"Sudah la tu nangis , kalau kau sayang cikgu kau takkan mengalah tapi kau kena berusaha! Buktikan dekat cikgu engkau boleh Iris ..."
"Tapi effort selama ni tak berbaloi... Aku dah penat kebalkan muka aku terhegeh-hegeh dekat dia tapi dia tak hargaiiii..Huwarghhhhh"
Iris menghamburkan tangisannya manakala Alissa hanya mampu mengeleng kepala . Aku tahu kau kuat Iris !
"Show him ! Kadang-kadang kita kalau nak capai sesuatu Kena ada usaha. Kalau kau nak tunggu cikgu sendiri pergi dekat kau memang tak la ! "
"Aku cuba dan kau kena jadi sokongan aku "
-
Emir Naim berjalan beriringan bersama Sarah Atifah . Sarah memaniskan mukanya dihadapan Emir Naim . Raut wajahnya yang pucat cuba disembunyikan dari kelihatan . Namun , ini semua tidak lama sehingga lah dirinya terjelopok pengsan dihadapan Emir Naim .
"Sarahhh! Sarahhh kenapa ni?" Emir Naim yang risau dengan gadis itu menepuk pipi Sarah namun tiada tanda-tanda gadis itu akan bangun . Dia tiada pilihan lain selain mengangkat Sarah memasuki kenderaanya menuju ke hospital .
"Bertahan Sarah.."
-
Matanya Cuba dicelikkan . Tangannya yang dicucuk iv drip diperhatikan nya . Bauan ubat menyesakkan hidungnya membuatkan dirinya hendak mual . Dia berada di hospital? Dan Emir Naim turut ada?
"Syukurlah Sarah dah sedar .." Emir Naim cuba memaniskan wajahnya dihadapan gadis itu walaupun hatinya tidak kuat setelah menerima berita yang disampaikan doktor tadi
"Sarah macam mana? Dia dah sedar?"
"Bertenang encik , Cik Sarah masih belum sedar . Cuma saya ada berita yang kurang baik untuk disampaikan"
"Be..berita apaaa?"
"Cik Sarah menghidap kanser hati stage kedua . Menurut fail maklumat yang saya dapat , cik Sarah sudah lama menghidap penyakit ini sejak 3 tahun yang lalu . " Ujar doktor bernama Najwa itu dengan tenang namun terselit sedikit kesedihan melihat gadis secantik Sarah itu menanggung sakit yang parah ini .
"Allahu Akbar " Naim meraupkan wajahnya. Air mata yang mengalir Cuba ditepis kasar .Jadi selama ini , Sarah menyorokkan penyakitnya itu darinya? Selama tiga tahun dia menyorokkan kesakitan nya? Kuat nya gadis bernama Sarah Atifah itu .Dia pula berasa kesal kerana menuduh Sarah pergi selama tiga tahun itu untuk mencari kebahagiaannya sendiri sedangkan Sarah berjuang melawan sakitnya itu . Kejamnya aku .
"Awak dah tau Naim?"Soal Sarah dengan lemah
"Kenapa awak rahsiakan semua ni dari saya Sarah?"
"Sebab saya tak nak awak menderita diatas sakit saya. Waktu tu , saya sendiri tak boleh terima ..saya.. saya rasa saya tak layak untuk awak sebab itu saya tinggalkan awak"
Sarah senyum walaupun dirinya tidak kuat saat ini. Dia tidak mahu kelihatan lemah dihadapan Naim . Dia mencintai Naim dan sekarang dia cuma mahu menghabiskan sisa akhir hidupnya bersama Naim sahaja . Kerana hanya Naim sumber kekuatan nya sekarang ini selepas kematian kedua ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya 5 tahun lepas .
"Saya sayang awak Naim" Sarah mengharapkan balasan yang sama dari Naim
"Saya...saya sayang awak juga Sarah" Emir Naim membalas ucapan Sarah walaupun hatinya sendiri tidak tahu apa perasaan nya sekarang ini terhadap Sarah .
I'm sorry
-
"Cikgu Emir dan Cikgu Sarah ada apa-apa ke kak Da saya tengok dah macam kekasih sweet betul "
"Tapi kalau cikgu Naim dengan Sarah ada apa-apa pun apa salahnya , dua dua single . Saya suka tengok mereka dah macam pasangan kekasih sejati gitu "
Iris tidak jadi ingin menghantar buku latihan sebaik sahaja telinga nya tidak sengaja terdengar perbualan antara cikgu Khaleeda dan Cikgu Maria . Panas sahaja telinga nya sekarang ini .
