Cukuplah dua hari aku bermalam di sekolah menjalani Kem Remaja . Hari ini merupakan hari terakhir aku disini .
Pada sebelah petang nanti kami akan ada sesi bergambar dan penyampaian sijil khas bagi pelajar yang memasuki Kem pada tahun ini .
Baju kurung bewarna kelabu itu aku ambil dari gantungan lalu digandingan bersama shawl hitam . Aku calitkan sikit pelembab bibir bagi menghilangkan kesan lebam di bibir yang terkena bola semalam . Untung sahaja terkena bibir bukan di dahi kalau tidak kesan benjolan memang nampak jelas .
Kasut sekolah aku pakai lalu ditangan aku disertakan beberapa helaian kertas laporan yang harus dihantar kepada guru selepas selesai sahaja majlis penutupan Kem Remaja nanti .
Baru sahaja hendak keluar dari khemah aku terlihat Cikgu Emir Naim yang berdekatan tidak jauh dari lokasi khemah aku berada . Dengan hati yang riang dan ceria aku menuju ke arahnya sambil menghulurkan senyuman .
.
.
."Cikgu terima kasih sebab tolong saya semalam "
"Benda kecil je tu bibir awak dah okey?kenapa still ada kesan lebam bukan ke saya dah pesan dekat Dina letak ais dekat bibir awak ke?"
ujarnya bertalu-talu manakala aku hanya senyum kambing dihadapan nya . Kenapa perangai cikgu lain sangat ni?"Bibir saya dah okey la cikgu...by the way saya minta pergi dulu sebab saya nak hantar laporan dekat cikgu Rusdi"
"Ah okey "
Pemergian Iris disambut dengan senyuman biasa yang dipamerkan . Padahal hati sudah meraup kegelisahan yang bertandang .
.
.
.
Emir Naim pov
Hatinya mula rasa selesa dengan Iris Mungkin kerana dia lebih suka dengan sifat Iris yang bersedehana ini dengan perilaku nya matang berbanding character Iris yang selalu gedik dan manja itu .
Kadang dia pelik Iris ni manusia atau Alien sekejap jadi matang sekejap jadi gedik tapi satu hal yang buatkan dia tertarik pada Iris ialah tarikannya yang tersendiri .kadang - kadang Iris boleh buat dia tersenyum walaupun dengan hanya celoteh buruknya yang tidak berapa menjadi .Eh kejap kenapa dengan kau ni Naim ?
No , no ... Emir Naim forget about it .
.
.
.
Iris pov ,Senyuman yang dipamerkan Emir Naim menggugat imannya mujurla saat itu imannya belum gugur kalau tidak
astagfirullah haalzim.
Baru sahaja dia teringat bahawa dia sudah terlewat untuk ke Dewan untuk menghadiri majlis penutupan .
Cepat-cepat kakinya melangkah menuju ke dewan .Jam di pergelangan tangannya itu menunjukkan pukul 11 pagi maka sepantas kilat yang boleh dia berlari secepat mungkin .
.
.
.
Selesai sudah majlis penutupan , segala barang sudah di packing awal oleh Iris untuk dibawa pulang . Beg beroda itu ditolak Iris sambil matanya mencari kehadiran ibu yang dirindui .
.
.
.
Kereta Nissan Ariya kepunyaan Puan Amani sudah terpacak diparkir dihadapan bus stop sekolah Iris , cuma tuan badan sahaja yang masih belum memunculkan diri ."Ibu.."
Iris segera menuju ke kereta ibunya yang sudah lama berada disitu.Dia bersegera menolak bagasi kepunyaannya ."Rindu ibuuuuuuu" Iris mendepa tangannya sambil bibirnya tidak henti mencium kedua belah pipi ibunya .
"Eeee apa masam-masam cium ibu kalau ye pun rindu sampai rumah nanti mandilah dulu..Haish budak bertuah ni " Bebel Puan Amani sambil matanya mengkerling Iris yang tersipu malu .
.
.
.
.
.
.
Pintu kereta ditutup , Naim membuka kunci rumah. Bau aroma asam pedas yang wangi membuatkan Naim bersegera membuka besi penghadang pintu .Asam pedas yang tersedia di atas meja makan itu ditilip Naim
"Sejak bila Abah pandai masak asam pedas?" Soal dirinya .
"Cik Kalsom bagi , katanya masak lebih " Balas Haji Safawi ayah kepada Naim merangkap pengetua sekolah Naim mengajar .
"Abah ada apa-apa ke dengan Cik Kalsom ? Naim tengok hari-hari Cik Kalsom bagi lauk "
"Mana ada la , orang bagi rezeki tak kan nak tolak apa nanti Cik Kalsom cakap"
"Bukan apa , Cik Kalsom tu janda bah , elok la tu dengan Abah.Lagipun Abah kan single dah lama" Ujar Naim bersahaja
"Banyak la kau Naim , urusan pelajar Kat sekolah abah pun memeningkan kepala ni nak kahwin pulak .Botak kepala la jawabnya "
Geleng Haji Safawi memikirkan nya .
Pelajar di sekolahnya sudah memasuki 1339 orang pada tahun ini .Belum termasuk kakitangan sekolah dan guru-guru lagi , ini disuruh kahwin dengan Kalsom memang tak lepas tangan la jawabnya .
"Naim ...Naim"
TBC
-oky chpater kalini memang hambar ~
YOU ARE READING
[𝐂] 𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 |
Historia CortaS H O R T S TO R Y Ini bukan kisah dari benci jadi cinta mahupun dari cinta menjadi benci.Bukan juga kisah kahwin paksa ataupun kisah cinta yang romantis. Ini hanyalah sebuah kisah perjuangan Iris dalam mengejar cinta milik Cikgu Naim. "Dalam per...