2 months later ,
Keputusan ujian matematik itu diteliti Iris dengan pandangan kosong . Bila dia mahu bijak kalau markah ujian matematik selalu cacat . Kalau ibu tahu mahu tak mengaku anak kalau macam ni .Heish
Ujian Matematik Mingguan
Nama Iris Arissa Binti Irwan
Kelas:5 Diamond
Markah:40% (D)
Ulasan guru:Lulus atas tong , teruskan usaha
Nama pemeriksa:Emir NaimSPM makin dekat , matematik pula susah nak hadam . sains , fizik addmath , biologi alhamdulilah setakat ni rasa senang je belajar tapi matematik tu innalilahi wa innailaihi rojium
Selama dua bulan cikgu Emir Naim mengajar dia tidak fokus kerana tatapannya hanya pada Emir Naim dan bukan la whitboard yang diisikan dengan pelbagai skill menjawab soalan, nota dan latihan matematik. Apa yang Iris lihat hanya Emir Naim.
Cikgu Emir Naim pun mula rapat terhadap Iris . Kadang-kadang ramai pelajar lain ingat mereka adalah pasangan kekasih kerana kerapatan mereka yang terjalin antara cikgu dan pelajar . Cuma sekarang , Cikgu Emir Naim kurang melayan Iris kerana dia tidak mahu dirinya dijadikan bahan gosip antara para guru . Cukuplah batas mereka hanya rapat atas dasar murid dan guru tidak lebih dari itu walaupun dia tahu lain yang diharapkan hati kecil Iris ."SPM makin dekat , bermula tiga minggu dari sekarang kita akan buat latihan supaya otak awak semua sentiasa cergas terutama nya kepada awak Iris . Markah ujian awak kalini teruk . Awak kena ingat awak semua duduk kelas pertama bukan kedua ataupun ketiga . Saya nak awak fokus ketika dalam kelas lain kali "
Iris hanya mampu mengangukkan kepalanya tanda faham apa yang diperkatakan oleh Emir Naim namun jauh dihatinya dia berasa kecewa dengan diri sendiri . Jelas dimatanya dia melihat kekecewaan dimata Cikgu Emir Naim kerana markah ujian nya kali ini .
Iris kecewakan cikgu Naim ke
Maafkan Iris ..."Erm cikgu .."
"Ada apa Iris saya nak cepat ni"
"Saya cuma nak tahu cikgu kecewa dengan saya ke? Maafkan saya sebab buat cikgu kecewa dengan markah ujian kalini . "
"Tipula kalau cakap saya tak kecewa . Dah enam bulan saya mengajar kelas awak . Yang lain bagus prestasi makin meningkat tapi awak saya dah tak tahu nak buat apa dengan awak lagi . Kalau awak rasa nak pandai fokus Iris bukan mengendap saya . Lepas ni saya dah tak mengajar kelas awak cikgu Ramlah akan ambik alih ."
"Kenapa cikgu cakap macamtu.. cikgu tak suka mengajar saya?" Soal Iris sambil menunggu jawapan dari Emir Naim
"Tak elok pelajar dan guru lagi lagi lelaki dan perempuan rapat sangat . Guru lain tak suka "
"Tapi saya suka cikgu "
"Saya cikgu awak tolong hormat"
Sejurus itu Emir Naim terus keluar tanpa memerhatikan mata-mata lain yang memerhati . Pelajar lain yang melihat drama itu hanya mampu mengeluh melihatkan Iris . Bila agaknya kisah Iris dan Cikgu Emir Naim nak selesai. Kasihan Iris
" Fighting Iris " Pujuk Iris pada diri sendiri .Dia tidak boleh mengalah !
-
Emir Naim terus berjalan tanpa menghiraukan pandangan mata-mata yang memerhati . Sebenarnya banyak hal yang difikirkan nya .Flashback ,
Emir Naim memasuki pejabat pengetua . Haji Safawi melempar kan senyuman buat anaknya ."Ada apa Abah panggil Naim ? "
"Duduk dulu"
" Cikgu Sarah Atifah masuk"
Saat nama Sarah Atifah terpancul keluar dari mulut Haji Safawi , Naim terus memalingkan wajahnya kearah 'dia'.
"Saya cikgu baru , Sarah Atifah "
Naim tidak mampu berkata-kata . Setelah 3 tahun menghilangkan diri kenapa baru sekarang 'dia' kembali . Untuk alasan apakah kehadiran nya disini ."Cikgu Sarah akan menggantikan Cikgu Alya yang ditukarkan ke SMK Nibong .Abah nak minta Naim tolong tunjukkan kelas yang akan diajar Cikgu Sarah nanti "
"Baik Abah "
-
"So almost 3 tahun awak tinggal saya " Naim memulakan percakapan bagi menghilangkan rasa janggal yang bertandang dihatinya saat ini .
"Itu cerita lama Naim . Saya ada sebab tersendiri saya tinggal awak dan Sehingga sekarang saya masih mencintai awak "
"Cinta tak cukup membuktikan , kalau betul awak cintakan saya . Mana selama ni awak hilang? "
"Maaf , saya tak mampu jawab " Sarah hanya mampu mendiamkan diri . Biar saja apa yang terjadi selama tiga tahun itu hanya dia yang tahu.
Naim meraupkan wajahnya . Setelah tiga tahun , kenapa dia kembali sekarang?
"Naim , awak masih cintakan saya?"
"Sayaaa .."
End flashback.
-
"Wehhhh , kelas kita ada cikgu baruu. Cun lagiiii " Riuh Ahmad Haziq selaku ketua kelas menyampaikan berita itu kepada pelajar . Ini pun dia tahu kerana Cikgu wan Ahmad memberitahu nya ."Dia ajar apa ?"
"Dia ganti Cikgu Alya la "
" Mesti cantik kan"
" Aku harap cikgu baru tu nanti belum berpunya "
Kata Tengku Razif sambil mengedipkan kelopak matanya ."Dengan cikgu pun kau nak Cuba ke HAHAHAHAHAHH"
Iris yang sedang menyiapkan karangan bahasa Melayu terus menghentikan perbuatannya sebaik sahaja terdengar kata-kata dari Daniel Hakimi yang dikenali sebagai pelajar bermasalah itu . Sedikit sebanyak Iris terasa dengan ayat dituturkan olehnya walaupun ayat itu bukan ditujukan pada dirinya .
Salahkah seorang murid mencintai guru?
YOU ARE READING
[𝐂] 𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 |
Short StoryS H O R T S TO R Y Ini bukan kisah dari benci jadi cinta mahupun dari cinta menjadi benci.Bukan juga kisah kahwin paksa ataupun kisah cinta yang romantis. Ini hanyalah sebuah kisah perjuangan Iris dalam mengejar cinta milik Cikgu Naim. "Dalam per...