Part 27- Melawat

669 3 0
                                    

Penerbangan mereka akan berlepas dari New York seawal jam 7pagi kerana perjalanannya nanti bukanlah singkat. Clay dan Clad membawa keluarga masing-masing lalu bertemu di lapangan terbang dengan menaiki pesawat peribadi keluarga mereka.

Brad sudah dimaklumkan tentang kedatangan mereka tetapi, Bella tidak tahu menahu akan hal ini. Mereka sengaja mahu memberi kejutan kepada adik kesayangan mereka satu-satunya.

"Hai, Mir" Elena menyapa Miranda sambil berpelukan seraya mendaratkan ciuman di pipi kanan dan kiri Miranda. Begitu juga Miranda melakukan hal yang sama kepada Elena.

"Hello sayang aunty Mir.. rindunya aunty pada Adra. Sini, biar aunty peluk sebentar" Adra berlari anak menghampiri Miranda lalu memeluk tubuh Miranda. Kelakuannya sangat comel.

"Adqa pun windu aunty Mir.. cup!" Ujar Adra dengan pertuturan yang belum cukup betah seraya mencium sekilas pipi gebu Miranda.

"Alo, cayangg..mmmuaaahhh" Miranda mengucup pipi Adra lama sebelum ia melepaskannya. Sudah lama mereka tidak berjumpa, sebab itulah mereka saling merindu.

Yang lain melihat hanya ketawa dengan keletah Adra dan layanan Miranda.

"Nyonya Mir, apa anda sihat?" Sapa Bu Minah kepada Miranda. Dia melihat wajah Miranda sedikit pucat dari biasanya. Mungkin Miranda kurang sihat, fikirnya.

"Ya Bu Minah..Mir sihat saja.. cuma sehari dua ni, Mir letih sedikit kerana banyak urusan di pejabat. Yelah, nak tinggalkan kerja selama seminggu." Luah Miranda lembut sambil melepaskan senyuman semanis mungkin. Sebenarnya, dia juga rasa tidak enak badan. Tetapi dia cuba mengawalnya supaya kelihatan baik sahaja.

"Jangan kerja terlalu kuat, Mir. Jaga kesihatan kamu juga." "Ad, kamu suami apa ni ya, jaga Miranda. Seharusnya kamu menyuruh Miranda berhenti sahaja. Wang kerja kamu lebih dari cukup untuk membiaya Miranda, malah 7 keturunan sekalipun." Tegur Elena kepada Clad. Dia juga tak nafikan, wajah Miranda terlihat memucat seperti kurang sihat.

Clad berjalan menghampiri isterinya, lalu merangkul erat pinggang Miranda dengan tangan kanannya.

"Sudah El, tapi dia degil. Katanya, bosan duduk dirumah. Buat sementara waktu ni, Ad memang biarkan Mir kerja dulu. Mungkin lepas ni, Ad akan suruh dia duduk di rumah saja." Miranda menoleh memandang Clad dengan wajah kurang senang. Apa maksud dari kata-kata suaminya? Duduk hanya sekadar bergoyang kaki, bukanlah kesukaan Miranda. Miranda Anastasiah merupakan seorang wanita yang tak betah untuk duduk sahaja tanpa melakukan apa-apa. Dia suka bekerja, dia cintakan kerjanya yang sekarang.

"Belum waktunya untuk aku berehat, Ad" luah Miranda kesal. Wajah Miranda yang tadinya ceria, serta merta berubah mencuka. Clad yang faham dengan perangai isterinya hanya menggelengkan kepala perlahan.

Seketika, Clay berjalan menghampiri mereka semua.

"Ayuh..penerbangan sudah bersedia" panggil Clay seraya mengendong Adra.

Clad menarik lembut pinggang Miranda supaya berjalan beriringan dengannya. Tapi Miranda menepis tangan Clad supaya menjauhinya.
Tidak endah dengan penolakkan Miranda,Clad kembali mengeratkan rangkulannya.

Sepanjang perjalanan, hanya terdengar suara Adra yang berteriak riang saat menaiki pesawat. Bu Minah yang melayani karenah dan telatah Adra. Clay hanya duduk diam di kerusi sementara Elena merebahkan kepalanya pada bahu Clay untuk berehat seketika.

Di sudut lain, Clad dan Miranda hanya membisu tanpa seorang pun dari mereka memulakan bicara. Sesekali, Clad melirik sekilas memandang kearah isterinya. Tidak pada Miranda, dia hanya bungkam.
Miranda menyandarkan kepalanya pada jendela pesawat lalu memejamkan matanya. Kepalanya rasa berbinar dan pening. Akhirnya dia terlelap.

ARABELLAWhere stories live. Discover now