Haziq dan Adam sedar selepas setengah jam kemudian. Mereka cepat-cepat kembali ke cottage. Meskipun perut mereka berkeroncong namun dilupakan terus makan malam tepi pantai. Masing-masing bersembunyi di dalam selimut.
Malam itu sedikit sunyi. Masing-masing berada di dalam bilik usai makan malam.
"Okey mummy tidur dulu, ya" Mummy Tijah mula pejamkan matanya. May disebelah matikan terus telefon bimbitnya bila signal langsung tiada di sini. Mak Wan masih ralit dengan novel di tangan. Seketika kemudian dengkuran mummy Tijah sesekali kedengaran.
"Aduh masa nilah nak buang air." Mak Wan memandang katil sebelah. May dan mummy Tijah sudah lena diulit mimpi. Dia bangun ke bilik air. Bila matanya memandang ke arah cermin besar di hujung kaki serta merta dadanya berdebar.
Mak Wan cepat-cepat ke bilik air. Sebaik sahaja masuk ke bilik air, dia mendengar suara berbual di luar. Ditarik nafas lega. Fikirnya May dan mummy Tijah bangun berbual. Usai membasuh muka dan menggosok gigi, suara masih jelas kedengaran. Sesekali terdengar suara May ketawa. Adalah tu cerita kelakar yang mummy Tijah cerita.
Mak Wan membuka pintu tandas. Serta merta suara yang riuh seketika tadi senyap. Dia memandang ke arah katil. Mummy Tijah masih berdengkur manakala May lena dalam keletihan. Suara siapa yang berbual tadi?
Mak Wan cepat-cepat ke katil. Tubuhnya dibaringkan. Selimut ditarik ke separas dada. Nafasnya bagai tersekat. Tiba-tiba dia nampak dalam refleksi cermin, May dan mummy Tijah sedang duduk bersila di atas katil sambil rancak berbual.
Dia mengerling ke sebelah. Kedua-duanya masih lena. Matanya tetap memandang cermin. Tiba-tiba May dan mummy Tijah memandang dia dengan mata yang menakutkan.
Selimut ditarik menutupi wajah. Dia membuka sedikit. May dan mummy Tijah masih memandangnya dari refleksi cermin. Dengan wajah yang marah. Tiba-tiba katilnya rasa bergegar.
"Allah, apa pula ni?"
Ketap...... Ketap..........
Bagai ada benda yang berjalan di atas bumbung. Bukan bunyi mempelam jatuh seperti semalam.
Bunyi berjalan di atas bumbung diganti pula dengan bunyi cakaran. Mak Wan masih diam di bawah selimut. Goncangan di katilnya berhenti secara tiba-tiba.
Dia membuka mata dan memandang ke arah cermin. Kosong. Cuma ada refleksi dirinya yang sedang baring. Mak Wan menarik nafas lega. Dia berpaling apabila terasa ada sesuatu di belakangnya. Dengan tiba-tiba dia jatuh daripada katil bila makhluk yang menyerupai mummy Tijah dan May muncul.
Skip
Semuanya menjadi kalut dalam satu malam. Adam dan Haziq yang hampir demam disebabkan terserempak dengan pontianak dan penanggal serentak, jelmaan May dan mummy Tijah yang menganggu Mak Wan dan Zila yang entah siapa mandi bersama mereka.
Pagi itu masing-masing senyap. Tiada siapa berani buka cerita walau sepatah pun. Siapa dia yang menganggu mereka. Benda yang mengikut mereka ke sini ataupun ini memang penempatan mereka.
"Ayman mana?"soal May bila pagi itu Ayman tidak kelihatan.
"Adam cakap Ayman tak balik malam tadi. Dia stay dekat Long Beach,"ujar Abby. Dia terlebih dahulu menanyakan soal Ayman pada Adam.
Mak Wan yang masih fikirkan kejadian malam tadi. Masih di awang-awangan samaada dia bermimpi atau benar-benar terjadi. Adam sesekali menoleh ke pokok-pokok besar di sekitar lobi hotel bagai ternampak-nampak kelibat sang puntianak bergantungan. Sebu perut Adam untuk bersarapan.
"Esok kita semua nak balik dah, kan?" Nayla bersuara. Bukan dia tidak tahu apa yang terjadi. Dari air muka masing-masing dia dapat rasakan si iblis tua itu menganggu mereka. Tapi apa daya yang dia ada. Inilah bahananya bila membuat perjanjian dengan syaitan.
Tunggang-langgang hidup dia. Hanisah masih di hospital bahagia. Azwan, lelaki yang cuba mempermainkan dia kini terlantar lumpuh. Dia tidak mahu teman-temannya sekarang menerima nasib yang sama. Tapi iblis itu perlu diberi makan atau nyawanya akan menjadi korban.
Nayla termenung sendirian di jeti. Teman-temannya yang lain masih menanti bot yang akan bawa mereka melihat keindahan karang yang hidup di dasar laut.
"Nayla......." Suara itu memanggil lagi. Lembut dan halus menusuk ke dalam halwa telinga. Nayla menoleh ke kiri kanan.
"Muncullah aku tahu kau ada. Kau siapa sebenarnya?"
Dia penat bermain sembunyi begini.
Saje je nk publish hri ni
Tgk buku org lain update....rse tercabar😁Sabtu or Ahad aq still update
Don't worry
Janji mesti di tunaikan
Ok😊
YOU ARE READING
2. Kerana Kau Aku Kembali (ON GOING)
HorrorNayla terus hidup bertemankan iblis sehingga satu saat seorang lelaki muncul. Siapa lelaki itu yang menuntut janji Nayla? Dan ustaz Zarul yang selalu menganggu ketenangan dirinya. "Takdir aku untuknya dan aku akan bawa dia ke syurga." Iblis...