chapter 3

1.1K 81 49
                                    

Suasana di dalam kelas amat bising kerana guru - guru terpaksa menghadiri mensyuarat tahunan .Mahu harapkan ketua kelas menjaga keamanan kelas?Ahmad Haziq sendiri join mereka membuat konsert inikah pula nak jaga kelas hampeh  la jawabnya .

"Alissa teman aku pergi toilet please"

"Okey jum" Lancar sahaja kalau bab pergi ke tandas siap bawa cermin bagai .Cuba ajak bab belajar ni otak loading bukan main macam .

.
.
.
.

Baru sahaja kami ingin keluar dari tandas , rezeki menemukan aku dan dia .Siapa lagi jikalau bukan Cikgu Emir Naim .

Yang nak digelakkannya dalam banyak - banyak tempat depan pintu tandas ni juga la nak bertembung .

"Hai cikgu"
"Hm hai"

Balas Naim bersahaja sebelum pergi meninggalkan Iris dan Alissa dibelakangnya .

Hampeh!

.
.
.
.
.
.

"Iriss mari sini kejap"Baru sahaja aku dan Alissa ingin masuk ke kelas kami dipanggil cikgu disiplin iatu Cikgu Suhaiza . Apa pula kesalahan dia ?Rasanya dia tidak melakukan kesalahan setakat ni melainkan.... Kesalahan terjatuh hati pada Cikgu Naim . Tetapi itu tidak dikira kesalahan itu hanyalah perasaan yang datang dengan tiba-tiba .

"Tolong cikgu agihkan surat ni dekat semua kelas tingkatan 5 dan borang ni Alissa agihkan juga cakap hantar selewatnya hari Rabu ni faham?"

"Faham cikgu" dengan keadaan terpaksa aku dan Alissa menyambut huluran dari cikgu Suhaiza. Borang yang amat berat itu aku lihat tiada yang menarik cuma tertulis 'KEM REMAJA TINGKATAN 5' serta nama cikgu Naim juga ada sebagai penyelaras Kem. Eh kejap!cikgu Naim?Tak salah baca kan?
Peluang boekk ni Iris jangan siakan

This is not a dream, Iris.
Opportunity will not always exist unless you are looking for it
And when the opportunity comes, use it properly Iris
And an Iris will not waste that opportunity....
Yeah......kata hati Iris

.
.
.
.
.
.
.
.
.

" Tak boleh Iris , berapa kali ibu nak pesan Iris tak boleh join Kem tu lagipun tak diwajibkan pun kan?"

"Ibu can i ?can i ?please ...Iris janji Iris takkan buat hal bila masuk kem tu nanti , Iris takkan susahkan ibu , takkan merungut lagipun Kem tu bagus apa ibu "

"Memanglah bagus tapi time ibu minta tolong basuh pinggan Iris dekat mana ?Baru je ibu panggil dah lesap ..Belum lagi masuk kem tu ..kena berdikari la ..Iris tak ingat ke dulu waktu tingkatan tiga Iris nak balik waktu ibu hantar masuk kem sebab kena tidur dalam khemah ? Iris nak ke tidur?"

"Ibu...Iris tahu sebenarnya ibu tak nak berpisah dengan Iris kan ...Iris tahu ibu sayang Iris tapi Iris dah besar dah sampai masa Iris nak berdikari walaupun cuma bermalam 3 hari di sekolah ibu still tak benarkan ? Kalau ibu tak benarkan tak pe ..Redha dan restu seorang ibu tu penting kalau ibu tak bagi jadi Iris tak boleh pergi sebab Iris nak restu ibu selalu disamping Iris supaya perjalanan hidup Iris dirahmati..Ibu tahu kan Iris sayang ibu"

"Anak ibu dah besar dah sayang , Iris sayang ibu benarkan cuma bila masuk kem nanti jaga perangai Iris sebagai wanita , jaga batas dan aurat sebab ibu tak ada nak jaga Iris nanti ...Ingat Iris ibu sentiasa merestui Perjalanan Iris .Yang penting buat yang terbaik untuk SPM ibu nak impian arwah ayah tercapai dia nak sangat tengok anak perempuan dia masuk universiti dan ibu percaya Iris mampu "

"Jadi ibu benarkan lah Iris pergi?"soal gadis itu ragu - ragu namun menyimpan senyumannya menunggu Jawapan yang dinantikan

"Erm tak."

