'Yang mencintai awak memang bukan hanya saya, tetapi yang tetap mencintai awak disaat awak mencintai orang lain hanya saya '
Setelah berminggu-minggu lamanya dia bertarung dengan peperiksaan SPM akhirnya Iris berjaya menghabis kan kesemua kertas soalan . Berkat Iris dan Alissa belajar bersama selama ini , soalan yang masuk pun tidak lah sesukar mana melainkan soalan KBAT yang memerlukan dia mengambil masa yang agak lama .
"Akhirnya kita berjaya buat Iris ! "
Iris mengangguk perlahan lu tersenyum .
***
Hari ini merupakan hari terakhir dia bersekolah di sini selepas tamat bersekolah selama 5 tahun . Mungkin selepas ini dia sudah tidak dapat hadir kesini lagi ." cikgu , saya ingat awak ubat yang sentiasa mengubati rasa sedih saya tetapi saya terlalu cintakan awak sehingga lupa bahawa awak juga penyebab luka terhebat dalam kamus cinta saya "
Alissa yang memerhatikan Iris dari belakang hanya mampu diam melihatkan sahabatnya Iris .
" Mana Iris yang dulu?yang tak mudah putus asa , yang selalu ketawa , yang gedik manja ..mana kau yang dulu Iris? "
Dia mempersoalkan dirinya . Mungkin ini juga salahnya kerana terlalu memaksa Iris untuk kejarkan cinta Emir Naim sehingga kan Iris terluka sampai bergini.
"I'm sorry for my fault Iris"
Jika dihadapannya , Iris lah batu yang keras tapi di belakangnya dia tahu Iris itu sebenarnya batu yang begitu rapuh kerana dihentak beribu kali .
***
"Naim , esok kita kena ambik baju nikah""Hmm , saya ambilkan esok " Ujar Naim tetapi gayanya seperti tidak bersemangat dengan pernikahan nya ini .
Sepatutnya dia harus bertunang dahulu dengan Sarah tetapi oleh kerana abahnya menyuruh mempercepatkan pernikahan mereka maka pertunangan nya itu dibatalkan sahaja. Jujur dari lubuk hatinya , dia hanya menikahi Sarah cuma kerana kasihan tentang nasib Sarah. Tidak lebih , tidak kurang cuma itu .
Cinta?
Cintanya buat Sarah sudah lama mati . Hanya satu nama yang berjaya menempah tempat dihatinya iaitu Iris . Tapi dia sedar yang , dia telah melakukan kesilapan besar dengan mensia-siakan gadis itu .
Dan dia mengakui bahawa , dia menyesali ini semua .
***
"Kamu tak nak terfikir nak sambung belajar ke Iris?" Ujar Amani sambil tangannya mengupas bawang besar .Iris yang menyembamkan diri diatas meja hanya mendiamkan diri . Dia mengangkat kembali wajahnya sebelum menyambung makan mee goreng yang masih panas itu .
"Assalamualaikum"
Iqmal menuju ke arah meja makan sambil meletakkan kunci kenderaannya di atas meja . Wajah adiknya Iris ditenung lama sebelum tangannya mengeluarkan sepucuk surat .
"Surat undangan apa pulak tu Iq?" Soal Amani menanyakan anaknya
"Ibu ingat tak kawan Iq , Naim?"
Lama Amani berfikir sebelum mengangguk kenal dengan Naim .
Iris yang seperti berminat akan nama itu terus berpaling kearah Iqmal untuk mendengar ."Minggu depan dia dah nak kahwin ni kad jemputan dia ajak kita datang nanti" Perlahan Iq menunjukkan kad jemputan yang diberi kepadaku dan ibu .
Bagaikan pisau belati yang tajam menusuk ke dalam hati .Iris rasa seperti disiat begitu dalam sekali . Nama Emir Naim dan Sarah Atifah yang terpapar di depan kad itu mengoyakkan segala isi hati Iris .
"Iris masuk bilik dahulu" Pamit dirinya mengundur kan diri masuk ke bilik manakala ibu dan Iqmal hanya mengeluh perlahan .
***
Kenangan itu bagaikan kaset video sentiasa bermain di layar ingatan Iris . Dia masih mengingati momen dimana dia dipertemukan dengan Emir Naim dahulu ."Ouh lupa saya nak cakap saya tak kenal awak semua lagi so boleh kan perkenalkan diri ?Nama saya Emir Naim boleh panggil Cikgu Naim umur saya 23"
Sesi mengenal dimulai dengan ketua kelas kami iatu Haziq dan yang terakhir iatu aku sendiri .
"Nama saya Iris Arissa but for cikgu you can call me as sayang . pakej unlimited hanya untuk cikgu Naim sahaja"
Dia mengakui bahawa dia tidak matang ketika itu . Air mata yang jatuh dibiarkan sahaja . Dia juga ingat bagaimana permulaan cerita mereka dengan Naim mendekatkan dirinya kepada Iris hanya kerana terkena bola .
"Awak okey tak Iris?" Sebut Emir Naim secara lembut . Kerisauannya membuatkan aku terdiam seketika .
Layanannya lain dari Cikgu Emir Naim yang aku kenali .Seketika aku melayani perasaanku sehingga aku terlupa sebentar bibir aku masih berdarah malah darah masih keluar .
"Iriss ...dengar tak?"
"Sa saya dengar cikgu"
"saya tak boleh tipu hati saya dari mengatakan saya rindukan awak .
Saya mengaku hati ini masih ada nama awak . Saya masih merasakan setiap degup cinta dari jantung ini masih berdegup untuk awak . Dan saya sentiasa menunggu Emir Naim untuk kembali "Sapu tangan milik Emir Naim dipeluk erat.Segala barangan diatas meja solek dicampak kasar .
"Arghhhhhhh"
Dia berteriak sehabisnya ."Ya aku masih cintakan dia!"
Amani dan Iqmal yang mendengar segalanya di sebalik pintu turut merasai penderitaan yang dialami oleh Iris. Amani sedar bahawa dia turut bersalah dalam hal ini kerana menghalang anak gadisnya dari mencintai Emir Naim . Dia cuma mahukan anak gadisnya itu tidak lalai dalam pelajaran itu sahaja bukan apa .
TERIMA KASIH KERANA BACA<3 JANGAN LUPA VOTE + COMMENT ☹️
SAD OR HAPPY ENDING HSHS😗OR PATUT KE SAYA BUAT DUA ENDING ?
BTW TAK NAK UCAP TAHNIAH KE UNTUK PERNIKAHAN EMIR NAIM NANTI 😙
YOU ARE READING
[𝐂] 𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 |
Short StoryS H O R T S TO R Y Ini bukan kisah dari benci jadi cinta mahupun dari cinta menjadi benci.Bukan juga kisah kahwin paksa ataupun kisah cinta yang romantis. Ini hanyalah sebuah kisah perjuangan Iris dalam mengejar cinta milik Cikgu Naim. "Dalam per...