Dari jauh kelihatan , Emir Naim berborak bersama guru lelaki yang lain di meja pantri . Dia melangkahkan kaki menuju ke meja Cikgu Naim . Bekal makanan berisi nasi lemak lebihan pagi tadi itu dikeluarkan dari beg lalu dengan langkah berhati-hati Iris mengeluarkan bekas Tupperware itu risau tercalar .
Bekas Tupperware berisi nasi lemak itu diletakkan di atas meja . Iris tidak lupa juga meletakkan note pad di atas bekas Tupperware itu
Harap cikgu baca
-Naim mendekati meja nya sebaik sahaja tersedar terdapat bungkusan misteri di atas meja .
Note pad kecil itu dibaca
'cikgu ni nasi lemak , bekas Tupperware tu cikgu jangan buang risau saya nanti -Iris'
Aduh Iris . Memang tidakla dia mahu membuang bekas Tupperware itu . Tupperware ! Bukan bekas plastik pakai buang . Kalau hilang jenuh nanti .
-
"Baiklah setakat ini sahaja pelajaran kita hari ni dan jangan lupa siapkan latihan praktis formatif muka surat 234 saya nak check esok "Pesan cikgu khatijah selaku guru sains .
Sebaik sahaja Cikgu Khatijah keluar dari kelas , pelajar lain hanya membuat kerja sendiri manakala Iris and Alissa sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan . Rajin kan Iris ?
Itu sebenarnya bukan dipanggil rajin tapi extra work . Mereka berdua didenda untuk menyiapkan tugasan kerja sekolah secara double kerana di dalam kelas mata pelajaran Cikgu Khatijah Iris dan Alissa sibuk bergosip tentang isu Sajat nak keluar agama lantaran itu lah mereka harus menyiapkan denda dan menghangtarnya selewatnya esok .
Pen ditangan Iris masih ligat menari di atas buku latihan . Segala kesahalan soalan cuba dinaiki dengan correction tape . Tulisan yang asalnya cantik kemas tersusun rapi secara perlahan mula berubah menjadi cakar ayam .
Ketika waktu rehat , pelajar lain sibuk makan di kantin namun hanya mereka berdua sahaja iatu Iris dan Alissa yang masih tinggal di dalam kelas dan menyiapkan tugasan dari neraka itu dengan secepatnya . Cepat siap cepat boleh main PUBG nanti balik rumah !
Telinga Iris mula menangkap bunyi tapak kaki yang berlegar di luar kelasnya . Bukan sahaja Iris tapi Alissa turut mendengar nya . Kepala mereka yang ditundukkan mula diangkat bagi mencari arah bunyi tapak kaki itu berkeliaran .
Semakin lama semakin dekat ~
Ktap'
Bunyi sesuatu yang jatuh memeranjatkan mereka berdua ketika itu . Alissa dan Iris memberanikan diri pergi ke arah bunyi tersebut .
Emir Naim ingin menghantar Tupperware kepunyaan Iris . Secara tidak sengaja dirinya berlaga dengan seorang pelajar lelaki yang lari berkejaran bersama rakannya yang lain . Akibat dari pelanggaran itu menyebabkan bekas Tupperware itu jatuh .
Dia mengangkat kembali Tupperware itu lalu menuju ke 5 Diamond yang berada dihadapannya sekarang ini .
Mata Iris disajikan dengan kelibat cikgu Naim .
"Weh-- I Iris "Alissa menguis -nguis lengan baju Iris
"Ciiikgu Naim buat apa Kat sinii?"
"Ni bekas saya nak hantar .. Nasi lemak sedap sangat terima kasih susahkan awak je Iris " Tutur Emir Naim dengan ikhlas lalu dia pamit meninggalkan Iris dan Alissa di belakang .
"Susahkan apanya cikgu. Untuk cikgu semua bo.."
