"Okey semua aktiviti harini adalah cabut rumput Padang sekolah "
Cikgu Khaleda menyampaikan aktiviti yang membuatkan aku rasa lebih baik jangan bagitahu terus !
"Hhhh" Terdengar keluhan respon dari kumpulan lain
"Sabar - sabar jangan mengeluh alah saya nak bergurau sikit tak boleh...Harini kita akan ada program motivasi yang disampaikan oleh ustaz Azhar di dewan sekolah ya "
"Hhh" Sekali lagi aku mendengar keluhan para pelajar sekolah aku tak ada bajet ke apa? Rasanya duit PIBG dah bagi setiap tahun . Duit sumbangan semua tu lesap mana kalau buat program mesti ceramah macam ni .
Jangan kecam ya tunggu habis cerita dulu...
For your information , ustaz Azhar bukan berceramah tentang agama tapi tentang ceramah sumbangan sekolah .Setiap tahun topik sama sahaja sampai aku boleh menghafal apa isi kandungan ceramahnya nanti .
.
.
.Akhirnya ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar tamat dan kami dibenarkan berehat sehingga pukul 4 .
Sebelum itu, kami makan tengahari nasi putih berlakukan ayam masak merah dan sayur goreng yang dimasak oleh pihak guru .
"Puteri ..."
Panggil aku kepada Puteri dan Adilah yang sedang membawa Sepinggan makanan tengahari"Asal?"
"Tukar ayam boleh aku nak peha "
"Macam - macamla kau ni nah aku ambik isi " Huluran peha oleh Puteri aku ambil lalu letak dalam pinggan lalu isi aku berikan kepada puteri .
-
Aktiviti petang pada harini agak menyeronokkan kerana kami harus menjalankan aktiviti ini bersama guru dan kumpulan dan kumpulan yang mendapat mata tertinggi bakal mendapat hadiah .Aktiviti pertama ialah bola tampar , aku mewakili kumpulan bersama cikgu Emir Naim .
"Buat yang terbaik untuk kumpulan kita " Pesan Emir Naim kepada aku , Puteri , Irfan dan Alif
Kami saling bertanding bahu menumpaskan pihak lawan yang masing - masing hebat .
Tiba saat bola ingin dipaskan ke kumpulan kami cikgu Emir menyambut lalu menghantar ke aku namun aku terlambat menghantar tamparan bola menyebabkan bola terlebih dahulu terkena muka aku
"Irisss" jerit Emir Naim kepada aku
"Aduhhh" Aku terduduk sambil mengelap sedikit bibir yang berdarah.Emir Naim menghampiriku dan membawaku keluar gelanggang manakala Haziq dan Puteri disuruh menggantikan aku dan Cikgu Emir Naim bagi meneruskan permainan .
"Awak okey tak Iris?" Sebut Emir Naim secara lembut . Kerisauannya membuatkan aku terdiam seketika .
Layanannya lain dari Cikgu Emir Naim yang aku kenali .Seketika aku melayani perasaanku sehingga aku terlupa sebentar bibir aku masih berdarah malah darah masih keluar .
"Iriss ...dengar tak?"
"Sa saya dengar cikgu"
"Awak ikut saya sekejap dekat dekat khemah guru saya nak ambik First aid ..Dina teman "
"Baiik cikgu" Sahut Dina yang mengekori kami dari belakang .
-
"Perlahan la sikit cikgu ""Iyala saya buat perlahan la ni tahan sikit"bebel dia sambil meletakkan ais batu untuk meredakan darah .Sambil itu dia mengambil ubat sapu berwarna putih lalu mencoletkan di jari lalu disapukan di bibir aku .
'sabar Iris sabar, masyaallah kotor otak aku'
Sentuhan demi sentuhan dari kulit halusnya itu membuatkan aku tersenyum . Raut wajahnya , hidung mancungnya , keningnya , alis matanya semua cukup membuatkan dia nampak sempurna dimataku .
"Okey siap " Emir Naim menyimpan kembali krim putih itu di dalam kotak .
Aik sekejap nya cuba lama sikit sapu krim heshh .
Tapi tidak mengapa lah layanannya itu sudah cukup membuat aku gila cinta hanya kerana Emir Naim seorang . Ya dia seorang .
-
Emir Naim pov,
Hatinya dari tadi gelisah semacam , tenungan mata Iris membuatnya tenang seketika . Dia sedar Iris memerhatikan nya namun entah kenapa dia suka dengan tenungan itu.Hati nya dihantui pelbagai pertanyaan semua ini. Dia Cuba mengusir semua pertanyaan itu .Dia tidak mahu sejarah berulang .Dia sudah bosan disakiti oleh gadis yang tidak menghargai cintanya . Dia harus membina tembok rasa itu .
Tembok yang memisahkan rasa itu
kerana sakitnya mencintai
Tidak sesakit sakitnya dilukaiTiga tahun dia cuba melupakan bekas kekasihnya Sarah .
Tiga tahun dia menjarakkan dirinya daripada dijejaki rasa cinta
Tiga tahun dia cuba berubah dan membenci perempuan .
Hanya kerana seorang perempuan bernama Sarah hati Emir Naim kini dikunci .
Biarlah hidupnya sepi tak berteman, kerana pengalaman mengajarnya erti cinta . Mengajarnya supaya lari dari perasaan itu.
Ya dia menghukum rasa itu sendiri ,
Tapi itu bukan salah dia kerana
Dia juga tersakiti.Andai rasa itu hadir sendiri , dia ingin melihat sejauh mana ketulusan cinta itu mampu pergi . Mampu meruntuhkan tembok cinta Emir Naim .
Double update ! Jangan lupa vote comment untuk membuatkan saya bersemangat lagi nak update ya ! ❤️

ANDA SEDANG MEMBACA
[𝐂] 𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 |
Short StoryS H O R T S TO R Y Ini bukan kisah dari benci jadi cinta mahupun dari cinta menjadi benci.Bukan juga kisah kahwin paksa ataupun kisah cinta yang romantis. Ini hanyalah sebuah kisah perjuangan Iris dalam mengejar cinta milik Cikgu Naim. "Dalam per...