
Cerita hantu? Mereka tahu tak kalau hantu itu di kalangan mereka sekarang. Bagaimana agaknya reaksi mereka kalau Nayla sampaikan cerita yang wanita berambut panjang itu cuma dudik di sebelah Abby sahaja. Sesekali dia mengusik Firas yang leka bermain.
Cuma apa yang mereka tak nampak, Firas sedang bermain dengan seseorang. Seorang kanak-kanak kecil. Entah roh entah syaitan.
"Saya selalu pasang ruqyah, mummy. Ayat ruqyah tu paling elok untuk halau hantu." Waktu Aisy bersuara si nenek memandangnya tajam dwngan senyuman yang menakutkan.
"Kau takkan boleh halau aku,"bisiknya di telinga Aisy.
"Apa pasal ada angin tiba-tiba kat tepi telinga ni?"Aisy pusing belakang sedangkan nenek tua itu sudah berpindah ke sebelahnya. Telinga kirinya pulak ditiup.
"Hantu kot,"balas Miko.
"Isy, Miko ni,"balas Aisy.
Mereka rancak bercerita sehingga Nayla membuka kisah.
"Saya ada pendamping." Nayla bersuara. Memancing reaksi teman-temannya dan reaksi syaitan yang masih meliuk lentokkan lehernya di sebelah Aisy.
"Pendamping apa, Nayla?"soal May.
"Ada benda yang selalu ikut aku pergi mana-mana untuk jaga aku."
"Wah! Siapa, Nayla?"soal Zila. Dia teruja juga sebab dia sukakan kisah-kisah mistik.
"Nenek lanjut. Asal dari Gunung Korbu." Nayla pandang tepat ke arah wanita tua itu. Tiba-tiba wajahnya berubah menjadi seorang wanita yang sangat cantik. Dia bangun dan bergerak ke sebelah Mak Wan yang berbaring di katil sebelah.
"Nayla.....Ini aku wanita hodoh yang mereka takutkan. Aku cantik. Aku seorang puteri."
Nayla tidak pedulikan wanita itu. Dia terus bercerita tentang kisah dia. Tentang bagaimana dia punya teman yang tak nampak. Sama ada mereka percaya atau tidak itu terpulang. Malah mahu sahaja dia bercerita wanita itu sedang berbaring di sebelah Mak Wan.
"Takutnya."kata mummy.
Takut? Ketakutan tu dah sebati dengan dia. Dah tak ada rasa takut lagi.
"Kau dan aku bersatu, Nayla. Mana mungkin kita akan berpisah."
Mahu sahaja Nayla khabarkan pada Mak Wan kalau wanita itu turut sama baring di sebelahnya. Matanya yang tajam merenung mummy yang rancak bercerita. Sesekali dia menyeringai bagaikan ketawa tanpa suara.
"Tak adalah...saya gurau je, mummy. Mana ada pendamping. Saja je nak takutkan kau orang."
Dia tahu dia tersilap langkah. Dia tidak sepatutnya bercerita tentang si nenek. Ia hanya mengundang spekulasi dan rasa tak senang dalam diri temanya nanti.
"Kau ni takutkan orang je,"balas May. Nayla cuma ketawa. Dia tidak mahu si nenek lakukan sesuatu malam ini.
Kalaulah mereka dengar kisah Nayla, dia pasti Abby dan Aisy tak akan mahu tidur sebilik dengannya.
Tok....tok.....tok
Masing-masing berpandangan.
Abby bangun untuk membuka pintu. Ada seorang eanita tersenyum memandang mereka yang ada di dalam bilik. Nayla sendiri tak tahu siapa wanita itu. Tapi dia tahu bahawa wanita itu bukanlah manusia kerana kakinya tidak jejak ke lantai.
"Ada apa ye, kak?"soal Abby. Wanita berbaju tidur putih labuh itu tersenyum.
"Saya cari anak saya. Ada nampak anak saya tak?"soalnya.
Abby pandang semua yang berada dalam bilik. Masing-masing menggeleng.
"Tak adalah pulak,kak. Anak akak main kat mana?"soal Abby.
"Itulah saya dah pesan jangan main-main jauh-jauh. Susah hati saya ni nak cari dia. Kalau jumpa dia tolong kembalikan pada saya,ya?"
Abby mengganguk.
"Saya pergi dulu."
Pintu kembali ditutup.
"Pelik betul takkanlah malam-malam ni dia tak tahu anak pergi mana."
"Perempuan tu dah mati. Anak dia mati sebab jatuh tebing tepi pantai tu. Setiap hari dia akan mencari anaknya kat sini,"beritahu si nenek tua kepada Nayla.
Nayla memandang si nenek tua yang berubah wajah menjadi wanita cantik.
"Patutlah dia cari anaknya."kata Nayla dalam hati.
"Macam tak masuk akal. Pergilah reception mintak tolong dia orang cari."kata Mak Wan
"Anak dia dah mati,"ujar Nayla tiba-tiba.
"Mana kau tahu?"tanya May.
Nayla menunjukkan telefon bimbitnya. Hasil carian di Google tentang kematian seorang kanak-kanak lelaki di tebing pantai.
Semua orang pandang telefon Nayla yang tiba-tiba ada signal.
"Ya Allah cuba baca tu. Seorang wanita ditemui mati semasa mencari anaknya yang hilang. Wanita itu dan anaknya ditemui di tebing berhampiran sunset point. Macam mana kau dapat ni, Nayla?"soal Zara.
"Kebetulan aku ada buat research sikit. Jumpa maklumat ni. Waktu kau buka pintu tadi aku rasa macam pernah tengok perempuan tu."
"Ya Allah, takutnya. Maknanya tadi tu hantulah. Weh, aku nak tidur sini ramai-ramai. Aku takut,"ujar Abby.
"Dia tak kacau oranglah. Dia cari anak dia je,"ujar Nayla.
Masing-masing terdiam. Perasaan takut mula menular. Tapi masakan mereka mahu berhimpit di cottage yang cuma ada dua katil sahaja. Mahu tak mahu, mereka terpaksa pulang ke cottage masing-masing.
YOU ARE READING
2. Kerana Kau Aku Kembali (ON GOING)
رعبNayla terus hidup bertemankan iblis sehingga satu saat seorang lelaki muncul. Siapa lelaki itu yang menuntut janji Nayla? Dan ustaz Zarul yang selalu menganggu ketenangan dirinya. "Takdir aku untuknya dan aku akan bawa dia ke syurga." Iblis...