Mata Iris liar mencari keberadaan Cikgu Emir Naim yang sudah lesap entah kemana . Alissa pula hanya mampu menepuk dahi melihatkan Iris yang seperti hilang anak itu .
"Dahla jom sambung buat denda .Nanti tak siap kena extra double pulak kan menangis tak berlagu kau "
-
Iris menyandarkan diri di sofa . Hilang segala penat lelahnya setelah pulang dari sekolah .Iqmal pergi kearah Iris melihatkan adiknya baru pulang dari sekolah. Dia ingat dia mahu ajak Iris menemaninya ke mall nanti petang untuk membeli hadiah buat kekasih hatinya . Iris lebih tahu apa yang perempuan suka sebab itu dia bercadang ingin mengajak Iris .
"Wehh teman aku pergi mall petang nanti"
"Apa kau ni , aku penat pun tak habis lagi ..petang nanti la eh"
"Bebal .. memang la petang nanti" Iqmal yang kegeraman menarik telinga si Iris . Iris menjerit nyaring lalu dia juga menarik baju t-shirt Iqmal .
"Sioooottt , Abang merah telinga aku nanti jadi toyol ..lepas la ! "
"Lepas baju aku dulu"
Puan Amani yang baru siap menunaikan solat zohor mendengar bunyi bising dari tingkat bawah . Entah apa yang dibuatkan si Iqmal tu agaknya .
"Lepasss siottt , pedih telinga aku ni "
Iris makin kuat menarik baju Iqmal manakala Iqmal juga tidak lepas menarik telinga Iris ."Ya Allah apa nak jadi dengan kamu berdua ni ha ! Bergaduh je tahu kan .."
Iris dan Iqmal saling berpandangan antara satu sama lain sambil tangan mereka secara perlahan melepaskan tangan masing-masing .
Puan Amani menarik kedua - dua belah telinga milik Iris dan Iqmal . Biar dua-dua kena .
"Ini semua kau punya pasal ! " Iqmal menahan muka cemberutnya .
"Ek aku pulak kaulah" Iris menjelirkan lidahnya juga menunjukkan tidak mahu kalah .
"Sudah! Dua - dua salah . Hari ni ibu denda kamu berdua duduk diam dalam rumah jangan keluar . ha kamu Iris Tupperware ibu mana ? "
Secara tiba-tiba Iris dilanda gelisah . Dia tertinggal Tupperware ibunya dibawah meja mampuslah kalau ibu tahu nanti .
"Erk , I ..Iris tertinggal bawah meja hehe.."
"Apa?! Itulah kamu ibu suruh letak nasi dalam bekas pakai buang senang ni tak nak juga Bawak Tupperware hilang kan susah.."
"Tupperware je pun" Dengan selambanya Iris membalas , tanpa memikirkan apa yang akan terjadi selepas ini .
"Tupperware je pun kamu cakap?! Mari sini kamuuuuu ..Iris mana kamu nak larii tu"
Iris melarikan diri dari serangan ibunya manakala Iqmal pula hanya ketawa terkekek-kekek melihat drama antara Iris dan ibunya . Lelaki menang . 0-1 .
TBC
HAPPY READING , JANGAN LUPA VOTE DAN KOMEN 🙂. BTW LEPAS CHAPTER SELEPAS INI TAKKAN ADA LAGI GELAK KETAWA IRIS YA . SAYA AKAN FOKUS PADA WATAK BARU ...TRAILER HAMPIR SIAP😃KALAU CERITA NI DAPAT SAMBUTAN TINGGI SAYA AKAN SIAPKAN TRAILER DENGAN CEPAT
YOU ARE READING
[𝐂] 𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 |
Short StoryS H O R T S TO R Y Ini bukan kisah dari benci jadi cinta mahupun dari cinta menjadi benci.Bukan juga kisah kahwin paksa ataupun kisah cinta yang romantis. Ini hanyalah sebuah kisah perjuangan Iris dalam mengejar cinta milik Cikgu Naim. "Dalam per...