Part 9 - Pergi

1.2K 6 0
                                    

Pagi ni, Bella terasa dirinya lebih segar. Apa yang jadi petang semalam, sedaya-upaya dia cuba lupakan walaupun luka di dalam masih parah.
Bella harus ke pejabat, dia perlu selesaikan beberapa urusan sebelum meninggalkan Kota Dubai.

Sampai saja diruang pejabatnya, dia menyusun dan mengemas barang peribadinya dan dimasukkan dalam kotak.

"Hey, sayang.." sapa seorang lelaki, melangkah masuk tanpa mengetuk pintu. Kedua tangannya menyeluk ke dalam saku seluarnya.

Kerja Bella terhenti. Dia menatap tajam kearah susuk lelaki dihadapannya.

"Ada apa lagi kau kesini? Tak puas lagi ke hah, apa yang kau dah buat pada aku semalam?" Marah Bella. Matanya sudah berkaca. Sedaya upaya dia cuba kuatkan diri supaya airmatanya tidak jatuh lagi.

Lelaki tadi menatap serius ke wajah Bella.

"I'm sorry. I shouldn't -"

"Tak perlu nak berlagak baik. Cukuplah apa yang kau dah buat pada aku. Tergamak kau melecehkan aku. Jika kau betul-betul sayangkan aku, kau takkan perkosa aku semalam" setitis airmatanya jatuh juga. Dengan cepat dia menyeka dengan kasar.

Lelaki itu menundukkan wajahnya.

"Please..forgive me." Pinta lelaki itu lembut seraya melangkah mendekati Bella.

" Siapa izinkan kau masuk kesini?" Alderado melangkah masuk mendekati Brad dan Bella. Kedua mereka menoleh menatap ke arah Alderado. Bella kemudiannya menundukkan wajahnya. Dia rasa malu untuk bertatap mata dengan Alderado.

"Kerja kami dengan kau dah selesai. Jangan kau berani jejak kaki kesini lagi" Alderado menghalakan jari telunjuknya pada tubuh Brad.

"Wow! Ada orang berlagak nak jadi hero kat sini, huh?" Brad tersenyum sinis kearah Alderado.
Alderado mengangkat kedua keningnya tanpa membuang pandang ke arah Brad.

"Kau tak perlu ikut campur urusan aku dengan kekasihku, Alderado" Alderado terkekeh ketawa mendengar ucapan Brad.

"Kekasih? Since when?" Soal Aderado sinis.

Brad berjalan menghampiri kearah Alderado. Kedudukan mereka tak sampai sejengkal. Brad menundukkan kepalanya sedikit seraya berbisik di telinga Alderado.

"Sejak kau masih di New York" Brad terkekeh ketawa sambil menepuk bahu Alderado.
Rahang Alderado mengeras. Wajahnya sudah merah.

"Sebelum kau menyentuh tubuhnya, aku terlebih dahulu sudah menyentuhnya. Dua kali Al..dua kali kami memadu asmara. Dan aku tahu, Bella menikmati setiap sentuhan aku" Brad menoleh menatap kearah Bella.

Alderado mencengkam erat leher baju Brad. Wajahnya berubah bengis, rahangnya mengeras menahan geram.

"Kau jangan nak mengada-adakan cerita. Aku takkan pernah percaya dengan kata-kata kau tu" ucap Alderado sambil menatap tajam ke wajah Brad.

"Sudah! Kalau nak bergaduh, bukan disini! Sila keluar!" Tengking Bella dengan suara yang nyaring sambil tangan kanannya menunjukkan kearah pintu.

Alderado menghempas kuat tubuh Brad sehingga terlonjak ke belakang.

"Kau tak percaya cakap aku? Kau tanya la Bella sendiri. Kau akan tahu cerita yang sebenar" balas Brad cuba menuang minyak ke dalam api yang masih menyala.
Alderado menatap tajam ke arah Bella. Bella yang melihat tatapan tajam Alderado kearahnya, menelan ludahnya kasar.

"Betul ke apa yang lelaki sialan ni cakap, Bella?" Alderado berjalan menghampiri Bella sambil jarinya menunding kearah Brad.
Bella menundukkan wajahnya. Dia tidak berani menatap kewajah Alderado.

ARABELLAWhere stories live. Discover now