"Naim , awak betul ke nak kahwin dengan saya ? "
"Sa-saya..."
Dia tidak mampu menjawab soalan itu . Cukuplah dia sakitkan hati Iris dia tidak mahu menyakiti hati wanita lain pula . Akhirnya dia hanya memutuskan untuk berdiam diri .
"Awak cintakan Iris bukan ? Kenapa awak tak perjuangkan cinta awak dengan Iris ? "
Naim terkedu . Bagaimana Sarah boleh tahu ?
"Saya redha , kalau saya bukan pilihan awak tapi saya takut saya terseksa sepanjang perkahwinan kita nanti kerana hati awak hanya untuk Iris. Naim... Cinta awak dengan Iris lebih hebat berbanding cinta kita yang dahulu "
"Tapi-awak sakit dan perlukan seseorang untuk jaga awak"
"Jadi awak nak kahwin dengan saya semata-mata sakit saya ni ? Saya tak perlulah kasihan Naim.Kalau awak sayang dia , awak akan lakukan apa sahaja untuk baiki keadaan bukan ? "
Emir Naim memikir sejenak sebelum mengangguk perlahan . Benar apa yang diperkatakan Sarah jika dia mencintai Iris sepatutnya dia memperjuangkan hatinya buat Iris bukan makin mengecewakan hati Iris sekejam itu . Baru lah sekarang ini dia sedar bahawa dia ego sebenarnya .
"Dia perlukan awak pergi la "
***
"Betul ni tak nak ibu hantar?""Ye tak perlu , ibu jaga diri baik-baik ya . Iris sayang ibu sangat-sangat .Abang Iq jaga ibu tau "
"Ye aku tau , yang kau nak berdrama depan rumah ni dah kenapa padahal kau nak pergi hantar cake dekat rumah kawan kau je pun "
"Biarlah sebok je dia ni "
Iris menjeling sekilas sebelum tangannya mencapai helmet . Sejurus selepas ituTangannya melambai kearah Iqmal dan Amani .
Terima kasih untuk segalanya ;
***
"Cikgu Naim , cikgu..."Dia berbisik perlahan di telinga Emir Naim
"Iris?macam mana awak.."
"Terima kasih untuk hati cikgu yang saya curi selama ini , saya sedia lepaskannya kembali "
"Ta-tapi Iris.. saya"
"Saya kena pergi cikgu . Saya tak layak untuk cikgu . Jaga diri cikgu "
Cahaya putih yang tadinya terang beransur-ansur pergi bersama bayangan Iris .
"Iris , saya rindu awak"
Emir Naim yang tadinya dihanyut dalam lamunan terus tersedar lalu dia mencari sesuatu di dalam laci . Akhirnya dia menjumpainya . Dia meneliti gambar gadis itu . Itu ialah Iris . Gambar yang dia sempat tangkap secara senyap-senyap tanpa pengetahuannya .
Emir Naim mencapai kunci di atas meja lalu bergegas menuju ke garaj kereta . Dia harus bertemu Iris . Dia harus menjelaskan segalanya kepada Iris termasuk perasaan nya itu .
Nombor seseorang didail lalu punat hijau ditekan . Sambil menunggu panggilan diangkat dia memberhentikan keretanya di bahu jalan.
"Hello Iq kan?"
"Ye aku "
"Boleh aku jumpa Iris?"
Senyap.
"Kenapa senyap Iq? "
"Kau betul nak jumpa adik aku?" Iqmal menyoal Naim
"Ye aku kena jumpa dia tolonglah aku Iq "
"Datang rumah aku nanti aku share location " Panggilan ditamatkan terlebih dahulu oleh Iqmal sebelum Emir Naim memandu keretanya menuju ke alamat yang diberi oleh Iqmal .
***
"Assalamualaikum""Waalaikumussalam masuklah" Amani menjemput Emir Naim masuk
"Boleh saya bertemu Iris ?"
"Iris tiada disini kalau Naim nak bertemu Iris ikut aunty sekejap nanti kita jumpa Iris "
Surah Yassin itu diberikan kepada Emir Naim . Hatinya mula dilanda gelisah . Iqmal pula hanya senyap tanpa sebarang suara . Dia menahan diri dari mengeluarkan titisan air mata . Dia harus kuat demi Iris .
"Ye tak perlu , ibu jaga diri baik-baik ya . Iris sayang ibu sangat-sangat .Abang Iq jaga ibu tau "
IQMAL NAK BUAT APA YE DENGAN SURAH YASSIN TU ? 😗JANGAN LUPA VOTE + COMMENT UNTUK UNLOCK DOUBLE LAST CHAPTER <3
CUKUP 30 VOTE +30 COMMENT SAYA UPDATE OKEH<3
YOU ARE READING
[𝐂] 𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 |
Short StoryS H O R T S TO R Y Ini bukan kisah dari benci jadi cinta mahupun dari cinta menjadi benci.Bukan juga kisah kahwin paksa ataupun kisah cinta yang romantis. Ini hanyalah sebuah kisah perjuangan Iris dalam mengejar cinta milik Cikgu Naim. "Dalam per...