Krackk , kreck , kruck , krock

Cuba cakap apa fungsi dia buat ayat air mata bagai tadi demi memujuk ibunya kalau Jawapan 'tak' . Can't believe it

"Takpe Iris okey , selamat malam ibu"

Terasa hampa Iris apabila menerima jawapan itu malah borang kebenaran yang ingin diberikan kepada ibunya itu tidak jadi dikeluarkan .

Kakinya mula menaiki tangga satu persatu menuju ke bilik tidur .

Sebaik sahaja pintu dibuka borang itu diletakkan di sebelah katil . It's okey .

"Goodnight everyone"

Matanya layu menunjukkan bahawa dia sudah bersedia melayari bahtera mimpi yang indah .
.
.
.
.
Sebaik sahaja melihat gadis itu benar - benar sudah tidur , dia mengambil kertas itu .Ditilip kertas itu sebelum pen ditangannya diturunkan bagi menandatangani borang kebenaran itu.Puan Adilah tersenyum melihat Iris yang tidur lena itu . Dia tahu Iris berita sangat mahu masuk kem itu , entah apa yang seronok sangat tentang Kem itu pun dia tidak tahu sampai begitu beriya Iris meminta kebenaran nya .

"Iris iris..."
Puan Adilah mencium dahi puterinya itu sebelum keluar dari bilik tidur Iris.Tombol pintu ditutup perlahan supaya tidak menyedarkan gadis itu .
.
.
.
.
.
"Ibuuuuuuuuuuu terima kasih Iris sayang ibuu " Iris pantas mendekati ibunya sambil memeluk dari belakang

"Opocot mati nasi aku  .. astagfirullah haalzim Iris boleh tak jangan terkejutkan ibu buat breakfast ni aduhai anak dara Sorang ni "

"Sorry ibu....terima kasih ibu sebab benarkan Iris masuk kem tu hehe"

"Hmm sama sama tapi ini nak tahu jugak kenapa kamu beria sangat nak masuk? Selama ni Kem lain tak pernah pulak ibu dengar kamu nak masuk? "

Dirinya kembali melontarkan sengih ketika ditanya soalan sakatatul maut itu

"Ala ni kan tahun last Iris sekolah so Iris nak buat yang sungguh- sungguh la hm " Mata nya cuba dikerdipkan untuk mengalihkan perhatian ibunya .

"Yeke?"

"Betuila ibuuu wangi nasi lemak ibu"

"Habis selama ni ibu buat nasi lemak hangit?"

"Aish mana ada ibu ni ...." Faktanya memang ia benar nasi lemak Puan Amani memang selalu hangit disebabkan itu dia lagi gemar nasi lemak kantin but it's okey la ada peningkatan nasi lemak ibunya makin hari makin sedap...

╭── ⋅ ⋅ ── ✩ ── ⋅ ⋅ ──╮
   B E R S A M B U N G
╰── ⋅ ⋅ ── ✩ ── ⋅ ⋅ ──╯
Hye thanks for yang masih setia baca buku kelalut ni ha ..Btw nk inform trailer Dear Cikgu dah siap sepenuhnya Cuma tunggu up dekat yt sahaja ...Bila nk up yt tu bila chapter ni dah mencapai chapter 8 ... Buku ni just short story so pendek sahaja chapter maybe bawah 20 chapter kot....

[𝐂] 𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 |Where stories live. Discover now