Mata coklatnya menangkap pandangan mata milik Emir Naim . Namun , Emir Naim hanya mengalihkan pandangannya terhadap buku yang ingin ditandanya . Dupdapdupdap sahaja jantung dia bergetar selari dengan debaran yang dirasa hatinya saat ini .
Iris membuat hatinya dilanda badai cinta yang berterusan .
-
"Balik nanti saya hantar awak okey" Pesan Emir Naim kepada Sarah sebaik sahaja dia bergegas memasuki bilik guru lelaki."Orait" Pendek sahaja balasan dari Sarah lalu kakinya menapak ke hadapan menuju ke kelas nya iatu 5 Diamond.
-
"Okey sebanyak ini sahaja latihan awak harini .Make sure siap sebab saya nak check esok okey?""Baikla cikgu"
"Ah Iris saya nak minta tolong saya nanti sebelum balik boleh?"
"Boleh sahaja Cikgu"Angguk Iris bersetuju dengan ajakan cikgu Sarah .
-
Trofi lama yang tidak disentuh itu dilap menggunakan kain bersih lalu diletakkan di atas rak yang tersimpan pelbagai trofi kemenangan itu . Iris mengajak Alissa untuk menemaninya membersihkan bilik pameran sekolah ini yang sudah lama tidak dibersihkan .Oleh kerana nazir sekolah ingin melawat esok jadi terpaksa la mereka ditugaskan oleh Cikgu Sarah untuk mengemas serta membersihkan bilik pameran ini . Maklumlah sekolahnya menjadi pilihan nazir untuk dilawat tahun ini jadi semestinya Iris harus membuatkan bilik pameran sekolah ini kelihatan cantik dan megah dengan ribuan trofi kemenangan yang disusun .Cikgu Sarah?
Dia membantu menyimpan piala yang tidak terpakai kedalam kotak . Sementara itu , cikgu Emir juga ada di dalam bilik tersebut untuk membantu cikgu Sarah . Katanya "cikgu Sarah tak boleh kerja banyak-banyak biar saya bantu nanti sakit "Nyenyenyenye ada Iris kisah?
"Iris kotak ni tolong angkat simpan dekat bawah meja tu ya" pesan cikgu Sarah
"Oh oke cikgu"Iris menangkap kotak yang agak berat itu lalu secara berhati-hati dia berjalan perlahan menuju ke meja itu .
'Bushhh'
Kotak yang dipegangnya terjatuh menimbunkan barang-barang piala lama di dalamnya terkena di atas kaki Iris ."Aduhh " Emir Naim yang mendengar bunyi seperti orang meringis kesakitan terus bergegas ke arah Iris yang berada di dalam bilik stor .
"Kenapa ni Iris? "
"Ah , saya terjatuh kan kotak piala pastu piala terkena kaki saya" kata Iris sambil menunjukkan kearah kakinya yang sedikit luka akibat bucu piala tajam itu .
Emir Naim mengambil kotak first aid yang tergantung di dinding bilik pameran itu lalu dicari ubat gamat .
-
"Terima kasih Cikgu" ucap Iris riang sambil matanya tidak berhenti melihat mata indah milik Emir Naim
Sarah hanya kamu disitu melihat pandangan Iris yang sukar ditafsirkan oleh akal fikirannya. Iris suka Naim?
"Sama-sama, lainkali hati-hati jangan angkat kotak berat lainkali" pesan Naim terhadap gadis itu menyuruhnya supaya lebih berhati-hati namun tangannya secara tidak sengaja tersentuh tangan mulus milik Iris.
"Maafkan saya , Sarah jom balik"
"Erk jom" Sarah yang pegun disitu hanya mengekori langkah Naim di belakang."Sorry cikgu" Iris mengejar
langkah kaki Emir Naim yang mula menjauh itu .Sentuhan itu mengahadirkan satu rasa yang indah buat gadis itu ,
Tanpa dia sedari satu hati menanti tentang harapan yang belum pasti...
Iris itu silap kerana terjerumus ke dalam dunia hati Naim yang banyak dugaan .
Jika dia cinta , dia harus kuat menghadapi
Jika rasa tidak kuat , pergi sebelum sakit itu makin mendekat.
Kerana kamu tak akan tahu betapa kuatnya hati Iris mengharapkan perasaan ini .
[Wattpad trailer (dear cikgu<3)]
Keep support , comment & vote ya !
YOU ARE READING
[𝐂] 𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 |
Short StoryS H O R T S TO R Y Ini bukan kisah dari benci jadi cinta mahupun dari cinta menjadi benci.Bukan juga kisah kahwin paksa ataupun kisah cinta yang romantis. Ini hanyalah sebuah kisah perjuangan Iris dalam mengejar cinta milik Cikgu Naim. "Dalam per...