Bab 8

46 11 16
                                    

Sambungan

Buat AuniMirza123 d lain2 y aq x mention

Nh aq dh bgi kakak dia balasan😇

Jgn kecam aq sudah

================================














Sebaik sahaja sampai di rumah, cepat-cepat cangkul dibasuh. Kemudian dia terus masuk ke dalam bilik. Nafasnya ditarik panjang. Matanya meliar memandang ke arah jam di dinding. Pukul 3 pagi. Tiba-tiba dia terdengar suara tangisan dari luar dinding bilik.

     Huuuuu.........

    Huuuuu...........

   Huuuuu............

     Nayla bergerak ke hujung katil, dia mengintai dari lubang di dinding. Jelas dia nampak sekujur tubuh berikat kain putih seperti pocong di luar biliknya.

      Nayla tahan nafas. Sungguh dia takut. Tubuhnya menggeletar.

     "Naylaaaaa.........."

     Nayla kenal benar suara itu. Itu suara Asyiekin.

      "Akak minta maaf Ekin."

       Dinding biliknya diketuk dengan suara tangisan yang semakin sayu dan sayup.

       "Akak Nayla....... Kenapa ambil rambut Ekin? Kenapa ambil rambut Ekin?"

        Nayla pejamkan matanya rapat-rapat.

        Nayla masih diam.

        "Sampaiiii hatiiii kak Naylaaaa buat Ekinnnn macam niiii. Ekin baru sajaaaa matiiii. Ekin dah matiiii Naylaaaa......." suara Asyiekin semakin mendayu.

      "Kak Nayla tak kesiankan Ekin ke?"

      Nayla membuka matanya.

      "Pergi kau dah mati. Pergi jangan kacau aku."

       Tiba-tiba dia nampak mayat Asyiekin berdiri di tepi pintu bilik. Cuma wajahnya sahaja kelihatan. Pucat.

       "Bagi balik rambut Ekinnnnnn.....l

       "Kau hantu. Kau bukan Ekin!!! Ekin dah mati!!! Pergi!!!"

        Asyiekin ketawa.

       "Kak Nayla nak Ekin........Ekin kacau kak Anis, ya? Hahahhahahahahhahahhhhhh......."Asyiekin mengilai sejurus habis berkata.

     "Pegang kuat-kuat rambut dia, Nayla. Perintahkan dia."bisik nenek tua.

     "Aku nak kau kacau Anis."

     Asyiekin mengangguk dan tiba-tiba dia menghilang.

       "Campurkan rambut Asyiekin dengan darah kau, Nayla."

       Nayla cepat-cepat mengamnil jarum. Hujung jarinya dicucuk. Setitis dua darahnya dicampur dengan rambut Asyiekin yang diletakkan di dalam sebuah bekas. Kemudiam cepat-cepat diletakkan di dalam almari.

================================












































Hanisah mengiring ke kiri. Tangannya mencapai bantal peluk dengan mata terpejam. Entah kenapa sukar benar dia mahu terlelap malam ini. Sehingga jam 3.30 pagi dia masih belum mahu lena.

       Bantal peluk dirasakan lain. Matanya dibuka. Di sebelahnya bukan bantal peluk, tetapi mayat Asyiekin yang berbungkus dengan kain kapan sedang tersenyum. Hanisah menjerit sehingga suaranya tersekat di kerongkong. Dia berlari keluar. Pintu bilik dibuka, tapi Asyiekin muncul dengan senyuman yang mengerikan. Hanisah berlari ke dapur tetapi dia melihat di tangga Asyiekin sedang melompat-lompat.

     Palp!! Palp!! Palp!! Kain dihujung kaki Asyiekin seperti terseret di atas lantai. Hanisah berlari semual ke atas tetapi kakinya tersadung sesuatu dan dia jatuh tersungkur. Dalam kesakitan matanya dibuka, wajah Asyiekin yang mengerikan sedang menyeringai memandang dia.

      Sejak itu, Hanisah mengalami tekanan perasaan yang teruk sehingga terpaksa di hantar ke Hospital Bahagia. Sepanjang masa dia hanya melukis gambar pocong. Sesekali menjerit sambil menarik-narik rambutnya.

      Nayla berasa puas. Dendamnya terbalas. Meskipun bukan sedikit harga yang perlu dibayar.














































================================






















End Flashback


Tq sbb support cite ni

Tibe2 idea dtg

Skjp je dpt siap😅

Esok klau rajin aq update
    

    

2. Kerana Kau Aku Kembali (ON GOING)Where stories live. Discover now