'Aku tidak pernah berhenti mencintaimu , hanya aku sahaja berhenti menunjukkannya '
"Cikgu tunggu saya dulu " Iris mengejar langkah Emir Naim yang semakin jauh .
"Awak dah kenapa Iris!"
"Kenapa lately cikgu ashik mengelak kalau jumpa saya?"
"Tak ada sebab . Saya pergi dulu"
"Saya cintakan cikgu Emir Naim " Tempik Iris membuatkan keadaan di dataran ilmu yang bising dengan suara pelajar tadi mula sunyi menfokuskan kearah mereka berdua .
"Lupakan cinta awak Iris .. Lupakan saya.Jangan kejarkan cinta saya yang belum pasti Iris " Rayu Naim terhadap Iris
"Dalam perjuangan mengejar cinta tak boleh ada putus asa dan saya takkan berpatah balik"
"Dalam perjuangan saya lari dari cinta ,saya takkan berpaling pada cinta awak Iris"Emir Naim meninggalkan Iris Arissa yang masih kaku di situ .
"Saya takkan give up cikgu Naim!"
"Saya suka cikgu!i love u cikgu Naim!"
"Saya cinta cikgu !saranghae cikgu Naim!"
Emir Naim memekakkan telinganya . Keadaan yang tenang tadi terus bertukar bising seperti sediakala .
-
Keadaan mula sunyi diantara Naim dan Sarah . Akhirnya mereka memutuskan untuk sambung makan sahaja dari mengeluarkan sebarang suara ."Naim , awak sukakan Iris?" Soal Sarah sambil menunggu jawapan yang dia mahukan dari Naim .
"Eh mana ada" Naim yang panik cuba mengawal ekspresi mukanya agar kelihatan biasa sahaja
Naim menafikan sedangkan dihatinya sekarang ini cuma dia yang merasai debaran itu manakala Sarah pula sudah agak apa jawapan sebenar yang berada di hati Naim itu .
***
Alissa dan Iris mengeluh perlahan . Tinggal berbaki dua minggu sahaja lagi sebelum mereka menghadapi Peperiksaan SPM. Kali ini tiada lagi gurauan yang selalu mereka guraukan.Mereka hanya fokus pada buku teks dan nota yang dicatat sepanjang tiga minggu itu .Iris dan Alissa akan pulang lewat dari sekolah iaitu sekitar pukul 4 petang kerana sibuk belajar bersama di library sekolah.Bukan mereka tidak boleh belajar bersama di rumah tetapi di library lebih banyak bahan bacaan yang boleh dicari."Jumpa esok tau " Alissa melambaikan tangannya kearah Iris .
"Ye..jumpa esok"
Iris mengemas semula buku-buku yang dipinjam . Pen yang bertaburan dikutip lalu diletakkan kembali ke dalam pencil case . Suis aircond ditutup sebelum pintu library dikunci .
Baru sahaja dia ingin menghantar kunci library kepada guard , Iris secara tidak sengaja terlihat cikgu Sarah dalam keadaan yang agak pelik atau lebih tepat ingin pengsan. Laju sahaja kaki nya diatur ke kenderaan cikgu Sarah .
Sarah memegang kepalanya yang makin berpinar-pinar. Pandangannya yang semakin gelap dan kabur membuatkan badannya seakan lemah membuka pintu kereta . Dan untuk kedua kalinya,Semuanya gelap.
"Cikgu Sarah bangun! Somebody help!" Iris berteriak memanggil pertolongan sekiranya ada yang mendengar teriakannya itu sudah cukup baik .
Nasib menyebelahinya apabila Naim lalu di koridor pada ketika itu. Lalu dengan segera Naim segera menghampiri Sarah .
"Sarah , wake up please" Beberapa kali pipi Sarah ditepuk lembut sambil mempamerkan wajah risau, namun masih sahaja dia tidak menyedarkan diri . Wajah kerisauan diwajah Naim Sudah cukup membuktikan Iris bahawa Naim mencintai Sarah .
"Iris tolong saya angkat cikgu Sarah"
Iris yang mendengarkan itu segera membantu Naim mengangkat cikgu Sarah .
***
" Macam mana doktor ? She's just fine, right? ""Menurut laporan kesihatan , keadaan cik Sarah berada dalam situasi kritikal yang mana sel kanser cik Sarah sudah pun mencapai tahap 3 " Ujar doktor yang bernama Hadi . Sejurus itu dia pergi meninggalkan Emir Naim dan Iris yang masih menunggu di luar wad hospital .
"Cikgu Sarah...dia ada kanser?" Soal Iris yang masih bingung dengan apa yang terjadi sekarang ini .
"Yes and she used to be my girlfriend "
Sebaris ayat itu sudah meretakkan seribu rasa yang bertandang di hati Iris saat ini .
"Cikgu sayang cikgu Sarah?"
Soal Iris lagi namun dengan suara yang hampa menunjukkan dirinya sudah tiada rasa . Dia sudah tidak larat dengan permainan hati Emir Naim. Rasa ego dihati Emir Naim makin menebal tinggi . Mampukah Iris memecahkan tembok hati itu jika Emir Naim sendiri yang enggan membenarkan tembok itu pecah .
"Sayang dan saya akan bertunang dengan Sarah" Tenang sahaja wajah Emir Naim ketika menyebut ayat itu sedangkan hati Iris ketika ini sedang bertarung dengan perasaan yang semakin sukar dijelaskan .
"saya cinta Cikgu Naim , sangat sangat"
Dia sudah tidak kisah apa anggapan Emir Naim terhadap dia selepas ini . Dia tidak mahu menjadi seperti watak wanita di dalam novel yang sentiasa lemah dimata lelaki . Dia tidak mahu seperti itu . Dia tidak tahu sama ada dia mampu kuat atau tidak tetapi sekurang-kurangnya sudah cukup dia mempertahankan cinta nya buat Emir Naim . Jika cinta nya itu masih juga tidak dihargai maka dia sendiri akan pergi .
"Saya dah nak bertunang , move on dan tolong lupakan saya"
Baiklah jika itu apa yang Emir Naim inginkan maka dia juga akan melakukan hal yang sama . Melupakan Emir Naim seperti mana sebelum ini dia tidak pernah mengenali Emir Naim .
" Saya ... Akan lupakan cikgu "
Mutiara jernih jatuh dari kelopak matanya disapu dengan kasar . Beg sekolah dicapai sebelum kakinya diatur pergi dari wad hospital itu . Apa yang dia lakukan ini semua benar bukan ? Dia hanya menuruti kemahuan Emir Naim . Jika ini kebahagiaan buat Naim maka dia juga akan bahagia buat Emir Naim.
TQ FOR YOUR SUPPORT . DON'T FORGET TO VOTE + COMMENT :3
MAHU SAD OR HAPPY ENDING HSHS?
YOU ARE READING
[𝐂] 𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 |
Short StoryS H O R T S TO R Y Ini bukan kisah dari benci jadi cinta mahupun dari cinta menjadi benci.Bukan juga kisah kahwin paksa ataupun kisah cinta yang romantis. Ini hanyalah sebuah kisah perjuangan Iris dalam mengejar cinta milik Cikgu Naim. "Dalam per...