END [SAD VERSION]
'waktu begitu kejam saat tidak memberi kesempatan untuk kita bersama bahkan disaat" terakhir '"Boleh saya bertemu Iris ?"
"Iris tiada disini kalau Naim nak bertemu Iris ikut aunty sekejap nanti kita jumpa Iris "
Surah Yassin itu diberikan kepada Emir Naim . Hatinya mula dilanda gelisah . Iqmal pula hanya senyap tanpa sebarang suara . Dia menahan diri dari mengeluarkan titisan air mata . Dia harus kuat demi Iris .
"Ye tak perlu , ibu jaga diri baik-baik ya . Iris sayang ibu sangat-sangat . Abang Iq jaga ibu tau "
-Dia hampiri batu nisan yang berukirkan nama Iris Arissa itu. Tangannya memegang tanah yang masih merah itu . Dia terlewat kah untuk memohon maaf ?
Amani yang menangis teresak esak ditenangkan oleh Iqmal.Surah Yassin yang dipegang itu dibuka lalu bacaan buat arwah Iris dimulai .
***
"Arwah sayang sangat dengan kau sampai sanggup berlakon depan aku cakap yang dia bahagia dengan pernikahan kau nanti . Sedangkan dia menangis dalam diam . Kami dengar dia menangis dalam bilik setiap malam . Sapu tangan kau dia masih simpan sampai sekarang sebab cuma tu yang dia ada untuk lepaskan rindu dekat kau .."
"Petang haritu , dia cakap nak pergi hantar cake tapi aku tahu dia tipu sebab tak nampak pun cake . sebenarnya dia nak pergi jumpa kau hantar balik sapu tangan ni . Katanya dia nak lupakan segalanya tentang kau tapi segalanya berubah bila brek motor Iris rosak . Dengar cerita dari saksi , diorang cakap arwah tak sempat elak bertembung dengan kereta "
Tangan Naim dicapai lalu sepucuk surat dan sapu tangan yang masih lekat dengan kesan darah itu diberikan kepada Emir Naim .
"Sebelum pergi , arwah sempat tulis surat . Kau baca lah bila rasa dah bersedia . Aku dengan ibu pergi dulu . Assalamualaikum "
***
Angin yang menyapa mengungkapkan kata rindu yang mendalam terhadap Iris . Hanya namanya yang meniti di bibirnya hari-hari di dalam setiap doa . Semoga dia tenang disana .Surat serta sapu tangan itu dipegang . Akhirnya dia sudah bersedia membaca surat itu setelah lama dia simpan .
Dear cikgu Naim yang saya cintai,
Mungkin selepas cikgu baca ni
tiada lagi Iris Arissa yang degil dan gedik untuk cikgu marah lagi .
Iris Arissa meminta diri untuk pergi dari hati cikgu .
Iris sedar yang Iris tak layak seperti mana cikgu Sarah lebih layak berada dalam hati cikgu .
Jujur Iris katakan cikgu lah
orang pertama Iris cintai setulus hati lebih dari Iris sayang diri sendiri .
Tapi Iris lupa ada yang lebih sayangkan Iris disana .Cikgu doakan Iris ya . Cikgu..
Cerita kita mungkin berakhir disini
Tapi ,
Cinta Iris pada cikgu Naim akan kekal untuk selamanya.
Cinta Iris akan tersemadi bersamanya jasad Iris .
Cikgu , bukan Iris tak mahu perjuangkan cinta ini tapi Iris dah penat untuk selalu sakit . Biarkan Iris rehat ya .
Iris rindukan senyuman cikgu jadi selalulah tersenyum .
Jaga diri cikgu . Kasih cinta Iris Arissa akan sentiasa ada buat cikgu"Saya cintakan awak Iris Arissa , sekarang dan untuk selamanya"
Cerita nya hanya singkat namun melekat dihati Emir Naim. Bukan takdir tapi Iris Arissa hanya hadir untuk menjadi memori dalam hidup Emir Naim . Sekurangnya perjuangan cinta Iris sudah tamat . Tiada apa untuk diperjuangkan lagi .
TAMATLAGU PENUTUP✨
DAH JANGAN SEDIH-SEDIH SCROLL NEXT CHAPTER KITA HAPPY " PULAK
YOU ARE READING
[𝐂] 𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 |
Short StoryS H O R T S TO R Y Ini bukan kisah dari benci jadi cinta mahupun dari cinta menjadi benci.Bukan juga kisah kahwin paksa ataupun kisah cinta yang romantis. Ini hanyalah sebuah kisah perjuangan Iris dalam mengejar cinta milik Cikgu Naim. "Dalam per...