chapter 10

1K 81 3
                                    

"Dia tidak menyakitimu , kamu tersakiti oleh harapanmu sendiri"
-Iris Arissa

Kopi latte di meja dicapai sambil menghirupnya dengan penuh keashikan . Sudah hampir lima belas minit lelaki tua itu menunggu namun orang yang ingin ditemui masih belum memunculkan diri .

"Sorry Naim lambat tadi jalan jem "

"Duduklah Abah ada perkara yang ingin dibincangkan dengan kamu"

"Apa yang abah nak bincang nampak macam penting je?"

"Masa depan kamu.Abah nak kamu kahwin dengan Cikgu Sarah"

Tenang Haji Safawi bertutur kata mengeluarkan hasrat hatinya . Dia tahu Sarah Atifah lah yang paling sesuai buat Emir Naim . Semestinya.Itu tekadnya sebagai seorang bapa yang menginginkan anaknya bahagia bersama pilihannya.

"Tapi , Naim .. tak cintakan Sarah lagipun Sarah tu masa lalu Naim"

"Atau kamu cintakan orang lain?Iris Arissa?"

Emir Naim mendiamkan diri. Tidak mampu berkata-kata mendengar apa yang diluahkan lelaki tua itu . Bagaimana Haji Safawi mengetahui perihal itu ?

"Satu sekolah dah riuh yang pasal kamu dengan Iris, Naim! kamu sedar tak yang kamu cinta tu masih belajar Naim! Abah nak kamu kahwin dengan Cikgu Sarah . " Seusai itu Haji Safawi menghabiskan sisa kopi latte yang tersisa lalu pergi meninggalkan Emir Naim yang terlalu disitu .

Sarah Atifah terus menyorokkan diri di sebalik dinding Cafe sebaik saja terdengar perbualan antara Haji Safawi dan Emir Naim . Jadi selama ini hanya dia yang beria mencintai Naim . Patutla bila disoal tentang hati Naim padanya hanya mendiamkan diri . Rupanya ini jawapannya .

Sakitnya hati dia selama ini mengenangkan perasaan nya yang tidak pernah dibalas . Naim pula hanya dekat padanya hanya kerana penyakit nya itu yang bila-bila masa boleh mati .

"Awak bertuah Iris , dia sayang awak "
_

Iris membungkus bungkusan itu dengan cermat . Kad ucapan yang siap ditulisnya dilekatkan bersama hadiah yang ingin diberinya nanti . Itu adalah hadiah hari guru buat Emir Naim . Susah payah Iris mencari baju kemeja itu. Harap padan la dengan saiz badan cikgu Naim kerana dia hanya teka-teka sahaja soal saiz baju kemeja itu .

"Iris kamu buat apa tu?"
Soalnya melihatkan apa yang sedang dilakukan puterinya itu .

"Hadiah hari cikgu la"

Iris memberikan hadiah kepada Amani namun terlupa  untuk menyorokkan kad ucapan itu sebelum hadiah itu jatuh ke tangan Amani .
Amani memegang bungkusan itu lalu dibuka kad ucapan itu dengan berhati-hati takut terkoyak .

'selamat hari cikgu , saya cintakan cikgu Naim dan saya harap cikgu Naim pun ada perasaan sama seperti saya , penat saya cari hadiah yang sesuai buat cikgu nanti cikgu pakai tau '

"Irisss!"
Tempik Amani dengan kuat jelas memarahi anaknya itu .

"Kamu ni dah kenapa jadi gatal sangat?! Kamu pergi sekolah nak mengorat ke belajar Iris Arissa ? Jawab!"

"I-Irisss , suka  cikgu Naim . Salah ke?"

"Memang salah! dia cikgu kamu tolonglah hormat ."

"Iris nak kahwin dengan Cikgu Naim bila habis sekolah nanti " Laju ayat itu melungsur keluar dari bibir Iris saat itu .

"Iris kamu dah buang tabiat ke apa nak berkahwin dengan cikgu sendiri?Tolong berfikir rasional masa depan kamu tu penting !"

"Tapi Iris cintakan dia.."

"Kamu ingat cikgu kamu heran dengan cinta tak kesampaian kamu tu? Jangan terlalu beria Iris kamu yang terluka nanti "

"Sebab Iris tahu , harapan Iris akan tercapai satu hari nanti .. walau mungkin Iris disakiti oleh harapan sendiri" Perlahan Iris menuturkan kata yang perit itu .

TBC

PENDEK JE SEBAB IDEA HILANG ;) SORRY FOR LATE UPDATE . JANGAN LUPA KOMEN + VOTE UNTUK UNLOCK CHAPTER YANG AKAN DATANG . SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU KARYA SAYA YANG TAK SEBERAPA NI ADA LA JUGA YANG SUDI BACA;) BTW YANG MANA BELUM TGOK TRAILER DEAR CIKGU BOLEH TGOK DULU TAU :))
TERIMA KASIH YANG SUDI BACA STORY NI DARI DULU SAMPAI SEKARANG ❤️ SAYA NAK AKHIRI STORY NI SECEPAT MUNGKIN TAPI SELALU TAKDE IDEA HASHSH;) BTW SORRY TAU STORY NI MAKIN MELALUT PULAK

[𝐂] 𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 |Where stories live. Discover now